PERCUTIAN MENARIK DI PULAU PERHENTIAN

Assalammualaikum...

Baru berkesempatan nak menaip entry ni selepas bercuti. Penat pun masih belum hilang lagi. Baru-baru ni masa cuti sekolah, Ida sekeluarga bersama keluarga kawan en suami, kami pergi bercuti ke Pulau Perhentian. Perancangan ni dah buat sebulan awal lagi untuk buat persediaan semua.



Kami kena ada di Jeti Besut dalam pukul 8 pagi. Jadi disebabkan dari rumah Ida nak ke sana dalam 4 jam. Berkemungkinan kena bertolak dalam pukul 2 pagi dari sini, so kawan suami ajak tidur rumahnya malam sebelumnya di Kuala Terengganu. Kalau dari rumahnya dalam 2 jam dah sampai. Jadi dalam pukul 5.30 pagi kami dah bertolak ke sana dan singgah solat subuh di masjid berdekatan.

Dah sampai Jeti Besut tu kami sarapan dulu di kedai berdekatan jeti sebelum naik bot. Dah kenyang sarapan semua, kami ke pejabat agensi Sealife Travel and Tours di Plaza Mara Pekan Kuala Besut yang berhadapan dengan Jeti Besut untuk pendaftaran. Dah selesai semua kami ke Jeti Besut untuk beli tiket bot. Harga tiket bot RM5 untuk dewasa dan RM2 untuk kanak-kanak. 

Pintu gate jeti dah buka kami terus masuk ke dalam bot ikut agensi masing-masing. Memang ramai orang termasuklah pelancong asing. Masa naik bot tu, hanya anak-anak kami je yang ada. Selebihnya semuanya orang dewasa dan pelancong asing. Safety jacket jangan lupa pakai ye sebab bot laju dan laut pun berombak kuat. 




Perjalanan dalam 40 minit tak silap tapi sekejap ke rasa. So dalam pukul 10 pagi rasanya kami dah sampai di Flora Bay Resort. Tapi sebelum tu bot dah ke resort lain untuk hantar penumpang di Pehentian Kecil tak silap. Di sini bagi yang berkeluarga dan ada anak-anak tak digalakkan sangat sebab memang bising dan ramai orang berpesta waktu malam. So kalau nak rehat dengan sunyi boleh la ke Perhentian Besar. 



Ikutkan check in pukul 2 petang jadi pada mulanya kami boleh je letak barang dekat reception sebab lepas sampai tu kami terus untuk aktiviti snorkeling semua. Yelah ni percutian 2 hari 1 malam je so sampai memang terus kami buat aktiviti yang ada. Kebetulan 1 bilik memang dah sedia so barang kami letak dalam bilik sebelah. Nasib bilik kami berhadapan je dengan reception dan kafe. So senang. Dah siap tukar baju dan simpan barang. Kami terus naik bot untuk aktiviti. Bawa la 1 beg untuk simpan barang-barang penting dan roti untuk bagi ikan-ikan makan. 


Bagi yang nak tahu pakej Sealife Travel and Tours ni boleh la tengok. Kebetulan akak agensi ni kawan kepada Kak Salmi (isteri kawan en suami). So senang sikitla. Bayaran untuk Ida sekeluarga dalam RM800 termasuk makan semua.




Aktiviti kami  semua cuma bagi ikan-ikan makan, tengok coral dan penyu. Gambar dalam air takde cuma video je. Penyu pun tak dapat nak tengok sebab banyak bot masa tu, penyu plak tak banyak. Risau nanti anak-anak berlanggar dengan bot so yang dewasa je turun. Shark Point kami tak pergi sebab ada anak-anak kecil. Kalau orang dewasa semua memang dia bawa.

Tapi seronok tengok anak-anak mandi. Si Aqil mula-mula takut sebab dalam. Lepas tu ajak sekali lagi, taknak naik plak. Dia seronok mandi.hehe.





Dalam tenghari tu kami ke Fisherman Village untuk makan tengahari. Memang sekali dengan pakej die bagi makan. Alhamdulillah makanan simple je tapi sedap ikan goreng die. Rasa segar dan manis. Ikutkan Ida nak tambah 2 pinggan tapi malu.hahaha

Dah habis makan sampai kenyang, kitorang naik bot pergi menyelam sekali lagi.hahaha. Anak-anak macam tak puas je mandi. Kali ni kami ke Lata Air Berani plak. Best dapat mandi mata air original dari bukit. Sejuk je serius. Kalau dalam jadual diorang bagi nama die The Lighthouse Coral Reef dan Romantic Beach. 



Dah puas mandi semua, kitorang naik bot balik ke resort. Masa ni tak silap dalam pukul 2 petang macam tu rasanya. So sampai sana kitorang dah boleh check in masuk bilik. Nasib bilik dekat ke dengan jeti dan kafe. 

Masuk bilik je terus mandi bilas semua dan berehat. Dah selesai solat jamak semua tertidur la plak kami sampai ke petang.hahaha. Ingatkan nak pusing-pusing petang tu tapi dah dekat magrib. So lepas magrib tu kami terus makan malam je. Ikutkan dalam pakej dia bagi BBQ tapi takde sebab orang resort tu kata tak cukup orang. Ida rasa mungkin sebab tak ramai sebab tu diorang tak buat BBQ. Takpelah asalkan dapat makan kenyang semua. 

Dah habis makan malam tu kami pusing sekeliling. Gelap la sikit waktu malam tapi ada hotel-hotel lain sepanjang pantai. Malam tu ada pertunjukkan api dalam pukul 9 malam macam tu. 

Dah puas tengok semua balik la ke bilik. Malam memang takde aktiviti kat sini. Kalau dekat pulau sebelah rasanya meriah kot. Party time kat sana, rasanya.

Esok pagi bangun dah sarapan di kafe dan anak-anak pun siap untuk mandi pantai sekali lagi depan resort. Bot datang ambil dalam pukul 10 pagi so sempat la anak-anak nak terjun sekali lagi. 






geng mak-mak selfie sambil tengok anak-anak mandi.hahaha



Okay time to go home. Alhamdulillah walaupun sekejap tapi best. Tak puas rasanya. Next time next pulau plak.haha. Kalau lama-lama pun tak boleh jugak. Kat resort ni takde TV, so kalau ke pulau memang bercuti lihat permandangan alam semulajadi. 

Balik tu hujan plak. Kami pakai baju kemain lawa nak ke tempat lain, rosak planning sebab hujan lebat. Habis basah kuyup semua sebab guna bot biasa masa ni. Sampai jeti Besut semua pelik tengok kami basah kuyup.hahaha. Hujan lebat sangat sampaikan tak nampak darat. Kami terpaksa berhenti tengah-tengah laut nak tunggu bot lain. Nasib la ta sesat masuk sempadan lain.




Siapa berminat nak dapatkan agensi ni boleh la hubungi akak ni. Ada banyak pakej ikut pada bajet korang.


SEALIFE TRAVEL AND TOURS




Have fun!!

8 PETUA MEMBANTU KURANGKAN RAMBUT GUGUR DENGAN MUDAH

Assalammualaikum...

Masalah keguguran rambut ni boleh dikatakan perkara normal yang berlaku kepada semua orang tak kira peringkat umur mahupun jantina. Tetapi kadang kala ia menjadi agak teruk dan menjadikan kita mula berasa risau serta merimaskan.



Sebenarnya banyak punca berlaku masalah keguguran rambut ni. Antaranya:

  • Genetik
  • Tekanan/Stress
  • Horman tak stabil
  • Kekurangan zat (sumber protein)
  • Pengambilan ubat-ubat yang tertentu
  • Penggunaan produk rambut yang terlalu kerap seperti pewarna rambut, penyembur rambut, dan lain-lain 
  • produk yang mengandungi bahan kimia
  • wanita yang melahirkan anak (kebiasaannya bersifat sementara)
  • Paras selenium dan Vitamin A terlalu tinggi
  • Tahap Estrogen rendah

Walaupun banyak produk syampu yang dikeluarkan dalam pasaran yang digunakan untuk mengatasi masalah ini tetapi tak semuanya kadang kala membantu mengatasi masalah kita. Senang kata tak semua produk orang pakai sesuai dengan kita.

Jadi di sini Ida kongsikan 8 petua membantu kurangkan rambut gugur dengan mudah

8 PETUA MEMBANTU KURANGKAN RAMBUT GUGUR

1. Santan



Santan bukan sahaja digunakan untuk masakan tetapi ia juga bagus untuk mengurangkan masalah rambut gugur. 

Lumurkan 250ml-500ml santan ke kulit kepala dan rambut. Balut dengan tuala suam dan biarkan selama 15 hingga 20 minit. Kemudian bilas dengan air sejuk. Rawatan ini akan membuatkan rambut kita menjadi lebih lembut dan bersinar. Lakukan proses ini dalam 3 kali seminggu.

2. Minyak zaitun


Ia sendiri banyak kegunaan untuk masalah dan juga kesihatan. Dan salah satunya untuk masalah rambut gugur. 

Caranya ialah dengan titiskaskan 4-5 titis minyak zaitun selepas mencuci rambut. Kemudian urut perlahan-lahan kulit kepala. Sebaiknya dilakukan pada malam hari agar kandungan minyak zaitun menyerap pada kulit kepala. Keesokan pagi, cucilah rambut sehingga bersih.

3. Minyak kelapa


Ia sama juga seperti minyak zaitun. Ada banyak kegunaannya termasuklah untuk rambut gugur. 

Caranya ialah dengan menyapu minyak kelapa pada kulit kepala hingga rambut. Pastikan seluruh akar rambut itu terkena minyak kelapa. Jika proses ini dilakukan setiap hari, tak mustahil rambut korang akan kembali sihat. Malah proses pertumbuhan akar rambut yang baru pun akan menjadi lebih cepat. 

4. Kuning telur


Selalunya orang suka gunakan telur untuk buat masker muka kan. Tapi tahu tak korang juga boleh gunakan untuk masalah rambut gugur. 

Sapukan telur kuning pada rambut dan kulit kepala. Kemudian urut kulit kepala 10-15 minit. Selepas itu, cuci dengan menggunakan syampu agar tidak meninggalkan bau hanyir pada rambut. Sebaiknya lakukan proses ini dalam 3-4 kali seminggu.

5. Limau nipis


Orang ingat limau nipis hanya untu masalah rambut kelemumur tetapi juga untuk masalah rambut gugur.

Potong dan perah limau nipis. Ambil perahan air limau nipis tu dan gosokkan atas kepala selama beberapa minit. Urut kulit kepala dan basuh seperti biasa. Boleh lakukan proses ni 2 minggu sekali.

6. Daun bunga raya


Susah nak jumpa bunga raya sekarang ni. Kalau dulu buat untuk main pondok-pondok.hehehe. Tahu tak daun bunga raya ni boleh digunakan untuk masalah rambut gugur.

Ramaskan daun bunga raya dengan air dan ambil gosokkan di kepala. Selepas itu, cuci seperti biasa. Lendir daun bunga raya itu membantu untuk menguatkan rambut kita. Boleh dilakukan 2 kali seminggu.

7. Pokok lidah buaya


Daun lidah buaya ni memang banyak kegunaanya dan ia juga jarang dijumpai. Ia bukan sahaja bagus untuk kulit malah untuk rambut kita.

Sapukan lendir lidah buaya di rambut sehingga kulit kepala. Urut selama beberapa minit dan bilas seperti biasa. Boleh dilakukan setiap hari untuk kesan yang lebih baik.

8. Air rendaman kacang hijau



Kacang hijau ni senang nak dapat di kedai-kedai runcit kan. Jadi apa kata gunakan sedikit untuk membantu kurangkan masalah rambut gugur.

Ambil kcang hijau dan rendam semalaman. Keesokkannya tapis kacang hijau tu dan gunakan airnya dan sapukan pada kulit kepala korang. Urut selama beberapa minit dan bilas sehingga bersih. Boleh dilakukan 2 kali seminggu.




Bagaimana supplement ni membantu?

1. ESP shaklee 

Ia membantu pertumbuhan rambut baru yang kuat dan sihat. Protein adalah blok binaan terpenting dalam badan kita. Ianya makanan sel untuk membentuk sel-sel yang sihat dan cantik. Sel-sel yang cantik menguatkan akar rambut dan menyihatkan rambut. Dipercayai kaum wanita memerlukan sekitar 46 gram protein setiap hari.

2. Vitalea/ multivitamin

Ia membantu mengimbangi nutrien harian. Tubuh yang mendapat cukup nutrien dapat diperhatikan dari rambut yang sihat dan kuat. Rambut yang bermasalah petunjuk bahawa tubuh kekurangan nutrien tertentu yang tidak diperolehi daripada pemakanan seharian.

3. Omega guard

Ia kaya dengan omega 3 yang membantu menjadikan rambut lebih lembap dan bersinar. Pengambilan 1,000 mg DHA dan EPA setiap bukan sahaja menjadikan rambut lembut bak sutera malah korang akan rasa lebih sihat.

4. B-complex

Pengambilan vitamin B membantu:

1. Pengurangan kadar kehilangan/ keguguran rambut.2. Rambut lambat beruban kerana vitamin B melambatkan proses penuaan rambut.
3. Rambut yang lebih panjang disebabkan oleh pertumbuhan rambut yang lebih cepat.
4. Rambut lebih bersinar.

5. Collagen powder

Kolagen bukan sahaja bagus untuk kulit, tulang malah untuk rambut. Rambut kita juga mempunyai kolagen. Collagen Powder akan membantu menyuburkan rambut, enjadikan rambut lebih sihat, tidak mudah gugur dan bercabang serta rambut lebih tebal dan bersinar.

Klik di sini untuk pembelian dengan segera


Sebarang pertanyaan dan pesanan boleh hubungi saya:

(YOUR TRUSTED SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR)

sms/whatsapp : www.wasap.my/0174636210
Email : chintashoope@gmail.com 
No Id: 1074293 

*setiap pembelian anda wajib akan mendapat konsultasi percuma yang berterusan dari saya

7 BAHAN UTAMA DALAM COLLAGEN POWDER SHAKLEE

Assalammualaikum..

Kebanyakkan kalau tengok iklan pasal kolagen ni mesti dikaitkan dengan kecantikan tetapi sebenarnya kolagen ni bukan sahaja untuk kacantikan tapi penting untuk tulang dan kesihatan kita.


Oleh itu kolagen selalunya diambil sebagai makanan kesihatan untuk pelbagai penyakit seperti osteoarthritis (sakit sendi), osteoporosis, arteriosclerosis selain untuk kegunaan kosmetik dan pelembab kulit.


10 fungsi kolagen untuk kekal cantik dan awet muda

1. Memelihara ketegangan dan keanjalan kulit
2. Memelihara kelembapan kulit
3. Menyokong baikpulih tisu dari kecederaan otot dan tulang
4. Menguatkan otot dan tulang
5. Membantu hati dalam proses detoksifikasi(buang toksin)
6. Memelihara kelenturan sendi
7. Mengurangkan keradangan(inflammation)
8. Memberi tenaga
9. Membantu pola tidur
10. Memulihkan penyakit saraf dengan membina semula lapisan protein pada saraf.


Collagen Powder Shaklee merupakan supplement kolagen hebat yang mengandungi 4,000mg proprietari RSS (Red Snapper Scale) Collagen, kolagen yang berkualiti tinggidan tulen yang diekstrak daripada sisik ikan merah. 


Kolagen shaklee bermolekul sangat ringan, kira-kira 1,000 Dalton maka ia dapat diserap dengan mudah oleh badan dan dapat membantu kepada peningkatan sintesis kolagen pada lapisan dermis dengan sangat berkesan.

Jom Ida nak kongsikan 7 bahan utama dalam Collagen Powder Shaklee ni.

7 BAHAN UTAMA COLLAGEN POWDER SHAKLEE

1. Sisik ikan merah





Sumber ikan yang terbaik kerana kurang terdedah dengan pencemaran seperti bahan toksik dan kadar penyerapan yang lebih tinggi berbanding kolagen haiwan lain.

2. Ekstrak biji benih Camelia Japonica 




Melembabkan kulit, bertindak sebagai antioksidan dan mengurangkan radikal bebas.

3. Ekstrak Pfafia



  • Menyokong pembetukan kolagen dan asid hialuronik.
  • Menghidratkan tisu badan dan menjadikan kulit lebih lembut, lembap dan rata

4. Elastin dari kolagen ikan




Mengekalkan keanjalan dan ketegangan kulit serta menjadikan kulit lebih gebu.

5. Vitamin C & B



Vitamin C
Menggalakkan pengeluaran kolagen dan melawan radikan bebas yang merosakkan kulit dan menjadikan kulit kusam dan tidak cantik

Vitamin B
Memetabolismakan karbohidrat, lemak dan protein untuk menghasilkan tenaga yang diperlukan untuk pengeluaran kolagen dalam sel.

6. Ekstrak kerang-kerangan


Melicinkan pergerakan sesendi dan melempabkan mata untuk melegakan ketidakselesaan mata.

7. Lactobacillus acidophilus




Bakteria baik yang memudahkan pembinaan semula usus sihat bagi meningkatkan penyerapan kolagen.

KEBAIKAN SHAKLEE COLLAGEN POWDER

  • Anti penuaan - mengurangkan kedutan dan liang roma. 
  • Melembap - melembap dan mengurangkan kekeringan kulit. 
  • Mencerah - mencerahkan pigmentasi dan jeragat. 
  • Menegang - menegangkan payudara dan pinggul. 
  • Menyubur - menyuburkan rambut, kulit, kuku 
  • Meningkatkan Pergerakan - Badan lebih bertenaga dan aktif. 
  • Mengembalikan Keanjalan - Kulit lebih muda bermaya. 
Testimoni pengguna Collagen Powder Shaklee






Jadi siapa yang nak cuba Collagen Powder shaklee ni cepat-cepat la hubungi ida atau korang nak tahu lebih cepat untuk order bolehla klik di bawah ni.

Klik di sini untuk pembelian dengan segera




Sebarang pertanyaan dan pesanan boleh hubungi saya:



(YOUR TRUSTED SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR)

sms/whatsapp : www.wasap.my/0174636210
Email : chintashoope@gmail.com 
No Id: 1074293 

*setiap pembelian anda wajib akan mendapat konsultasi percuma yang berterusan dari saya