RESEPI IKAN MASAK SWEET SOUR YANG SIMPLE

Assalammualaikum....

Baru sempat nak menaip entry resepi hari ini. Buatnya semalam.hehehe. Hari Jumaat baru ni ke kedai beli la sikit barang mentah ayam dan ikan. Dah lama tak masak ikan sweet sour. So beli la ikan kerisi, boleh la sedap jugak kan.

So ni resepinya...


RESEPI IKAN MASAK SWEET SOUR YANG SIMPLE

BAHAN-BAHAN:

  •  ikan kerisi ( goreng ye selepas dah siang tu)
  • * terpulang korang nak masak ikan apa. Contohnya ikan bawah, ikan siakap, ikan merah dan sebagainya
  • cili boh
  • sos tomato
  • sos cili
  • lobak merah dipotong dadu
  • timun dipotong dadu
  • tomato dipotong dadu
  • cili merah dihiris
  • cili padi dihiris 
  • bawang merah
  • bawang putih
CARA-CARANYA:


1. Tumis bawang merah dan bawang putih tadi sampai naik bau. Masukkan cili boh dan biar masak sampai pecah minyak.

2. Masukkan sos cili dan sos tomato. Jangan banyak sangat sos tomato tu sebab nak letak lagi buah tomato nanti.

3. Tambah air sikit dan biar didih sedikit. Masukkan sayur-sayur lain yang dipotong tadi.

4. Biarkan mendidih sehingga pekat. Jangan lupa letak garam dan gula secukup rasa.

5. Bila kuah dah agak pekat dan menepati citarasa korang. Tutup api dan tuangkan atas ikan yang telah digoreng tadi.

6. Dah boleh makan dengan nasi. Goreng telur dadar pun sodap..

SELAMAT MENCUBA!!

Post a Comment

6 Comments