10 SARAPAN PALING RINGKAS DAN MENGENYANGKAN

Assalammualaikum...

Sarapan pagi merupakan waktu makan yang sangat penting bagi kita untuk memulakan kerja seharian. Semasa tidur, perut kita berada dalam keadaan yang kosong sebab itu la bila bangun pagi kita selalunya akan mudah berasa lapar. Itu la sebabnya sarapan ni sangat penting dan mesti kita ambil setiap hari.



Tahu tak waktu sarapan yang paling baik dan sihat ialah pada pukul 7 sehingga 8.30 pagi. Tapi bagi mereka yang bekerja , kadang kala memang tak sempat nak makan sarapan ni. Bersesak dengan lalu lintas, sibuk dengan urusan hantar anak ke sekolah dan sebagainya. Dah sampai tempat kerja pun dah pukul 8, memang waktu masuk kerja. Nak makan kena tunggu pula waktu snek pagi dalam pukul 10 pagi. Terpaksa la tahan perut yang kosong tu.


4 KEPENTINGAN SARAPAN PAGI

1. Membekalkan tenaga- kalau tak makan mana nak dapat tenaga untuk berkerja kan?

2. Memastikan metabolisma kita seimbang 

3. Membantu pemakanan seharian kita lebih seimbang

4. Membantu mengelakkan makan secara berlebihan

Ini antara kepentingan sarapan kepada kita. Sebab itu la Ida memang pastikan sesiapa yang beli set kurus terutamanya supaya mereka jangan tinggalkan sarapan.

Sarapan tak semestinya mesti makan nasi goreng, nasi lemak setiap hari. Banyak resepi sarapan paling ringkas yang boleh kita buat dan paling penting ia mengenyangkan.

10 SARAPAN PALING RINGKAS DAN MENGENYANGKAN

1. Telur separuh masak dan roti garlic


Image result for breakfast

Ramai yang bila masak telur separuh masak tak jadi. Tiba-tiba dh jadi telur rebus.hehehe. Tips paling mudah, bila air dah mula mendidih...biarkan skit dalam masa 1 minit lepas tu tutup api dan biarkan dalam air sejuk..air paip la senang. Bila tu boleh la pecahkan dalam mangkuk. Letak black pepper, lada sulah dengan kicap skit. Fuh sedap tu. Nak extra boleh la makan cicah dengan roti garlic

2. Roti telur

Nak buat roti telur pun mudah. Kalau cara Ida telur tu campur dengan susu Dutch lady skit. Bila masak sapu dengan marjerin atau planta dan masak atas pan. Ada orang suka goreng kan, tapi Ida tak suka sebab berminyak sangat

3. Sandwich telur


Image result for egg sandwich

Ini pun sangat mudah dah ringkas. Goreng je telur, letak salad..tomato ke. Sapu planta atau mayonis skit dan letak sos cili. Dah siap

4. Roti sardin

Ni kalau korang ada masak sardin boleh la buat yang lebihan lauk tu. Ida selalu kalau masak sardin, tinggal ikan skit dengan sambal die. Panaskan dalam microwave. Hancurkan ikan, gaul dengan sambal. Sapu atas roti dan letak timun. Memang kenyang.

5. Roti bakar


Image result for french toast

Ini selalu la orang masak paling ringkas dan senang. Sapu la planta, kaya atau jem

6. Telur omelette dan sosej


Image result for omelette

Ini sarapan gaya barat skit. Ida kadang malas pun buat jugak telur omelette ni bezanya tambah sayur-sayur skit dalam tu. Kalau ada sosej goreng la atas pan je.

7. Yogult dan buah-buahan

Image result for fruit yogurt

Ini pun senang bagi mereka yang diet. Sebaiknya beli yogult yang plain. Yogult greek kot nama ia tak silap. Campur dengan buah-buahan yang korang skit. Letak kekacang skit pun sedap. Selain tu letak oat pun kenyangkan jugak

8. Salad sayur/buah-buahan


Image result for salad

Ini kadang Ida suka jugak buat kalau time malas. Setakat Ida sorang boleh la makan, kalau suami kang die tak kenyang plak.hehehe. Ida buat telur hancur skit, potong sayud salad letak tomato, timun pastu campur la dengan mayonis, sos cili dan black pepper skit. Sepinggan pun kenyang.

9. Bijirin


Image result for cereal

Ini paling malas nak masak boleh la makan. Sebaiknya pilih la bijirin yang sihat. Kalau duduk sorang dua boleh la makan bijirin ni, kalau sekelurga 10 orang makan bijirin. Tauke kedai pun bankrap.hahaha. Dah kalau 10 orang makan pun habis sekotak mau tak bankrap.

10. Minum ESP

Ini paling Ida suka dan sangat mudah. Kalau korang yang bekerja, sambil memandu pun boleh minum. Memang sangat ringkas dan mengenyangkan. Shake..shake je terus minum


Ada sesetengah orang tak boleh minum rasa soya asli ni, lain macam kat kedai tu. Dekat kedai, dalam kotak ni dah letak gula. Ni memang soya asli, perisa asli. Tapi siapa yang tak boleh telan jangan risau, nanti ada resepi yang boleh korang cuba untuk sedapkan lagi. Tapi bagi Ida tak kisah. Minum perisa asli pun dah sedap dan kenyang.


Sekarang ni kalau korang nak tahu sepanjang bulan Oktober ni ada promosi pembelian 4 tong ESP akan dapat 5% diskaun. Macam mana nak dapat tu korang kena hubungi Ida okay kalau nak tahu.







Klik di sini untuk order segera



Sebarang pertanyaan dan pesanan boleh hubungi saya:

(YOUR TRUSTED SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR)
sms/whatsapp : www.wasap.my/0174636210
Email : chintashoope@gmail.com 
No Id: 1074293 

*setiap pembelian anda wajib akan mendapat konsultasi percuma yang berterusan dari saya

Post a Comment

0 Comments