Pages

8 JENIS MAKANAN YANG MEMBANTU UNTUK KURUSKAN BADAN

by - 6:15:00 PM

Assalammualaikum...

Semua orang nak dapatkan berat badan yang ideal, nak miliki tubuh yang ramping dan sebagainya. Sebenarnya matlamat sebenar untuk kuruskan badan ialah supaya badan menjadi lebih sihat dan dapat elakkan dari berisiko kepada sebarang penyakit lain.



Selain dari senaman, penjagaan makanan dan sebagainya. Ada beberapa jenis makanan yang membantu korang mengurangkan nafsu makan dan lemak sekaligus membantu untuk korang kurangkan berat badan.



8 JENIS MAKANAN YANG MEMBANTU UNTUK KURUSKAN BADAN

1. Buah epal



Epal salah satu buah yang mengandungi banyak air dan serat yang membantu menghasilkan satu "signal kenyang" pada usus. Ia bukan sahaja mudah dicernakan malah membantu korang untuk mengawal nafsu makan. Penyelidikan menyatakan buah epal sangat berkesan untuk menurunkan berat badan. Makan sebiji buah epal sebelum makan untuk membantu mengawal nafsu makan dari berlebihan.

2. Cili merah



Ramai yang kata makan makanan yang pedas sangat membantu untuk membakar lemak dan menurunkan berat badan. Penyelidikan mendapati setengah sudu kecil cili merah yang dicincang dapat membantu mengawal nafsu makan. Kandungan capsaicin di dalamnya berperanan untuk memberikan rasa panas dan pedas untuk mengurangkan rasa lapar dan meningkatkan tenaga.

3. Rumpai laut


Ada beberapa pakar mengatakan bahawa rumpai laut adalah serat makanan semulajadi yang mampu menghalang rasa lapar sehingga 30% dan akan berasa kenyang sehingga waktu petang. Patut la orang Korea memang suka makan rumpai laut ni kan.

4. Teh hijau



Teh hijau mengandungi antioksidam yang dikatakan memiliki kesan pada hormon leptin yang berfungsi utnuk mengawal nafsu makan. Menurut American Journal of Clinical Nutrition, teh hijau mengandungi katekin iaitu zat yang dapat merangsang tubuh untuk membakar lemak dengan lebih banyak.

5. Telur



Ada laporan dari Jurnal American College of Nutrition, makan 2 biji telur dadar untuk sarapan akan membantu mengurangkan rasa lapar di waktu tengah hari.

6. Limau nipis atau lemon


Lemon mengandungi pektin iaitu serat larut semulajadi dan pembentuk gel yang dapat membakar lemak yang tersimpan dalam badan dan melambatkan proses pencernaan supaya kita kekal rasa kenyang lebih lama.

Penyelidikan Amerika Syarikat mendapati bahawa asid lemon dan pektin dapat melambatkan penyerapan gula selepas makan dan keinginan untuk makan. Vitamin C dalam lemon membantu untuk menghasilkan kartinin iaitu asid amino yang membantu membakar lemak dalam badan.

7. Air putih



Ini sumber utama yang bukan sahaja membantu mengelakkan badan dari kekurangan air. Sebuah kajian mengatakan bahawa minum air kosong sebelum makan sangat membantu untuk menurunkan berat badan kerana ia akan menyebabkan kita cepat kenyang untuk makan.

8. Bawang putih



Setiap hari kita masak akan masukkan bawang putih kan. Orang Korea suka jadikan bawang putih sebagai makanan sampingan dalam menu untuk dijadikan seperti jeruk atau ulam. 

Para penyelidikan mendapati kandungan allicin dalam bawang putih berperanan memberikan bau yang menyengat supaya merangsang deria kenyang pada otak dan mengurangkan rasa lapar. Ia juga merangsang sistem saraf untuk melepaskan hormon adrenalin yang mempercepatkan kadar metabolisma badan supaya membakar lemak dengan lebih banyak.

Semoga info ni membantu korang untuk mengurangkan nafsu makan dan sekaligus membantu membakar lemak dan menurunkan berat badan.




Sebarang pertanyaan dan pesanan boleh hubungi saya: 

(YOUR TRUSTED SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR)
Email : chintashoope@gmail.com
No Id: 1074293

*setiap pembelian anda wajib akan mendapat konsultasi percuma yang berterusan dari saya

You May Also Like

6 comments

  1. Semua tu dh pernah cuba..tp x gak kurus..muahahahahaha....nafsu serakah nampak makanan

    ReplyDelete
  2. Semua makanan dan minuman yang sangat menyihatkan kak. hihi. :D

    ReplyDelete
  3. suka makan epal tapi minuman manis tak boleh nak tinggal!adehh diet ke laut dalam jadinya!

    ReplyDelete

Sponsor