REVIEW: SHARIFF NASI KANDAR GELUGOR PENANG

11:08:00 AM

Assalammualaikum...


Dah sampai Penang memang rugi kalau tak makan nasi kandar kan. Ikutkan semua negeri ada je kedai nasi kandar ni tapi ntahla rasa macam tak sama kalau tak makan kat Penang. Ngade je kan..hahaha..


Lama dah Ida nak pergi Penang makan nasi kandar ni. Dah bertahun juga la kalau balik Kedah memang tak sempat nak pergi Penang makan nasi kandar. So tahun ni alhamdulillah ada rezeki nak makan. 



Kedai Shariff Nasi Kandar ni kawan en suami la yang cadangkan sebab die memang selalu makan kat sini setiap kali balik Penang. So nak berbuka aritu, die kata nak belanja kami makan nasi kandar sini. Ikutkan berdekatan dengan Hotel Munlustay 88 yang Ida check in tu ada kedai Deen Nasi Kandar memang famous la. Biasa la kalau kedai nasi kandar ni tak beratur memang tak sah la kan.


Masa Ida sampau tu dari pukul 6 en suami dan kawan die beratur, pukul 7 nak dekat buka puasa baru sampai giliran kitorang. Ambil jelah lauk mana yang ada sebab dah banyak habis. Kempunan la juga tapi takpel asal dapat ngak makan nasi kandar.hehe



Nasi die jangan kata la memang banyak giler, kekenyangan kami buka puasa aritu. Ikutkn malam tu nak pergi makan pasembor pula kat Padang Kota tapi tak larat dah. Masing-masing dah letih sama, kesian kat anak-anak pula. So lepas berbuka tu kami rehat sekejap sebelum keluar ke Penang Times Square. 

Ini Ida share next entry k...hehehe

Korang nak cuba makan ni boleh waze Shariff Nasi Kandar atau cari je dekat Pasar dan Komplexs Makanan Gelugor.


You Might Also Like

2 comments

  1. Berkurun dah tak pergi Penang.... Tak sanggup nak hadap jem kat sana..

    ReplyDelete

Followers

TRAVEL DESTINATION

GRUP MAMA BLOGGERS MALAYSIA (GMBM)

GRUP MAMA BLOGGERS MALAYSIA (GMBM)