HEALTH QUOTES 9#

Assalammualaikum...




" THE HEALTHIER YOU ARE, THE BETTER YOU WILL PERFORM. VALUE YOUR HEALTH AND FITNESS. THERE IS ALWAYS TIME TO MAKE TIME "



~ Brooke Griffin

Giveaway The Berkat Di Mialiana.com



The Berkat (theberkat.com) ialah portal yang berkongsi pandangan tentang pendidikan dan kerjaya untuk golongan B40.

Siapa itu golongan B40?
Golongan B40 atau Bottom 40 ialah golongan yang ‘struggle’ untuk hidup. Mereka ini golongan yang berpendapatan 40% terendah di Malaysia, dengan purata gaji seisi rumah sebanyak RM3,860 sebulan.

Kenapa bantu B40?
Cara terbaik untuk keluar dari kesusahan hidup dan kemiskinan ialah dengan ilmu. The Berkat ingin melihat golongan B40 berjaya dalam pendidikan supaya mendapat kerjaya yang bagus.

Contohnya dalam pendidikan, The Berkat berkongsi cara untuk fasih berbahasa Inggeris, tips menghadapi UPSR dan PT3, tips untuk berjaya dalam SPM, permohonan SBP, permohonan MRSM serta permohonan UPU.


Sekadar berkongsi perkara-perkara yang bermanfaat. Tak apa duit tak banyak, janji rezeki berkat.




Giveaway ini dianjurkan oleh TheBerkat.com dengan kerjasama Mialiana.com. Hadiah wang tunai sebanyak RM300 untuk dimenangi. Sila klik SINI untuk join.

Read more: http://www.mialiana.com/2018/12/giveaway-the-berkat-di-mialianacom.html#ixzz5arAqJGAv

MY UMRAH JOURNEY 2018- PART 1

Assalammualaikum...

Perkongsian Ida ni bukan hendak menunjuk atau berbangga tapi perkongsian Ida ni nak berkongsi pengalaman Ida melakukan umrah memandangkan tak banyak blog yang kongsikan pengalaman ni. Permulaan Ida nak ke tanah suci memang banyak cari cerita dalam blog yang memudahkan Ida faham sedikit keadaan di sana.




Jadi di sini Ida akan ceritakan permulaan kembara umrah Ida tahun 2018.



MY UMRAH JOURNEY

Alhamdulillah tahun ni Ida berpeluang ke tanah suci dengan lancar. Ikutkan tahun lepas Ida dah ke sini tapi keadaan tak mengizinkan sebab dalam keadaan sibuk nak uruskan pindah rumah.

Sebelum sampai tarikh bertolak memang ada beli sedikit barang untuk umrah. Tak banyak jugak kena beli memandangkan Ida sendiri dah ada banyak jubah. So pakai apa yang ada. Cuma beli beberapa keperluan yang lain.



Pakej yang kami ambil ialah dari Tabung Haji Travel & Tours. Nanti Ida ceritakan pasal pakej ni okay!

Sebelum korang nak buat umrah ni jangan lupa masuk kelas dulu ye. Senang kata nak korang lebih faham apa itu UMRAH. Selain tu korang boleh tengok dalam youtube kalau nak lebih faham lagi.

List barangan korang boleh tengok kat sini 


Sebelum korang nak pergi tu kena lah siapkan semua passport dan surat-surat lain. Jangan lupa korang kena ambil injection jugak dalam RM140 je. Bagi ibu-ibu hamil kena tanya doktor dulu ye. Nak buat passport RM250 seingat Ida la. Cepat je passport korang siap.



So tibalah masanya untuk hari bertolak. Kami bertolak dari KLIA Sepang. So 2 hari sebelum tu dah bergerak ke Bangi tidur di rumah adik ipar. 

Pada mulanya kami kena berkumpul pukul 2 pagi tapi jadual ditukarkan pada pukul 6 pagi. Kami semua berkumpul di Kaunter THTS Aras 5 yang berdekatan dengan McDonalds. Masa ni semua urusan kad passport dan pelekat semua dia akan bagi. Dah settle korang akan serahkan beg besar untuk masukkan dalam kargo. Sebaiknya beg besar korang tu dah label semua nama, no telefon dan pesawat korang untuk memudahkan korang cari beg nanti.



Penerbangan kami sepatutnya pukul 10.10 pagi tapi delay sampai pukul 1.30petang. Peh mengantuk la nak menunggu. Jadi pihak MAS ada bagi kami kupon makanan untuk beli tapi disebabkan penerbangan kami MHC05 ni hampir 300 lebih orang. Hah ko nak beratur kemain panjang, kesudahannya beli makanan guna duit sendiri sebab tak sempat.

Flight yang kami naik ni yang paling besar iaitu MH 8006. Boleh muat sampai 400 lebih orang. Memang disewa khas oleh Tabung Haji Travel & Tours. Flight kami MAS so seat die memang agak selesa la. Berpadanan la dengan harganya. Kalau ambil seat bussiness lagi la selesa kan.




So bermula la penerbangan kami dengan bacaan doa oleh Ustaz Mad. Penerbangan kami selama 9 jam berjalan lancar. Dalam flight korang banyak-banyakkan lah bertalbiah. Memang dalam flight diorang akan pasang. Selain tu korang boleh baca buku atau tengok movie. Ikutkan ada je yang tidur tapi ntahlah Ida nak tidur pun tak boleh. Tidur-tidur ayam je. So kesudahannya tengok la cerita The Nun dan Running man.hahaha



masuk kapal terbang dapat makan ni. Licin makan sebab tengah lapar.hahaha


baik punya seat sebelah pantry 

Makan akan diberikan 2 kali iaitu semasa naik flight dan sebelum tiba di Jeddah. Bila nak pasang niat? Nanti diorang akan bagitahu. Disebabkan kami akan ke Mekkah dulu so kami akan berniat Miqat Umrah di Qarzul Manazil .


" Ya Allah,terimalah kami sebagai tetamuMu yang istimewa dan permudahkan urusan kami"

Niatnya nanti Ustaz atau mutawwif Tabung Haji akan baca bersama-sama korang. Bagi wanita ada niat bersyarat so kena alert. Almaklumlah perempuan ni ada "hari cutinya". So niat bersyarat ni memudahkan urusan kita. 

Makanan dia boleh tahan sedap sampai ibu Ida kata first time naik flight makanan die sedap.hehehe

Kami sampai di sana dalam pukul 10 malam. So uruskan ambil bagasi semua dan berkumpul dan masuk dalam bas ikut kumpulan dalam pukul 11 jugak. Sampai hotel kami makan dan berehat sebentar sebelum berkumpul untuk melakukan umrah. 

Kita bersambung next part okay!

SENARAI KEPERLUAN UMRAH LELAKI DAN WANITA

Assalammualaikum...

Ramai mesti tertanya-tanyakan apa keperluan yang perlu bawa semasa korang nak ke Tanah suci untuk melakukan umrah atau haji.

Ida banyak search dalam blog untuk tengok keperluan yang diperlukan. Kesudahannya tak semua barang pun yang Ida guna.hehehe. Baju pun pakai yang sama je cuma basuh sedikit je. Yelah sana sikit pun tak rasa berpeluh sebab musim sejuk kalau ke sana pada hujung tahun. Kalau korang pergi dalam pertengahan tahun mungkin agak panas sikit.



Ida ke sana pada bulan Disember so memang agak sejuk sedikit. Sampaikan habis kering kulit Ida. Pakai krim pun tak jadi apa sampai terpaksa letak sedikit minyak pada kulit kalau nak keluar. Aircond pun kadang tak pasang pun dalam bilik.


Disebabkan banyak blog yang Ida search so tak ingat blog mana Ida simpan nota keperluan umrah die.

Di sini Ida senaraikan sedikit ye. Mana yang Ida highlight tu tak guna pun kat sana. So nak bawa boleh, taknak bawa pun takpe.

SENARAI KEPERLUAN UMRAH BAGI PEREMPUAN

Senarai barang-barang dalam beg besar/beg pakaian (30kg)

1. Telekung sembahyang – 3 helai (kain bawa 1 helai je pun takpe sebab kat sana tak pakai sangat pun)

2. Tudung bawal instant 3helai (pakai 2helai)

3. Anak tudung-4 helai (ida guna snowcap)

4. Jubah biasa - 3 pasang

5. Baju tidur dan seluar panjang - 1-2pasang dah cukup

6. Tuala mandi (tak guna pun sebab guna tuala hotel)

7. Stoking biasa - 5 pasang (kalau boleh tebal sebab sejuk sana)

8. Tuala kecil - 2 helai

9. Sarung tangan - 3 helai

10. Jubah seluar -sepasang pun cukup

11. Seluar berpoket yang selesa (untuk pakai dalam jubah)

12. tshirt berzip (untuk keselamatan) - 2 helai (handphone letak dalam tu je,tak perlu bawa beg dah g masjid)

13. Kain batik 1 helai cukup (tak guna pun kat sana)

14. selipar/kasut

15. Buku doa (kecil) & surah yassin/mathurat – 1

16. Buku panduan (yang pakej korang bagi)

17. Al quran (taknyah bawa pun takpe sebab tak elok nanti kalau orang pijak2 beg kita)

18. Pakaian dalam wanita yang secukupnya

19. Penyangkut baju - 5

20. Ubat-ubatan /supplement (must have sebab ubat kat sana mahal)

21. beg kosong - 1

22. Gunting, pengetip kuku - 1

23. Sejadah/tasbih

24. Spray wuduk

25. Botol air

26. Lampin wanita (kalau korang sedang period atau akan period nanti)

27. Uncang kasut - 1 (wajib ye sebab masuk masjid nanti kena simpan kalau tak kemungkinan akan hilang)

28. Alat mandian - 1

29. Penjagaan muka

30. Sabun basuh

31. Marker pen/pen - 1

32. Buku kecil 1 (tak bawa pun takpe)

33. Telefon bimbit & charger - 1 (mesti kena bawa)

34. Powerbank

35. Backpack kecil (ida guna masa naik flight dan pergi ziarah)

36. Minuman instant/sambal kering (kalau rasa tekak korang takde selera masakan sana)

37. Beg plastik baju kotor

38. Baju sejuk/cermin mata hitam

39. Tisu basah/sanitlizer/lipbalm/vaseline

SENARAI KEPERLUAN UMRAH BAGI LELAKI 

Senarai barang-barang dalam beg besar/beg pakaian (30kg) 

1. Kain ihram - 2 Pasang (sepasang pun boleh)

2. Tali pinggang - 1 utas

3. Baju melayu/jubah -2-3 helai

4. Baju biasa(t-shirt) - 2helai

5. Tshirt berzip - 2 helai

6. Kain pelikat - 2 helai

7. Seluar panjang - 2 helai

8. Seluar dalam 4-5 helai

9. Tuala kecil - 2 helai

10. Tuala mandi (guna tuala hotel tapi boleh bawa kalau ada emergency kat luar)

11. Stoking - 2 pasang (tak guna pun)

12. Selipar (pastikan jari-jemari terlihat) - 1 pasang

13. Kasut biasa (lembut) - 1 pasang (tak pakai pun, bawa selipar je)

14. Buku doa(kecil)& surah yassin/mathurat – 1

15. Buku panduan (yang pakej korang bagi tu)

16. Penyangkut baju - 5

17. Spray wuduk

18. Ubat-ubatan/supplement

19. beg kosong lebih - 1

20. Gunting, pengetip kuku - 1

21. Sejadah/tasbih- 1 (nak beli baru kat sana pun boleh,murah)

22. Uncang kasut - 1

23. Alat cukuran - 1

24. Alat2 mandian - 1

25. Sabun basuh baju - 1

26. Krim bibir dan tumit - 1

27. Marker pen(jika perlu) – 1

28. Telefon bombit & charger - 1

29. powerbank

30. Botol air

31. Cable tie

32. Minuman instant/sambal kering

33. Beg plastic baju kotor

34. Baju sejuk/cermin mata hitam

35. Tisu basah/sanitilizer/lipbalm/vasaline

Ini antara keperluan yang memang Ida guna kat sana. Disebabkan kami dapat duduk sebilik so boleh la kongsi-kongsi. Tapi korang pastikan keperluan barang asing-asing dulu sebab kita tak tahu nanti kita akan duduk sebilik atau bersama orang lain. So jangan pandai-pandai nak kongsi barang melainkan korang memang confirm korang akan duduk sebilik.

Kalau nak basuh baju hantar dobi sana memang mahal sebab tu la kena bawa sabun basuh baju. Basuh la dalam bilik sendiri.heheh. Insyaallah cepat je kering. Kalau rasa malas sangat beli je baju murah kat sana. Ada je banyak. Jubah paling murah pun 20 riyal..jubah lelaki 15 riyal pun ada. So jangan risau. 

Oh lagi satu. Selain beg besar korang akan dapat satu beg sling dan beg handcarry untuk masuk dalam flight. Dalam beg handcarry tu letak la keperluan yang memang korang perlukan takut beg besar korang sampai lambat. Contohnya pakaian luar dan dalam sepasang dan set penjagaan muka dan berus gigi & ubat gigi. Yelah penerbangan 9 jam kot. Sebab ada kes orangnya dah sampai tapi begnya belum sampai. Hah jenuh...

Jadi Ida harap perkongsian Ida ni dapat membantu korang.

SEMOGA MEMBERI MANFAAT!

"Mini Pencarian Bloglist Jan - Dec 2019 by S.K."

Assalammualaikum....



klik pada banner untuk join

SELAMAT BERSEGMEN

4 MANFAAT OMEGA 3 UNTUK SI PIPI MERAH

Assalammualaikum..

Bukan sahaja ingin memiliki kulit yang cantik, bersih dan putih malah kita juga suka nampak muka kita macam pinky-pinky sikit kan. Kalau boleh taknyah guna blusher pun muka kita dah nampak putih kemerahan gitu.



Omega Guard adalah supplement or makanan tambahan minyak ikan atau omega 3. Dalam Shaklee nama dia Omega Guard. Omega-3 terdiri daripada EPA dan DHA. Terdapat pelbagai fungsi EPA dan pelbagai tugas DHA kepada tubuh badan kita.

Tahu tak Omega 3 bukan sahaja bagus untuk kesihatan badan kita, malah bagus untuk jantung, otak dan kulit kita tau.

4 MANFAAT OMEGA 3 UNTUK SI PIPI MERAH


1. Omega 3 membantu membina lapisan kulit bagi mengelakkan kulit daripada dehidarasi dan sekaligus akan memelihara kelembapan kulit.

2. EPA dalam omega 3 membantu melambatkan tanda penuaan akibat pendedahan sinaran UV matahari

3. EPA dalam omega 3 membantu melembapkan kulit

4. Omega 3 membantu mencegah inflamasi pada kulit yang bermasalah. Contohnya ruam atau ekzema

Testimoni pengguna:





Sepanjang bulan November ni ada promosi Omega guard tau! Korang jangan terlepas peluang pula


Klik di sini untuk pembelian dengan segera



Sebarang pertanyaan dan pesanan boleh hubungi saya:

(YOUR TRUSTED SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR)
Email : chintashoope@gmail.com
No Id: 1074293

*setiap pembelian anda wajib akan mendapat konsultasi percuma yang berterusan dari saya

5 TIPS FOR RELIEVING STRESS

Assalammualaikum...

5 TIPS FOR RELIEVING STRESS





1. Eat nutritious food - fill your plate with lean meats, fresh fruits, and veggies.

2. Exercise - find something your enjoy and do it each day

3. Get at least 7 hours of sleep each night

4. Make a task list and mark each thing off as you go

5. Drink lots of water

SUPER SALE 11.11

Assalammualaikum..

Dari awal bulan semua kecoh di Lazada, Shoope, mahupun jualan yang lain tentang sale 11.11 yang akan berlangsung esok.


Masa ni la ramai yang tunggu masa nak membeli barangan kegemaran dengan harga yang lebih murah daripada biasa. Sale 11.11 ni akan berlangsung sepanjang hari esok sahaja. Hari lain dah tak dapat dah harga jimat ni.

Jangan kata Lazada, Shaklee pun ada buat sale 11.11 ni tau! Super jimat giler. Dapat 11% diskaun dengan pembelian twinpack.



Giler best! Super duper jimat tau!








Nak dapatkan item pilihan korang? Korang kena wassap Ida terus tau! Ida akan reply ikut turn, as soon as possible akan reply.

Klik link bawah ni untuk order cepat k

HEALTH QUOTES 8#

Assalammualaikum...




" HEALTH IS NOT VALUED TILL SICKNESS COMES "

~ Thomas Fuller

KATA MADAH 20#

Assalammualaikum...

Musim hujan berturut-turut setiap hari sekarang ni. Kejap hujan kejap reda sekejap. Ida pun baru kesempatan nak update blog ni sebab sibuk uruskan hal.

Pagi ni Ida kongsikan sedikit kata madah



KALAU REZEKI DARI ALLAH TERLAMBAT, MAKA BERISTIGHFARLAH KEPADA ALLAH DAN MOHONLAH SEMOGA ALLAH MELAPANGKAN REZEKI-NYA BAGI ANDA.

KUNCI SYURGA ADALAH SABAR. 

KUNCI KEMULIAAN ADALAH RENDAH DIRI.

KUNCI KEBAIKAN (KEHORMATAN) ADALAH TAQWA.

Setiap orang lain rezekinya yang diaturkan oleh-Nya.

Ada orang sekali doa je, hajat dia dah termakbul. Ada orang bertahun-tahun doa pun, hajatnya masih belum termakbul.

Jadi bersabarlah dan banyakkan beristghfar sebab semua rezeki kita dah ditentukan oleh-Nya. Kalau lambat mungkin ada sebabnya tapi pasti akan ada rezekinya kita cuma lambat atau cepat sahaja.

Segmen Bloglist + Blogwalking by Ombak Bergigi

Assalammualaikum...



klik pada banner

YOUTH RESTORING EYE TREATMENT

Assalammualaikum...

Nak kongsikan dengan korang produk Shaklee yang baru launch awal bulan ni iaitu Youth restoring Eye Treatment


KEISTIMEWAAN YOUTH RESTORING EYE TREATMENT SHAKLEE 


  • 100% Vegan dimana ia berasaskan tumbuhan - tumbuhan 
  • Telah diuji secara klinikal dimana ia selamat digunakan untuk semua 
  • Tidak menyumbat liang pori. 
  • Tidak mengandungi gluten 
  • Bebas Kekejaman / not tested to animal 
  • 100% wanita terbukti memiliki kulit kelihatan lebih muda 
Fungsi Youth Restoring Eye Treatment


1. Memulihkan sel-sel kulit dan menggalakkan kolagen supaya kulit sekeliling mata kekal lembap dan tegang.

2. Mengurangkan masalah seperti :
  • Garis halus 
  • Kedutan sekeliling mata 
  • Sembap 
  • Lingkaran mata 
3. Menyegarkan

Teknologi cooling tip memberikan kesan sejuk dan menyegarkan setiap kali dipakai.

Membantu untuk mengurut dan merangsang pengaliran darah di sekeliling mata.

Ramuan dalam Youth Restoring Eye Treatment shaklee 

1. Peptide – membantu penghasilan kolagen dan pembaharuan sel

2. Ekstrak Licorice – digunakan untuk membantu mengurangkan lingkaran gelap bawah mata.

3. Lotus Japonicus & Sichsandra Chinesis – membantu penghasilan kolagen, elastin dan fibirilin, memberi lebih banyak nutrien kepada kulit.

4. Hyaluronic acid – menghidrat dengan mengekalkan air pada kulit. Mampu menyerap 1000 kali dalam air untuk mengekalkan kelembapan kulit.

5. Vital repair, polifenol dan muscadine grape (juga ada dalam Vivix) – mengurangkan kesan radikal bebas dengan melindingi sel DNA, melindungi kerosakan kolagen dan elastin


Kajian klinikal telah dilakukan selama 28 hari ke atas 36 orang dengan menggunakan krim mata Youth selama 2 kali dalam sehari. Hasil daripada kajian menunjukkan bahawa:- 

  • Garis dan kedutan di sekeliling mata berkurangan dalam tempoh seawal 7 hari. 
  • Mengurangkan sembap dan lingkaran hitam dikawasan mata 
  • Menghilangkan kedutan mata disamping ia menghidrat dan menegangkan kulit mata. 
  • Ia membantu menyegarkan dan memberikan tenaga dikawasan mata dengan urutan yang lembut kerana ia mempunyai cooling tip yang unik. 

CARA MENGGUNAKAN YOUTH RESTORING EYE TREATMENT





1. Dengan cooling tip

Picit tiub untuk mengeluarkn sedikit produk sebesar saiz mutiara ke atas cooling tip. Gunakan cooling tip untuk meratakan dan mengurut produk ke kawasan mata.

2. Dengan jari dan cooling tip

Picit tiub untuk mengeluarkan sedikit produk sebesar saiz mutiara ke atas cooling tip. Dengan menggunakan jari manis anda, titik produk pada kawasan mata untuk dirawat dan gunakan cooling tip untuk meratakan dan mengurut produk ke kawasan mata.

Klik di sini untuk order segera





Sebarang pertanyaan dan pesanan boleh hubungi saya:

(YOUR TRUSTED SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR)

sms/whatsapp : www.wasap.my/0174636210
Email : chintashoope@gmail.com 
No Id: 1074293 

*setiap pembelian anda wajib akan mendapat konsultasi percuma yang berterusan dari saya 


SEGMEN BLOGLIST BY FARAH FARHANA

Assalammualaikum...


klik pada banner untuk join

TAMAT :
1 NOVEMBER 2018 JAM 10.00 MALAM

8 TIPS FOR HEALTHY BONES

Assalammualaikum...


8 TIPS FOR HEALTHY BONES




1. Strength training - 30 min/3x a week

2. Famill history - knowledge is key

3. Healthy weight - BMI of 20-25

4. Side effect - talk to your doctor

5. Healthy diets - 1000-2500mg

6. Vision - annual check- ups

7. Home sweet home - safety first

8. Bone density test - for women 65+

MINGGU PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN

Assalammualaikum...

Baru dapat mengadap blog ni. Kat media sosial pun tak menyempat nak update banyak-banyak.

Minggu ni bermula peperiksaan akhir tahun untuk anak-anak yang bersekolah. Walaupun anak Ida, Asyraf baru darjah 1 tapi nak kena ajar dia jugak supaya cemerlang dalam peperiksaan dia.


Masa ujian pertengahan tahun die dapat no 3 dalam kelas. Ini dia target nak lawan kawan dia supaya boleh dapat no 1 plak. Ida tak memaksa tapi tengok pada usahanya. Kalau dia berjaya alhamdulillah.

Agak busy jugak Ida sebab nak mengajar dan buat latihan. Nak tengok sama ada dia faham je tak. Balik sekolah dah memang bagi dia rehat, makan dan tidur sekejap. Bangun petang tu, buat latihan sikit dan bagi dia main. Malam sambung balik belajar.

Kalau belajar memanjang pun tak boleh. Nanti budak-budak jadi bosan dan mula buat main-main je. At least bagi dia rehatkan badan dan otak.

Pagi Ida memang busy nak uruskan rumah. Nak memasak sebelum pergi amik Asyraf sekolah. Mana nak bersihkan kandang kucing lagi. Tambah si Memey baru beranak. Anak-anak kucing tu dah mula buka mata, nak jalan pula. Lahir anak 6 ekor. Mula 2 ekor mati 2 hari selepas dilahirkan sebab terikat kaki dia dengan tali pusat. Lagi seekor dapat bertahan dalam seminggu lepas tu mati sebab kakinya pun dah cacat masa terikat tali pusat tu. So tinggal la 3 ekor sahaja sekarang.


gambar ni masa masih ada 4ekor yang hidup

Pada ibu bapa yang anak-anak pun sedang jalani peperiksaan. Wish your good luck!...

5 CARA HILANGKAN MATA PANDA DENGAN MUDAH

Assalammualaikum...

Kaum wanita terutamanya mesti ramai yang ada masalah mata panda, atau eye bag atau lingkaran gelap mata mata. Dan lebih teruk bila terdapat kedutan kat bawah mata yang nampak semakin hari semakin ketara.




Sebenarnya selalunya lingkaran bawah mata ni akan terjadi apabila kekurangan darah atau kekurangan tidur. Tetapi itu bukan sahaja puncanya. Selain itu puncanya ialah keturunan, usia, persekitaran, alergi dan banyak lagi.


Di sini Ida nak kongsikan 5 cara hilangkan mata panda atau lingkaran bawah mata dengan mudah

5 CARA HILANGKAN MATA PANDA DENGAN MUDAH


1. Uncang teh



Ini memang bahan biasa digunakan di rumah. Mudah sahaja. Gunakan uncang teh yang korang dah guna simpan dalam peti sejuk dalam 10-15 minit. Lepas tu keluarkan dan letakkan kat bawah mata korang selama 15-30 minit. Kemudian cuci dengan bersih.

2. Timun


Caranya sama juga macam korang gunakan uncang teh. Tapi jangan lupa pula supaya timun tu dipotong dulu. Jangan potong terlalu nipis atau terlalu tebal, sedang-sedang je dan letakkan dalam peti sejuk. Lepas tu barulah letak pada mata dalam 15-30 minit.

3. Kentang



Kentang ini dianggap sebagai agen pemutih. Bagi ada masalah ketiak hitam, atau kulit yang nampak kusam, gelap bolehlah gunakan kentang. Selain tu ia juga bagus untuk hilangkan masalah mata panda korang. Korang boleh potong nipis dan letakkan pada mata atau korang parut dan sapukan airnya. Kedua-duanya insyaallah berkesan.

4. Tomato


Ia juga bagus bagi menghilangkan lingkaran gelap bawah mata. Selain itu ia juga bagus untuk kulit. Ambil jus tomato tu dan campur dengan sedikit lemon dan sapukan pada bawah mata. Biarkan selama 15 minit dan cuci sehingga bersih.

5. Restoring eye treatment Youth shaklee


Kini Shaklee dah produk terbaru untuk selesaikan semua masalah bawah mata ni dengan lebih mudah. Tak kiralah mata panda, lingkaran gelap bawah mata mahupun masalah kedutan bawah mata ni.

Fungsi Restoring Eye Treatment Youth

1. Memulihkan sel-sel kulit dan menggalakkan kolagen supaya kulit sekeliling mata kekal lembap dan tegang.

2. Mengurangkan masalah seperti :

  • Garis halus
  • Kedutan sekeliling mata
  • Sembap
  • Lingkaran mata
3. Menyegarkan

Teknologi cooling tip memberikan kesan sejuk dan menyegarkan setiap kali dipakai.

Membantu untuk mengurut dan merangsang pengaliran darah di sekeliling mata.




Ramuan dalam Restoring Eye Treatment Youth shaklee
  1. Peptide – membantu penghasilan kolagen dan pembaharuan sel
  2. Ekstrak Licorice – digunakan untuk membantu mengurangkan lingkaran gelap bawah mata.
  3. Lotus Japonicus & Sichsandra Chinesis – membantu penghasilan kolagen, elastin dan fibirilin, memberi lebih banyak nutrien kepada kulit.
  4. Hyaluronic acid – menghidrat dengan mengekalkan air pada kulit. Mampu menyerap 1000 kali dalam air untuk mengekalkan kelembapan kulit.
  5. Vital repair, polifenol dan muscadine grape (juga ada dalam Vivix) – mengurangkan kesan radikal bebas dengan melindingi sel DNA, melindungi kerosakan kolagen dan elastin.
Testimoni pengguna:





Klik di sini untuk order segera



Sebarang pertanyaan dan pesanan boleh hubungi saya:

(YOUR TRUSTED SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR)
sms/whatsapp : www.wasap.my/0174636210
Email : chintashoope@gmail.com
No Id: 1074293

*setiap pembelian anda wajib akan mendapat konsultasi percuma yang berterusan dari saya