SHOPPING RM200 KREDIT DI SGSHOP MALAYSIA

Assalammualaikum...

Kecoh kebelakangan ni pasal shopping dengan SGshop. SGshop ni sama je dengan mana-mana web online yang menjual pelbagai barangan tapi bezanya SGshop ni kita order barang direct dari China dengan harga yang berpatutan.



Ramai tahu beli barangan dari China memang murah sebab itu la kebanyakkan peniaga ni akan pergi ke China untuk ambil stok jualan.


Tapi kita ni yang biasa-biasa je takkan la sampai nak ke China nak membeli barang murah kan.


Masa bulan puasa baru ni Ida join giveaway dari +Ayue Idris so menang la kredit RM200 dari SGshop untuk shopping. So apa lagi siapa tak suka shopping kan, dapat free kredit lagi tu. Boleh shopping dengan hati riang.hehehe



Mulanya memang pening skit nak faham macam nak shopping dengan SGshop ni, sangkut kat kos penghantaran tu. Yelah berbeza skit sebab boleh pilih nak kelas service yang mana. Nak murah melalui laut la tapi lambat la skit. Kalau korang jenis tak bersabar tak sesuai.hehehe. 


Ini antara semua barang yang Ida dah shopping tu pun ada balance lagi. Takut tak lepas kos penghantaran nanti.

Mulanya Ida beli 3 barang je masa bulan puasa aritu sebab nak tengok kos die macam mana dan service. So bila dah dapat tu memang bagus, dalam keadaan baik. Sekali tu diorang antar barang malam, pukul 10malam kot. Jarang-jarang la budak penghantar nak datang kan. Tu pun die telefon dulu sebab dah malam, kata dah ada depan rumah.haha

Beg raya ooo..sempat pakai masa raya.hahaha

Gatal tangan nak shopping wallet baru padahal yang lama elok je lagi

Untuk anak-anak teruna la nak sangat skateboard. Berat, kos penghantaran pun mahal.huhu

Cadar tidur si Asyraf. Tak tahu size pe, so amik dua size berlainan. Nasib besar

Jadi ada baki lagi so Ida shopping la lagi 3 barang dan semuanya dah sampai semalam dalam keadaan selamat.

So siapa rasa nak cuba beli barang terus dari China boleh la singgah shopping kat web ni k..


SELAMAT BERSHOPPING!!

Post a Comment

1 Comments