12 KHASIAT BUAH PISANG KEPADA KESIHATAN KITA

Assalammualaikum..

Siapa peminat buah pisang ni? Senang kata memang "hantu pisang". Kalau sekali beli, boleh habis setandan sehari. Buah pisang ni memang senang dijumpai dan selalunya dimakan sebagai pencuci mulut.


Buah pisang ni memang sedap dimakan begitu sahaja atau dibuat sebagai pencuci mulut mahupun kuih-muih. Senang kata pelbagai masakan boleh dilakukan dengan buah pisang ni. Malah terdapat banyak jenis buah pisang ni seperti pisang emas, pisang tanduk dan banyak lagi.

Buah pisang ini sangat bagus untuk kesihatan kita sebab mengandungi pelbagai nutrisi seperti vitamin A, B, C, dan E, serta kandungan lainnya seperti kalium, zinc, zat besi dan mangan.



Jom kita baca khasiat buah pisang ni kepada kesihatan kita.

12 KHASIAT BUAH PISANG KEPADA KESIHATAN KITA

1. Bagus untuk sistem pencernaan kita


Pisang ni kaya dengan serat yang dapat membantu melancarkan sistem pencernaan kita dan membantu pergerakan usus kita menjadi lebih teratur. Malah kandungan pektin dalam buah pisang ni membantu atasi masalah sembelit. 

2. Menurunkan tekanan darah


Kandungan kalium dalam buah pisang ni membantu elakkan dari peningkatan tekanan darah yang boleh menyebabkan risiko stroke. 

3. Membantu perkembangan janin bagi ibu hamil


Ibu hamil bukan sahaja digalakkan makan makanan seimbang malah juga berkhasiat. Tahu tak? Ibu hamil sangat digalakkan makan buah pisang ni kerana membantu perkembangan bayi dalam kandungan. 

Ini kerana kandungan nutrisi seperti kalium dan juga asid folat. Selain itu pisang juga kaya dengan kandungan vitamin dan mineralnya yang penting seperti vitamin C, vitamin B Kompleks, kalium, kalsium, fosforus, zat besi dan magnesium.

4. Memberikan tenaga


Buah pisang merupakan salah satu makanan yang baik untuk mereka yang diet atau tak sempat bersarapan. Ini kerana pisang ni membekalkan sumber tenaga yang cukup untuk kita. Malah memakan 2 pisang sehari boleh membantu meningkatkan sistem imunisasi badan kita.

5. Membantu mencegah Osteoporosis


Kandungan fructooligosaccharide merupakan prebiotik baik dalam buah pisang yang membantu badan kita menyerap nutrisi dengan lebih baik. Jadi dengan penyerapan kalsium yang baik ke dalam tulang membantu mengelakkan kita dari penyakit Osteoporosis.

6. Membantu mengurangkan PMS ketika haid


Orang perempuan ni dengan masalah "period pain", atau sengugut (PMS) adalah normal. Tahu tak? Pemakanan buah pisang semasa haid boleh membantu mengurangkan masalah sengugut tu.

7. Membantu menurunkan berat badan


Ramai antara mereka yang sedang berdiet suka buah pisang ni. Ini kerana kandungan kalori yang rendah sesuai untuk mereka yang ingin menurunkan berat badan malah membantu bekalkan tenaga yang baik.

8. Membantu tingkatkan daya ingatan dan mood


Pisang mengandungi triptofan yang merupakan sejenis asid amino yang membantu meningkatkan tahap daya ingatan dan mood kita.

9. Mengurangkan masalah asma atau lelah


Dalam satu kajian oleh Imperiel Collage of London mendapati kanak-kanak yang makan satu biji pisang sehari boleh mengurangkan risiko sebanyak 34% dari penyakit asma atau lelah.

10. Kesihatan jantung


Dalam buah pisang mengandungi serat, potassium, vitamin C, dan B6 yang membantu supaya jantung lebih sihat dan mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular. Malah boleh membantu mencegah penyakit-penyakit lain seperti strok, batu karang dan lain-lain.

11. Mengurangkan risiko kanser


Salah satu sumber dalam buah pisang iaitu vitamin C yang berfungsi membantu mencegah pembentukan radikal bebas dalam badan yang boleh menyebabkan kanser. 

12. Berhenti merokok


Bagi mereka yang sedang mencuba untuk berhenti merokok, apa kata cuba dengan memakan pisang setiap hari. Ini kerana dalam pisang mengandungi vitamin B dan mineral lain yang memberi kesan pada nikotin pada perokok. Ini akan menyebabkan si perokok berasa pahit secara langsung untuk merokok lagi.

Merokok bukan ke membahayakan kesihatan kita dan orang sekeliling kita. Jadi Ida nasihatkan silakan berhenti merokok.

Jadi apa kata selepas ni cuba la untuk makan sekurang-kurangkan 1 biji pisang setiap hari untuk tingkatkan kesihatan kita. 

SEMOGA MEMBERI MANFAAT!!



4 comments:

Followers

social network

APDM SAPS