KATA MADAH #4

Assalammualaikum...

Selamat petang korang. Ida ni sejak kebelakangan ni asyik blur je nak update pasal apa padahal dah buat senarai tajuk. Musim panas kot rasa malas je..huhu..Aish tak boleh jadi ni. Nak kena keep it up balik. Takleh lemau-lemau kalau nak berjaya kan.


So petang-petang ni meh Ida nak kongsikan sedikit kata-kata madah.


Rezeki akan melimpah jika dibahagi
Ilmu akan bertambah jika dikongsi
Kasih sayang akan bercambah jika diberi

Jangan kedekut
Jangan tamak dan tak perlu bimbang
Jika segalanya hanya kerana Allah

Walau sebesar mana pun rezeki yang kita dapat tak semestinya semua milik kita. Lebih baik dikongsi. Sama jugak seperti makan nasi. Lebih baik berkongsi walau sedikit agar lebih berkat.

Teringat masa buat nasi ayam dulu. Ajak la keluarga mertua makan semua. Ingatkan cukup la rupanya tak cukup. Ngam-ngam je. Mak mertua kata takpelah, pakat makan rasa sorang sedikit baru la lebih berkat.

Ilmu yang kita dapat juga lebih baik dikongsi dengan orang lain. Manfaat bagi kita dan manfaat bagi orang lain. Contohnya kita dermakan Al-quran untuk diletakkan di surau atau masjid. Bukan seorang sahaja yang boleh baca tapi lebih ramai lagi. Insyaallah niat kerana-Nya, besar la ganjarannya. Amin.

Jadi kawan-kawan. don't tamak-tamak, sharing is caring. Tapi jangan terlebih caring sangat.hahahaha

Have a nice day!

Post a Comment

4 Comments

  1. terima kasih di atas perkongsiannya !! menarik !

    ReplyDelete
  2. Cara paling simple yg kita blh buat ialah dgn berkongsi makanan .Sbbnya siapa je yg x suka kalau ada org offer mknn kat kita kan ?

    ReplyDelete