CENDOL ZAM PENGKALAN NYIREH,BESUT,TERENGGANU

Assalammualaikum...

Lamanya tak review tempat makan menarik ni. Berbalik pada kisah Ida pergi percutian di Pula Perhentian bulan lepas, balik dari itu dah tentu la penat dan lapar kan. Jadi kami singgah makan di kedai Cendol Zam yang terletak di depan Masjid Ibnu Abbas, Kg Pengkalan Nyireh, Besut Terengganu.



Apa yang menariknya di sini makanan dia boleh dikatakan sangat-sangat murah dan paling bestnya kalau korang nak tambah lagi, tak perlu bayar. Ianya PERCUMA!! Best tak?



Serius ikutkan macam nak cuba je semua, yelah murahkan.hahaha. Tapi Ida order ikut selera anak tekak masa tu sebab badan dah letih. Jadi kami hanya order beberapa jenis makanan.

Cendol RM2 semangkuk
Nasi Goreng +ikan goreng celup tepung RM5
Pasembor RM4
Ais Kepal Milo RM4
Sotong celup tepung RM10 (tak ingat harga dia)
Udang celup tepung RM10 (dalam 30-45 ekor)
Air masak percuma (ada disediakan tong air boleh ambil sendiri)

ais kepal ada dua pilihan. Perisa Milo atau Horlicks
(sangat manis. Not rekeman sangat untuk elakkan dari terkena kencing manis.hehe)

Nasi Goreng+ ikan celup tepung

Pasembor 

Cendol

Udang celup tepung. Rangup!

Sotong celup tepung

Ais kepal Milo

Banyak jugak kan.hahaha. Nasib la semua habis sebab masing-masing dah lapar. Ada jugak makanan lain seperti laksa penang, rojak buah,bubur nasi dan lain-lain.



Jadi siapa nak terasa nak makan boleh la ke kedai Cendol Zam ni.




Facebook : Cendol Zam
Instagram : Cendol Zam

Alamat: Depan Masjid Ibnu Abbas, Kg Pengkalan Nyireh, Besut Terengganu

13 comments:

  1. wow seriously kalau nak tambah lagi tak perlu bayar? hanya percuma? daebakkk! alaaa nak pergi tapi jauh ngatt terengganu dari seremban ni hahaha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup boleh tambah percuma tapi xleh bawa balik mknan yg percuma tu..kena hbiskan xboleh membazir

      Delete
  2. bestnya makan cendol...

    pstttt.. terima kasih sudi join Segmen Nak URL Blog #34. maaf, baru sempat nak blogwalking ni.

    blog ini tersenarai dalam http://www.mialiana.com/2018/03/senarai-url-blog-34.html

    pemenang akan diumumkan pada malam ini... gud luck!

    ReplyDelete
  3. wahhhh bestnya kalau dapat datang makan dekat sini!

    ReplyDelete
  4. wow gee yang duk ganu ni pun belom sampai!!takleh jadi ni!!haha

    ReplyDelete
  5. Ya Allah yang masak celup tepung tu semua menyelerakan kalau kita sampai sana kita akan serbu makan ni semua thanks share...

    ReplyDelete
  6. Tambah tak perlu bayar tu yang best. pasti antara sebab ramai orang ke restoran ni. Suka goreng tepung!!

    Ida, jemput join segmen dan giveaway di blog Siqah ye :)

    LETTER OF HAPPINESS GIVEAWAY BY BLOG SIQAHIQA

    SEGMEN : MAKING A BLOG LIST BY BLOG SIQAHIQA

    ReplyDelete

Followers

social network

APDM SAPS