HARI KONVOKESYEN MUHAMAD ASYRAF HAFIZI

Assalammualaikum...

Semalam seharian ada kat luar, balik dah kepenatan sampai nak makan pun takde selera dah. Semalam anak Ida ada konvokesyen kat sekolah die. Dari bulan lepas Asyraf dah start latihan untuk persembahan.


Asyraf kena buat persembahan teater, jadi kambing biri-biri. Masa latihan dari bulan lepas balik sekolah je asyik menyanyi je. Habis semua watak die baca dialog sedangkan watak die kambing biri-biri je. Dialog takde la banyak sangat tapi die punya hafal habis semua.hehehe. Dah hari-hari asyik ulang je sampaikan Aqil pun dah menghafal.


Betul la orang kata budak-budak ni memang cepat tangkap dan hafal. Diorang cepat ingat. Majlis mula dalam pukul 9.30 pagi, biasala nak tunggup VVIP sampai. Bagi yang ada anak-anak kecil penat skit la sebab bila dah panas...bising mula ada yang buat perangai. Jadi ada la mak ayah yang duduk kat luar dulu untuk tenangkan anak-anak.




Biasala kalau mula majlis mestilah ada ucapan dari VVIP ni..lepas tu baru la ada persembahan. Bagus anak-anak ni. Petah bercakap..seronok tengok diorang buat persembahan.







Persembahan teater Si Pembohong Yang Nakal pun mula. Cerita die macam dalam cerita Upin Ipin cuma die olah la bagi lain skit. Watak Asyraf kambing biri-biri kembar. So berkepit la dengan kawan die. Aqil asyik sebut je tu abang..tu abang. Nasib la Asyraf yakin nyanyi depan orang ramai, biasa budak-budak depan kita je berani bila depan orang ramai die jadi takut.

Lepas persembahan separuh jalan, mak ayah dipanggil ke belakang untuk bersama-sama naik pentas untuk Anugerah Pelajar Terbaik. Alhamdulillah Asyraf salah seorang darinya. Jadi Ida la yang jadi wakilnya. Aqil duduk dengan daddy die. Gambar masa tu takde..cuma ada gambar selepasnya saje.


Dah habis Anugerah Pelajar terbaik sambung lagi persembahan pasal saintis apa ntah..tak sempat nak tengok sebab lepas turun pentas tu kami ada kat luar. Belakang pentas, amik udara sebab dah panas.





Lepas tu semua pelajar ke pentas semula untuk ambil sijil. Semua dapatla, beratur ikut kelas. Habis tu baru la ada persembahan akhir. Nyanyi lagu Baby Shark dengan Sudah Ku Tahu. Comel tengok gaya anak-anak ni.hehehe

Majlis tu tamat pukul 12.30 tengahari, memang waktu diorang habis sekolah. Jadi hari ni Asyraf cuti la sempena Majlis Konvokesyen semalam. Suka la die dapat hadiah beg sekolah tapi besar sangat. Macam beg laptop..huhu.

muka kami pun dah macam tak siap sebab dah kepanasan, orang plak penuh nak bergambar dan pakai jubah konvo..huhuhu


tangkap gambar dengan sepupu (anak kakak ipar, sama umur dengan Asyraf)

Bagi Ida 2 tahun Asyraf bersekolah kat sini Ida berpuas hati la cara mengajar kat situ. Asyraf pun dah pandai baca, mengira, paling penting bab solat pun bagus. Al-quran pun dah boleh baca. Alhamdulillah..

#sorilah gambar pun tak berapa clear sebab amik masa tengah rakam video. Ida pula dapat seat hujung sekali. Nampak pun separuh je.

Post a Comment

0 Comments