RESEPI SAYUR KANGKUNG GORENG BELACAN

Assalammualaikum...

Dah lama tak kongsi resepi dengan korang. Bila snap, post dalam instagram pastu lupa nak share resepi dalam blog plak. 


Ida jarang beli sayur kangkung ni tapi kebetulan aritu teringin plak nak makan, so kena la beli kan. Jadi encik suami suruh masakla sayur kangkung goreng belacan, kebetulan kawan die ada bagi belacan Sarawak. 


Salah satu sebab jarang masak kangkung goreng belacan ni sebab belacan la. Suami ada resdung tambah Ida pun boleh menjadi plak resdung tu. Kena la jaga makan. Tapi peliknya belacan Sarawak ni suami makan tak gatal hidung. Sedangkan dia memang senang alah dengan belacan ni. Habis sakit perut.

Suami Ida kata maybe belacan Sarawak ni lain skit kot. Kalau belacan kampung biasa memang habis la sakit perut, gatal hidung semua. OK dah..kita kongsi resepi plak ye. Walaupun tak snap gambar sebelum memasak, takpe la Ida kongsi jugak

RESEPI SAYUR KANGKUNG GORENG BELACAN

Bahan-bahan:
  • sayur kangkung
  • belacan (ikut banyak mana sayur. Ida letak dalam 1sudu teh je)
  • ikan bilis
  • bawang merah
  • bawang putih
  • cili padi
  • cili merah
Cara membuatnya:

1. Korang blender semua bahan-bahan ka atas kecuali sayur kangkung la. 

2. Panaskan kuali dan letak minyak skit. Tumis bahan-bahan blender tadi sampai naik bau dan garing skit.

3. Masukkan gula dan garam secukup rasa. Garam jangan banyak sangat pula. Sebab dah ada ikan bilis, kang terlebih masin.

4. Lepas tu masukkan la sayur kangkung yang dah dipotong.

5. Gaul sampai sebati dah siap.

Boleh la makan dengan nasi panas-panas dan lauk lain. Sedapnya.

SELAMAT MENCUBA!


WEB VIU TV UNTUK PEMINAT DRAMA DAN FILEM MENARIK KOREA DAN LAIN-LAIN

Assalammualaikum...

Dengan kesibukan bekerja atau uruskan rumah kadang kala ada je masa kita ni tak sempat nak tengok cerita menarik di televisyen. Bila nak tengok kita ganggu dengan anak-anak pula nak tengok cerita kartun.



Kini dah tak perlu risau lagi lebih-lebih lagi mereka yang suka tengok drama-drama Korea, Melayu, Tamil dan banyak lagi atau filem-filem menarik. Sekarang korang dah boleh tengok secara terus dalam tablet, desktop atau smartphone korang di mana-mana sahaja. Waktu tengah rehat-rehat selepas uruskan kerja seharian, korang boleh terus tengok drama kegemaran korang.


Sekarang korang boleh tengok semua tu, drama Korea ke, Chinese, Tamil dan banyak lagi di Viu.com


Macam Ida kadang tu memang termiss lajugak beberapa drama yang dah mula. Kadang nak rekod, clash pula dengan cerita encik suami.hehehe. Ida jarang tengok drama-drama Melayu selalu tengok drama Korea je.hahaha.





Sampaikan adik ipar kata Ida ni "hantu Korea". Tapi Ida tengok juga drama Melayu, atau omputih sekali sekala. Mana yang Ida rasa menarik tengok la, sama juga macam drama Korea. Kadang tu tengok macam tak best je, hero dan heroin tak best tak tengok jugak.hahah. Memilih kan.

Jadi pada mereka yang terlepas tengok drama atau filem kegemaran korang boleh la layari Viu tv ni untuk menontonnya semula.


SELAMAT MENONTON!

Sis Gee First Giveaway

Assalammualaikum..



klik pada banner untuk join

10 SEBAB KENAPA KITA PERLU LAKUKAN DETOX

Assalammualaikum...

Pernah tak sesiapa alami keadaan macam ni.

" Kenapa aku makan produk "X"ni tak kurus pun? Semua budak ofis aku makan ok je, badan diorang kurus je"


Tahu tak ini tandanya badan korang dah tak dapat serap apa yang dimakan atau tak dapat nutrisi yang ada dalam makanan tersebut. Dan ini sebenarnya tanda korang perlu lakukan DETOX!



Apa itu detox?

Detox merupakan satu proses pembersihan, peneutralan, menyingkirkan, membuang toksin yang ada dalam badan kita. Kalau istilah perubatan ia bermaksud membuang bendasing dalam badan yang boleh menyebabkan ketidakstabilan berlaku pada kita.

Ini sebenarnya sangat membantu supaya badan kita dapat menyerap atau mendapat nutrisi yang sepenuhnya dari pemakanan yang kita ambil mahupun makanan tambahan atau supplement.

10 SEBAB KENAPA PERLU DETOX

1. Buang toksin dalam badan



Setiap hari kita ni terdedah dengan pelbagai benda asing seperti bahan kimia, bahan pengawet dalam makanan kita, pencemaran udara dan air. Toksin ni pula akan tersimpan dalam tisu dan sel dalam badan kita termasuklah otak. Bila terlalu banyak toksin dalam badan ia akan menyebabkan gangguan metabolisma, masalah kulit, terlalu penat, hilang fokus dan banyak lagi. 

2. Mencegah penyakit kronik



Terlalu banyak toksin dalam badan kita boleh menyebabkan kerosakan sel dalam badan dan akan berlaku perubahan semasa proses pebahagian sel. Ketidakseimbangan ini la boleh berlakunya penyakit kronik seperti kanser, masalah otak jantung dan sebagainya. Detox ini akan membantu melancarkan semula sistem badan untuk mengelakkan sebarang jangkitan dan mencegah penyakit..

3. Meningkatkan fungsi sistem imun



Bila terlalu banyak toksin dalam badan, antibodi badan tak dapat dihasilkan dengan baik ini menyebabkan sistem imun kita menjadi lemah. Sebab itu la kita akan berasa sangat letih dan mudah jatuh sakit. 

4. Mendapat berat badan yang ideal



Detox ini membantu mengurangkan toksin dalam sel lemak dan meningkatkan metabolisma tubuh badan. Ini kerana toksin dalam badan sebenarnya akan menyebabkan lemak sukar untuk dibakar dan akan berlaku masalah penambahan berat badan. Malah ia boleh berisiko kepada penyakit lain seperti diabetes dan sebagainya.

5. Melambatkan proses penuaan


Detox boleh jadikan kita awet muda?

Tahu tak detox ni boleh menghalang radikal bebas dan toksin dari merosakkan sel-sel tubuh. Ia juga meningkatkan keupayaan tubuh badan untuk menyerap nutrien, antioksida dan vitamin yang dapat membantu melawan oksidasi pada sel.

6. Meningkatkan kualiti hidup


Bila semakin kita stress, semakin banyak sel dalam badan akan rosak. Kita mula akan alami masalah seperti sakiy sendi sakit kepala, masalah penghadaman dan banyak lagi. Sebab detox ni membantu mengurangkan tekanan pada tubuh badan dan juga kembali menguatkan memori kita.

7. Meningkatkan tenaga



Detox ni akan membantu tingkatkan semula tahap tenaga dalam badan dan meringkan tahap stress tubuh kita. Kita akan berasa lebih semangat secara mental, fizikal dan mampu mengawal emosi dengan baik. Malah boleh mengurangkan masalah mereka yang susah nak tidur malam.

8. Membaiki tahap kualiti kulit


Pemakanan yang baik, persekitaran dan kesihatan yang baik bukan sahaja mencantikkan kulit kita di luar malah bermula dari dalma badan. Detox akan membantu menyihatkan kulit kita dan elakkan berlakunya sebarang masalah kulit seperti jeragat, jerawat dan sebagainya. Malah membantu menguatkan kuku dan rambut kita.

9. Menyihatkan mental dan emosi


Apabila sistem tubuh badan berfungsi dengan baik, keadaan emosi dan mental kita juga akan bertambah baik. Kita akan mudah fokus, bertenaga dan dapat mengurangkan stress. dengan lancar, perubahan emosi dan mental akan bertambah baik.

10. Mengembalikan kesimbangan sistem tubuh


Detox akan membantu stabilkan semula sistem badan kita agar dapat menjalankan fungsi dengan sempurna semula. Ini kerana bila toksin menganggu sistem dalam badan, ia akan menganggu sistem lain seperti sistem pencernaan, saraf, hormon dan lain-lain.

Testiomoni 1: Selepas 4 hari berdetox, bacaan darah saya menjadi normal. Badan semakin ringan dan cergas.



Testimoni 2: Sistem pencernaan semakin lancar selepas melakukan detox


Testimoni 3: Kulit menjadi lebih bersih, tona sekata dan kurang berminyak selepas melakukan detox. 



Testimoni 4: Tiada lagi masalah resdung selepas melakukan detox



Klik di sini untuk pembelian dengan segera


Sebarang pertanyaan dan pesanan boleh hubungi saya:

(YOUR TRUSTED SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR)
Email : chintashoope@gmail.com
No Id: 1074293

*setiap pembelian anda wajib akan mendapat konsultasi percuma yang berterusan dari saya

7 SEBAB PENTINGNYA PENGAMBILAN MINYAK IKAN KEPADA IBU HAMIL

Assalammualaikum...

Bila sebut je minyak ikan mesti ramai terbayangkan sebab baunya yang agak busuk. Kalau kena baju atau tangan memang susah nak hilang baunya. Selain dari pengambilan vitamin penting seperti asid folik, iron atau zat besi, vitamin C dan kalsium, minyak ikan atau dikenali dengan nama omega juga sangat penting sebenarnya kepada ibu-ibu hamil.



Kadang kala ibu hamil ni memang susah amalkan pengambilan makanan seimbang. Kurang makan sayur atau ikan sebab itu la pentingnya makanan tambahan omega ni untuk ibu hamil.



Korang sendiri tahu kan omega 3 mengandungi DHA dan EPA yang keduanya bukan sahaja bagus untuk kesihatan malah bagus untuk perkembangan otak janin dalam kandungan ibu-ibu.

7 SEBAB PENTINGNYA MINYAK IKAN KEPADA IBU HAMIL

1. Omega 3 penting untuk perkembangan sistem saraf otak dan penglihatan bayi. 


Kajian menunjukkan pengambilan omega 3 membantu meningkatkan perkembangan sistem saraf otak dan penglihatan bayi sejak dari kandungan lagi.  


2. Omega 3 juga digunakan selepas bersalin untuk menghasilkan susu ibu 



Kajian telah mengesahkan bahawa pengambilan tambahan EPA dan DHA kepada diet seorang ibu hamil mempunyai kesan positif ke atas pembangunan penglihatan dan kognitif bayi selepas dilahirkan. Di mana khasiat omega 3 ni diberikan melalui susu ibu.


3. Membantu mengurangkan risiko alahan


Banyak bayi yang dilahirkan kemudiannya akan alami masalah alahan seperti ekzema. Kajian telah menunjukkan bahawa penggunaan omega 3 yang lebih tinggi boleh mengurangkan risiko alergi di kalangan bayi.

4. Asid lemak omega 3 mempunyai kesan positif ke atas kehamilan


Peningkatan pengambilan EPA dan DHA boleh mencegah kelahiran pramatang, mengurangkan risiko pre-eklampsia dan boleh meningkatkan berat badan bayi. 

5. Mengurangkan risiko kemurungan selepas bersalin


Kekurangan pengambilan omega 3 juga meningkatkan risiko kemurungan atau meroyan selepas bersalin. Ini dapat menjelaskan mengapa gangguan emosi selepas bersalin mungkin menjadi lebih buruk untuk kehamilan berikutnya.

6. Membantu kuatkan sistem imun


Fungsi sel B dalam badan adalah untuk menghasilkan antibodi. Jadi omega 3 ni sebenarnya membantu supaya sel B ni dapat berfungsi dengan baik. Ini akan meningkatkan ketahanan imun ibu-ibu dari serangan selsema, demam dan sebagainya.

7. Membantu ibu-ibu mengawal berat badan secara semulajadi


Kebanyakkan ibu hamil akan mengalami masalah berat badan berlebihan semasa hamil dan akan berlanjutan sehingga selepas bersalin. Omega 3 ni membantu untuk mengawal berat badan ibu-ibu dari naik berlebihan.

Testimoni 1: Berat badan naik sebanyak 5kg semasa hamil. Dengan pengambilan omega berat badan turun 8kg semasa berpantang


Testimoni 2: Masalah alergik anak berkurangan selepas pengambilan omega



Testimoni 3: Peningkatan IQ anak meningkat selepas pengambilan omega


Testimoni 4: Ibu hamil bertenaga sepanjang pengambilan omega semasa hamil



Klik di sini untuk pembelian dengan segera




Sebarang pertanyaan dan pesanan boleh hubungi saya:

(YOUR TRUSTED SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR)
Email : chintashoope@gmail.com
No Id: 1074293

*setiap pembelian anda wajib akan mendapat konsultasi percuma yang berterusan dari saya

11 CIRI-CIRI ANAK AUTISME YANG BOLEH DIKENALPASTI LEBIH AWAL

Assalammualaikum...

Autisme adalah gangguan perkembangan yang sangat kompleks pada kanak-kanak. Kanak-kanak ni alami gangguan neurobiologis yang menjejaskan fungsi otak dan menyebabkan anak sukar berinteraksi atau berkomunikasi dengan dunia luar.



Memang ramai ibu bapa tidak dapat mengesan yang anaknya alami autisme sebab tingkah lakunya kadang kala sama dengan kanak-kanak yang bukan autisme. Tetapi jika dapat dikesan lebih awal, ini boleh dilatih  lebih awal untuk selamatkan keadaan.


Kalau dulu Ida perasan nurse takde buat ujian pasal autisme ni pada anak-anak tapi masa terakhir Ida bawa Aqil checkup di klinik kesihatan, nurse ada bagi ujian atau macam soalan la pasal perkembangan anak-anak. Masa ni usia die 2 tahun lebih rasanya. Sebab itu la penting untuk lihat perkembangan anak kita dari masa ke semasa.

Menurut Persatuan Kebangsaan Autisme Malaysia (NASOM), setiap seorang daripada 150 kanak-kanak yang dilahirkan di seluruh dunia memiliki autisme dan dianggarkan 47,000 orang kanak-kanak di Malaysia menghidapnya.


Tanda-tanda awal autisme pada kanak-kanak memang berbeza. Ada yang menunjukkan kelainan pada usia beberapa bulan selepas lahir dan ada juga yang menunjukkan ciri-ciri yang jelas pada usia antara 18 hingga 24 bulan. 

11 CIRI-CIRI ANAK AUTISME


1. Perbualan satu pihak. Contoh tidak ada tidak balas apabila kita memberikan senyuman.

2. Tidak menunjukkan minat.

3. Mengulangi perkataan atau percakapan yang sama.

4. Tidak bermain dengan baik atau hiperaktif. 

5. Suka mengibaskan tangan atau memusingkan badan setempat.

6. Ketawa berdekah-dekah yang tidak sesuai dengan keadaan atau ketawa secara tiba-tiba

7. Suka memutarkan objek atau terlalu obsesi dengan sesuatu benda.

8. Tiada eye contact bila berkomunikasi

9. Benci perubahan atau tidak biasa dengan keadaan yang baru

10. Tidak suka bermain dengan orang lain. Suka bersendirian dalam dunianya sendiri. 

11. Mudah sensitif terhadap cahaya, bunyi, sentuhan dan sebagainya.

Jadi penting bagi ibu bapa untuk kesan ciri-ciri atau perkembangan anak-anak dengan lebih awal. Ibu bapa jangan rasa kecewa jika anak autisme ni tapi sabarla dan berbangga la sebab mereka adalah istimewa. 

Ini ada beberapa web yang menyokong anak-anak Austisme ni: 


Semoga ini memberi manfaat!


COMEBACK GIVEAWAY BY RAYDAH ALHABSYI

Assalammualaikum...



klik banner untuk join

" segmen: bloglist istimewa cikgu ayuinsyirah "

Assalammualaikum..


klik banner untuk join

BAGAIMANA CARA PROTEIN MEMBANTU MENURUNKAN BERAT BADAN?

Assalammualaikum..

Tahu tak pengambilan protein sangat penting bagi mereka yang ingin menurunkan berat badan atau sedang berdiet. Ini kerana makanan yang tinggi protein memerlukan lebih banyak tenaga bagi proses penghadaman dan metabolisma. Ini bermakna lebih banyak kalori yang boleh dibakar semasa proses ini.


Makanan yang mempunyai protein tinggi ini juga membantu kita kekal kenyang dengan lebih lama dan dapat mengawal nafsu makan kita.

Apa kaitan protein dengan penurunan berat badan?


1. Memakan makanan tinggi protein seperti ayam, daging, ikan kekacang dan pelbagai makanan tinggi protein yang lain akan menyebabkan pergerakan makanan ke dalam usus menjadi perlahan. Pengosongan perut yang perlahan bermakna korang akan berasa kenyang dalam tempoh yang agak lama. Jadi, keinginan untuk makan akan berkurangan.

2. Kesan yang agak stabil dan 'lembut' ke atas glukosa darah dapat mengelakkan kenaikan mendadak glukosa dalam darah yang mana sering berlaku apabila kita mengambil makanan tinggi karbohidrat seperti nasi dan kentang.

3. Tubuh menggunakan banyak tenaga untuk menghadamkan protein berbanding ia menghadam lemak atau karbohidrat.

Bagaimana protein soya ESP membantu dalam penurunan berat badan?


1. Tahap Glisemik indeks (GI) yang rendah



Korang tahu tak tahap glisemik indeks dalam ESP hanya 39 sahaja. Kajian menunjukkan makanan yang mempunyai Indeks Glisemik (GI) rendah dapat mengurangkan rasa lapar dengan cepat. Malah mereka yang mempunyai penyakit kencing manis juga sesuai minum.

2. Mengandungi 9 asid amino yang diperlukan oleh badan


ESP membekalkan 14gram protein, 500mg kalsium dan 8gram karbohidrat dan 9 asid amino yang tidak dapat dihasilkan oleh badan. Ini membantu mengekalkan kepejalan otot supaya tak menjadi kendur semasa menurunan berat badan.

3. Paras kolestrol nomal




Banyak kajian menunjukkan protein soya mampu menurunkan paras LDL (kolesterol jahat), baik untuk jantung dan salur darah kerana ia membekalkan lemak politaktepu, serat, vitamin, mineral dan rendah lemak. Jadi disebabkan ia rendah lemak dan kolestrol, ia mudah diserap oleh badan.

Testimoni 1: Berat turun sebanyak 13 kg selepas pengambilan 7 tong ESP shaklee


Testimoni 2: Nafsu makan nasi dah kurang selepas minum ESP. Sarapan minum ESP pun dah kenyang



Testimoni 3: Selepas 18hari pengambilan ESP, berat badan turun sebanyak 5kg. 


Jadi sesiapa yang ingin menurunkan berat badan, boleh mencuba minum ESP ni sebagai meal replacment korang. Dan jangan lupa penjagaan makanan juga sangat penting semasa proses penurunan berat badan ni.

Klik di sini untuk order segera




Sebarang pertanyaan dan pesanan boleh hubungi saya:

(YOUR TRUSTED SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR)
sms/whatsapp : www.wasap.my/0174636210
Email : chintashoope@gmail.com 
No Id: 1074293 

*setiap pembelian anda wajib akan mendapat konsultasi percuma yang berterusan dari saya