RESEPI UDANG GORENG BEREMPAH

Assalammualaikum...

Salam Jumaat korang. Ida kalau time hari Jumaat memang rasa malas je nak masak. Kadang kala nak jugak rehatkan badan ni dari kerja-kerja rumah. Siapa surirumah sepenuh masa mesti tahu.hahaha.

Hari ini Ida nak kongsikan resepi udang goreng berempah yang diambil dari Facebook Resepi Lauk Pauk Sedap

RESEPI UDANG GORENG BEREMPAH



Bahan-bahan:


  • Udang harimau (500g) ATAU lain2 udang....
  • Bawang merah (4 ulas)
  • Bawang putih (2 ulas)
  • Bawang besar dicincang (1 biji)
  • Serai dipotong nipis (1/2 batang)
  • Daun kari (1 tangkai)
  • Ketumbar (1 sudu)
  • Serbuk cili (1 sudu)
  • Serbuk jintan manis (1/2 sudu)
  • Serbuk kunyit (1/2 sudu)
  • Serbuk jintan putih (1/2 sudu)
  • Gula (sikit je kalau perlu)
  • Garam (secukup rasa)

Cara-caranya:


1- Tumbuk serai hingga hancur diikuti dengan bawang putih.
2- Setelah lumat, tumbuk bawang merah. Masukkan garam supaya mudah ditumbuk.
3- Gaulkan udang dengan bahan ditumbuk, semua rempah, gula. Perap 1/2 jam.
4- Goreng daun kari hingga naik bau.
5- Masukkan bawang besar dan biar hingga layu.
6- Masukkan udang, goreng hingga masak dan hidang.

SELAMAT MENCUBA!

4 comments: