7 SEBAB PENTINGNYA SUPPLEMENT DALAM BADAN KITA

Assalammualaikum...

Tak semua orang ni suka ambil supplement sebagai makanan tambahan. Ada juga yang lebih suka untuk amalkan pemakanan yang seimbang tapi tak semua yang boleh ikut. Mesti ada juga culas nya.


Sebenarnya kesihatan yang baik bergantung kepada kualiti pemakanan yang baik. Badan kita terdiri daripada berjuta-juta sel yang memerlukan vitamin, mineral dan zat galian yang mencukupi bagi menjamin tahap kesihatan yang optimun.

Pelbagai jenis penyakit di zaman moden ini adalah berpunca daripada tabiat pemakanan yang tidak seimbang dan gaya hidup yang kurang sihat. 

Nabi s.a.w pernah bersabda yng bermaksud :

“Perut itu rumah penyakit. Diet (pemakanan) itu ubat utama”. (Riwayat Sahih Muslim)

Related image

Kita semua memerlukan 40 jenis zat untuk mengekalkan kesihatan yang sepatutnya didapati melalui makanan harian kita. Namun amat sukar bagi kita untuk mendapatkannnya disebabkan beberapa faktor. 

7 SEBAB PENTINGNYA SUPPLEMENT DALAM BADAN KITA

1. Pencemaran alam sekitar dan bahan-bahan penyebab kanser.

Pencemaran alam seperti pencemaran air menyebabkan kita tidak dapat menikmati sumber air yang benar-benar bersih padahal kita tahu air amat penting dalam kehidupan. Badan manusia sahaja terdiri daripada 70% air,betul tak?

Jadi bagaimana kita ingin menghasilkan badan yang sihat sekiranya air yang kita minum setiap hari tercemar dengan bahan-bahan pencemaran?

Bahan kimia seperti karsinogen pula merupakan sejenis bahan kimia bertoksik yang sangat merbahaya dan boleh menyebabkan kanser. Biasanya ia terdapat pada asap kenderaan, asap rokok dan bahan-bahan buangan sampah sarap. 

Oleh itu pentingnya pengambilan supplement seperti Vitamin A, Vitamin C dan Vitamin E amat penting untuk melindungi tubuh kita daripada radikal bebas dan bahan-bahan penyebab kanser.

2. Badan kita memerlukan sesetengah nutrien dengan dos yang lebih. 

Apabila tubuh badan kita tidak sihat, kita memerlukan lebih nutrient yang boleh membekalkan antioksidan dan meningkatkan sistem imun seperti Vitamin A, C dan E.

Sekiranya kita mengalami kecederaan, pengambilan nutrien yang mengandungi protein amat penting bagi membantu proses baik pulih sel yang rosak dan proses penghasilan sel-sel baru. 

Untuk ibu-ibu hamil dan menyusukan anak pula, mereka sangat memerlukan jumlah nutrien yang lebih tinggi dosnya untuk menampung keperluan bayi dalam kandungan dan menghasilkan susu yang berkualiti untuk bayi mereka.

3. Buah-buahan dan sayur-sayuran mungkin tercemar atau terjejas kualitinya

Kita selalunya akan memilih sayuran atau buah-buahan yang nampak segar, takde rosak walau skit pun. Tapi tahu tak korang sebenarnya sayuran dan buah-buahan yang nampak lazat dan segar itu boleh mengundang bahaya?

Kebanyakkan sayuran dan buah-buahan di pasaran kini diselaputi dengan racun serangga yang merbahaya dan bahan pengawet untuk membolehkan ia tahan lama. Apatah lagi sekarang ini penggunaan baja kimia amat meluas di ladang buah-buahan atau sayur-sayuran. 

Oleh itu, kita sebagai pengguna harus bijak memilih. Pilihlah sayuran atau buah-buahan yang ditanam secara organik kerana penanaman secara organik lebih selamat dan terjamin kualitinya.

4. Mengamalkan gaya hidup yang kurang sihat.

Gaya hidup yang kurang sihat seperti merokok, kurang bersenam, makan lewat malam dan sebagainya boleh mendatangkan pelbagai masalah kesihatan. Begitu juga dengan mereka yang bekerja. Pulang lewat malam dan kurang rehat menyebabkan mereka merasa letih dan tidak bermaya. Tekanan di tempat kerja pula menyebabkan stress dan stress membawa kepada kemusnahan nutrien penting iaitu Vitamin C dan Vitamin B. 

Oleh itu, mereka yang mengalami stress disarankan mengambil supplement Vitamin C dan Vitamin B kerana kedua-dua vitamin ini berupaya mengawal stress yang dialami oleh seseorang. 

Bagi korang yang gemar makan lewat malam seharusnya menghentikan tabiat buruk mereka ini kerana ia akan menyebabkan pengumpulan lemak yang berlebihan dan menyebabkan peningkatan kolesterol. Apabila kolesterol meningkat, timbullah penyakit-penyakit seperti tekanan darah tinggi, strok dan serangan jantung.

5. Kebanyakkan rakyat Malaysia makan mengikut selera rasa

Jika kita lihat tabiat pemakanan rakyat Malaysia memang agak mewah sebenarnya. Makan semua nak sedap.hehehe

Contohnya nasi lemak yang dulu selalu makan untuk sarapan je tapi sekaran dah tak kira masa, Ada je jual nasi lemak, pelbagai lauk pauk plak tu.  Ada je terjual di mana-mana kedai 24 jam seperti kedai-kedai mamak dan kedai-kedai makanan segera lain. 

Restoran Fast Food pula kini tumbuh bak cendawan selepas hujan menyebabkan rakyat Malaysia menjadikannya sebagai pilihan untuk menikmati makanan yang cepat dan lazat. 

Tetapi di sebalik kelazatannya mereka tidak sedar pengambilan makanan yang berlemak, manis dan makanan segera boleh merosakkan sistem tubuh secara senyap. Tanpa disedari mereka menghidap penyakit seperti kencing manis, darah tinggi dan buah pinggang.

6. Gangguan penyerapan nutrisi daripada makanan

Adakah korang penggemar makanan atau minuman berkafein? 

Tahu tak sebenarnya kafein boleh menghalang penyerapan sesetengah nutrisi ke dalam tubuh?

Contohnya Vitamin D, magnesium dan kalsium tidak akan dapat diserap dengan baik sekiranya di ambil bersama minuman berkafein seperti kopi dan teh. Sebab itu la siapa yang ambil supplement ni Ida selalu nasihatkan supaya tidak mengambilnya bersama-sama kopi atau teh.

7. Kehilangan nutrien dalam makanan.

Tak salah sebenarnya nak hidangkan atau masak makanan kegemaran keluarga tapi memang susah kita ni nak kekalkan nutrisi atau makanan yang sihat untuk diorang kan?

Bahan- bahan makanan dari ladang akan kehilangan nutrisi melalui proses pengasingan, pembungkusan dan penghantaran. Penyimpanan makanan di dalam peti sejuk pula mengakibatkan makanan kehilangan nutrisi lagi akibat suhu yang terlalu sejuk. Kemudian, cara memasak yang terlalu lama dan menggoreng menggunakan minyak berlebihan menyebabkan makanan hilang nutrisi lagi. 

Jadi apa nutrien yang kita boleh dapati daripada makanan tersebut? Tiada nutrisi pun yang tinggal. Semua nutrisi hilang begitu sahaja semasa proses penyediaan. 

Oleh itu, untuk mengekalkan nutrisi dalam makanan, janganlah dimasak terlalu lama. Cara memasak juga hendaklah di rebus atau di panggang sahaja.

Ini antara 7 sebab pentingnya supplement dalam badan kita. Bagi korang yang memang jaga pemakanan korang, korang memang hebat. Jadi terus kekalkan supaya sentiasa sihat ok..

Nak dapatkan supplement Shaklee boleh terus hubungi Ida k...


Sebarang pertanyaan dan pesanan boleh hubungi saya:

(YOUR TRUSTED SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR)
sms/whatsapp : www.wasap.my/0174636210
Email : chintashoope@gmail.com
No Id: 1074293

*setiap pembelian anda wajib akan mendapat konsultasi percuma yang berterusan dari saya

Post a Comment

2 Comments