Pages

Sunday, April 1, 2018

APRIL FOOL??

Assalammualaikum...

Dah masuk bulan April dah hari ini dan bersamaan dengan 14 Rejab. Wah dah tak lama lagi kita dah nak masuk bulan Ramadhan.

Dulu masa zaman sekolah, zaman kecik-kecik dulu selalu orang sebut "April Fool". Zaman dulu biasalah setiap masa kadang nakal yang menyakat orang, bila time bulan april je ada jugak sesetengah kawan-kawan ni suka cakap "April Fool".


Tapi tahu tak korang apa maksud April Fool sebenarnya?

April Fool adalah sebuah perayaan hari kemenangan atas terbunuhnya ribuan umat Islam Sepanyol oleh tentera salib yang dilakukan dengan cara-cara penipuan.

Ida dulu pun tak tahu dulu, biasalah kita ni suka sangat mengikut orang. Kalau orang sebut, kita pun nak ikut. Bab menyakat, kenakan kawan-kawan ni memang dah jadi kebiasaan sesetengah orang. Tapi benda macam ni kalau gurauan yang teruk pun bahaya jugak.

Kalau kat budak-budak kecil selalu kita sebut. " Eh tak baik menipu tau, berdosa". Betul la tu kan. Tipu kecil tak mustahil boleh menjadi besar. So nak bergurau tu biasalah tapi ada hadnya. Jangan keterlaluan.

Jadi pada bulan yang baru ni, jadikan diri kita menjadi lebih baik. Jangan terus rasa down, keep it up. Okay!
5:45:00 PM / by / 1 Comments

1 comment: