REVIEW: HOTEL MUNLUSTAY 88 GEORGETOWN PENANG

Assalammualaikum..

Setiap kali perjalanan mesti kita nak cari tempat tidur yang selesa dan berpatutan dengan bajet kita kan. Dah lebih baik kalau berdekatan dengan kedai makan dan memudahkan perjalanan percutian kita.



Kali ni Ida nak review Hotel Munlustay 88 Georgetown di tengah-tengah bandar Penang ni yang berdekatan dengan Komtar. Kalau korang cari Hotel Times Square pun korang akan jumpa tapi nak jumpa hotel ni susah skit nak cari. Jalannya berbelok-belok tapi guna waze jangan risau akan jumpa. Masukkan je nama dan jalan die. Dan boleh dikatakan harga yang berpatutan juga la bagi Ida.

Sedikit detail pasa hotel ni dalam google:

Set on a residential city-centre street, this modest hotel is a 3-minute walk from Penang Times Square mall, 4 km from Swettenham Pier for ferries to the mainland and 7 km from Penang Botanic Gardens.

Straightforward rooms with wood floors feature flat-screen TVs, free Wi-Fi, desks, and tea and coffeemakers. Some add extra beds.

Amenities include a 24/7 reception and parking. Food outlets are available in the mall and surrounding streets.


Ida cari hotel ni dalam google la macam biasa dan masa ni Ida dapatkan harga yang terbaik melalui www.booking.com

Masa Ida booking ni masa sebelum raya, so ikutkan memang harga agak tinggi la tapi mungkin rezeki kami. Bilik pun tinggal last masa tu, dapatkan harga RM110 semalaman. Korang pandai-pandai tengok yang tulis kat bawah die " NO CREADIT CARD REQUIRED, ONLY PAY IF YOU STAY". So kalau korang cancel last minit takde la korang kena caj kan.

abaikan katil yang dah berselerak dek anak-anak.heheh. Nak lagi jelas korang boleh tengok dalam google bilik die


Boleh tahan la hotel ni kalau untuk keluarga pun cuma biasala kawasan sini banyak anjing tapi anjing yang jaga hotel ni baik je. Tak garang. Kami lalu kat sebelah die pun dia buat tak tahu je.

Hotel Munlustay 88 Penang


26, Jalan Perlis, George Town, 10400 George Town, Malaysia
+60 4-210 0088


Kalau nak berjalan kat Penang memang susah bawa kereta baik berjalan je sebab jalannya sesak. Takde banyak parking dan nak ke Komtar pun dekat je. Kena rajin jalan la skit.hehe.

Bila datang Penang nak cari hotel yang selesa yang berpatutan dengan bajet korang boleh la check in kat Hotel Munlustay 88 ni. Korang pasti puasa hati.

So mana kami pergi selepas dah settle check in kat hotel ni, nanti Ida citer ye..

Post a Comment

0 Comments