Pages

RESEPI AYAM PERCIK KELANTAN

by - 6:05:00 PM

Assalammualaikum...


Selamat berhujung minggu semua dan selamat bercuti. Dah mula cuti sekolah walaupun seminggu mesti ada plan nak pergi bercuti kan. Layankan anak-anak.

Hari ini jom kita layanlan resepi Ayam Percik Kelantan ni pula. Kebetulan mencari-cari resepi menarik, terpandang pula resepi Ayam Percik Kelantan ni. So jom kita tengok!


RESEPI AYAM PERCIK KELANTAN

Bahan-bahannya:

  • 1 EKOR AYAM DIPOTONG 12 BAHAGIAN
  • SANTAN PEKAT DARI 1 BIJI KELAPA
  • I BATANG SERAI DIKETUK
  • SEDIKIT AIR ASAM JAWA
  • SEDIKIT JINTAN MANIS
BAHAN A
  • 3 ULAS BAWANG PUTIH
  • 1 INCI HALIA
  • SEDIKIT GARAM
BAHAN B
  • 4 ULAS BAWANG MERAH
  • 1 INCI HALIA
  • 2 BIJI BUAH KERAS
  • GULA DAN GARAM
CARA-CARA:

1. Tumbuk bahan A dan gaulkan bersama potongan ayam dan perap seketika
2. Tumbuk bahan B dan masukkan kedalam santan yang telah dipanaskan
3. Masukkan serai,air asam jawa dan jintan manis ke dalam santan dan kacau
4. Masak sehingga kuah menjadi pekat dan masukkan garam dan gula secukup rasa
5. Bakar ayam kira-kira 1/2 masak
6. Setelah 1/2 masak lumurkan ayam dengan kuah percik
7. Bakar semula ayam sehingga benar-benar masak
8. Setelah ayam masak lumurkan sekali lagi dengan lebihan kuah percik
9. Sedia untuk dihidangkan

Kredit : IG @ainsalleh


SELAMAT MENCUBA!

You May Also Like

2 comments

Sponsor