5 CARA TAMBAH FOLLOWER INSTAGRAM

Assalammualaikum...

Zaman sekarang pelbagai medium boleh digunakan untuk kembangkan perniagaan. Senang kata ada cara atau jalannya tapi atas kemahuan kita nak atau tidak. Nak usaha atau terus gagal.





Selain daripada medium Facebook dan Wechat, medium sosial lain yang boleh digunakan untuk promosikan perniagaan atau produk korang iaitu dengan menggunakan medium Instagram.

Instagram ni wujud pada 6 Oktober 2010 selepas wujudnya Twitter. Medium ni kebanyakkannya digunakan untuk kongsikan tentang perniagaan, gambar peribadi, video dan sebagainya.


Bagi mereka yang berniaga, bilangan follower sangat penting untuk naikkan jualan korang. Bukan follower robot tau tapi the real customer.

Di sini Ida nak kongsikan sedikit ilmu 5 CARA TAMBAH FOLLOWER DI INSTAGRAM

5 CARA TAMBAH FOLLOWER DI INSTAGRAM

1. Explore


Maksudnya korang kena follow orang dan follow liker orang tu.

Contohnya kalau korang jual baju budak, follow mereka yang berkeluarga dan ada anak-anak.

Kalau korang jual alat mekap, follow mereka yang suka bermekap.

Setiap 1 jam korang boleh follow dalam 100-200 orang.

2. Tags



Kalau korang pergi ke ikon explore klik pada bahagian tags

Kat situ korang taip la berkenaan apa yang korang jual.

Contohnya kalau jual tudung. Taip la tudung, nanti akan keluar senarai yang berkenaan dengan tudung. So korang boleh follow dan like orang-orang tu.

3. Artis



Rajinkan diri untuk like dan komen gambar artis-artis yang baru diorang post. Post tu mestilah kurang dari 30 minit sebab masa tu ramai orang yang akan komen dan like. Kalau dah lama..orang kata dah lapuk. Kurang potensi untuk dapatkan follower.

4. Review


Ini kebanyakkan ramai yang buat sekarang. Sama ada secara swap review atau paid review.

Swap review ni korang promosikan produk orang tu dalam IG korang dan orang tu jugak akan lakukan benda yang sama. Ini dilakukan secara percuma.

Paid review ni berbayar. Orang tu akan akan post produk korang dalam IG dalam masa tertentu. Kebanyakkan yang buat macam ni IG yang memang ada banyak follower.

5. Place


Korang pergi ke ikon explore dan klik bahagian place. Ini sesuai untuk mereka yang memang melakukan COD (cash on delivery)

Taip la kawasan korang. Contohnya Puchong, nanti akan keluar semua list yang berkaitan. Jadi di situ korang boleh mula follow dan like orang tu.

Follower yang paling baik untuk tingkatkan penjualan korang ialah 5ribu ke atas. So korang usahalah sampai boleh dapatkan sampai banyak tu.

Jangan pernah putus asa dan jemu okay!

Ida harap perkongsian Ida ni dapat membantu korang untuk terus berjaya. Good luck!

Post a Comment

3 Comments