Pages

MUSIM DEMAM

by - 6:04:00 PM

Assalammualaikum...

Ramai anak-anak mula jatuh sakit musim ni. Ada yang demam, selsema, batuk dan ada pakej semua. Sama la jugak dengan anak-anak Ida.



Minggu lepas si Asyraf batuk, Ida tak bagi die ubat batuk. Suruh banyakkan minum air sebab musim panas pastu hujan. Alhamdulillah beberapa hari lepas tu dah sihat.

Lepas tu Aqil plak selsema, takde la teruk sangat. Ini 2 hari lepas die demam plak, suhu dah turun lepas kerap mandikan dan tuam. Semalam naik plak. Risau terus bawa ke klinik. Balik terus bagi susu, bagi makan ubat tidur. Malam tu tuam die lagi. Berjaga la sikit.

Hari ini bangun tidur alhamdulillah dah sihat. Padahal ubat demam memang ada je kat rumah sebagai emeegency tapi anak-anak dIda ni lain macam. Nak jugak pergi jumpa doktor baru la sembuh.hahaha.

Padahal kita cuba la nak saving sikit sebab dah ada ubat kat umah tapi die nak juga jumpa doktor. Takpelah alhamdulillah semua kuasa Allah untuk menyembuhkan. Hari ni riang ria die main, makan semua. Tak banyak sangat die makan mungkin mulut tak berapa sedap lagi. Tonsil semalam check pun nasib tak bengkak.

Anak-anak korang plak macam mana?

Musim panas..kejap hujan sekarang ni. Ida nasihatkan banyakkan minum air dan cuba kerapkan mandi kalau panas. Serius boleh tahan la panasnya, kering tekak rasa. Kalau korang ambil supplement jangan lupa makan tau!


You May Also Like

8 comments

  1. jaga diri..musim sekarang ni..anak2 pulak mudah berjangkit..take care

    ReplyDelete
  2. cikyan pon. lepas demam je, demam lg..skg ni antibodi tak kuat.. hmmm...

    ReplyDelete
  3. abam kie pun rasa nak demam je ni sbb cuaca panas n hujan bersilih-ganti..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu..nk demam pun kena kuatkan bdn nk uruskan anak2

      Delete
  4. musim sekarang cuaca tak menentu. kena minum air masak banyak2. moga cepat sembuh semuanya ye. aamiin

    ReplyDelete

Sponsor