SELAMAT HARI WANITA SEDUNIA

Assalammualaikum...

Salam magrib dan korang. Tadi akak yang baru Ida kenal beberapa bulan lalu singgah datang rumah. Kebetulan berkenalan sebab Ida ada nak jual barang untuk pindah rumah nanti. Seorang janda dengan anak 2 orang. 



Sebenarnya Ida lihat akak ni lebih kurang jugak macam ibu Ida. Bila seseorang ni dah bercerai, kehidupan die akan berubah dengan serta merta. nak mencari rezeki, jaga anak-anak. Dah takde istilah tak boleh buat itu ini. Semua kena cuba.

Senang kata jadilah seorang wanita yang serba boleh. Takde istilah "tak boleh". Usaha dan niat tu penting, insyaallah keberkatan akan datang nanti. Sentiasa percaya pada rezeki-Nya.

Akak ni sekarang nak buka butik pengantin kat rumah dalam masa yang sama akan open vendor. Dia cakap niaga "atas angin". Maknanya macam menolong orang lain juga untuk mencari rezeki. Bukan nak dapatkan untung tapi sekadar membantu. Katanya lagi, dia taknak fokus pada satu benda tapi buat juga kerja yang lain.

Sebab itu la Ida kata die lebih kurang macam ibu Ida. Dulu ibu Ida buka kedai bundle, buat tempahan kek lapis dan hantar ke mana-mana kedai, buat kerja-kerja kontrak, jadi supplier barang pejabat dan banyak lagi. Senang kata semua kerja dia nak buat.

Sampaikan sampai sekarang die masih tumpukan kerja-kerja kontrak yang kadang duduk tengah panas sampai masuk wad sebab ibu ada asma. Dah cakap suruh berhenti tapi die taknak. Ida sama macam Ibu, taknak menyusahkan orang lain. Agaknya itu la sebab die masih buat kerja tu.

Sebenarnya Ida agak bangga dengan kekuatan ibu Ida tu dalam masa sama kesian sebab umur pun bukan makin muda. Tapi mungkin itu yang boleh menggembirakan dia, isi masa yang ada. Jadi Ida sebagai anak hanya boleh sokong dan doa supaya dia sihat sahaja. Itu la yang mampu.

Jadi pada wanita-wanita di dunia ni. Keep strong!! Jadilah la wanita yang boleh buat apa-apa kerja pun. Buat la kerana Allah, insyaallah.

SELAMAT HARI WANITA SEDUNIA!!

Post a Comment

1 Comments