PENANG FUN FILLED WAX MUSEUM,PENANG TIMES SQUARE

Assalammualaikum...

Pernah tak tengok citer horror House Of Wax, lakonan Chad Michael Murray, Paris Hilton dan ramai lagi. Seram juga citer tu sebab patung dalam rumah tu semuanya masih hidup sebelum dililinkan. Kalau potong atau cairkan lilin tu memang ada darah. Peh...



Ini kali pertamanya Ida masuk dalam Penang Fun Filled Wax Museum yang ada dalam Penang Times Square ni. Mulanya nak masuk rumah hantu tapi awal-awal Aqil menangis taknak masuk. Ingatkan masuk Wax Museum ni die ok je. Melalak juga..nasib la ada kami je. Orang lain takde. Mummy tak dapatla nak bergambar sebab kena dukung si Aqil. Kebanyakkan gambar en suami dengan Asyraf jelah yang banyak.


Tiket masuk die RM25 untuk dewasa, kanak-kanak tak silap Ida RM10 kalau berumur 5 tahun ke atas. Tapi Ida just bayar untuk kami suami isteri je. Anak-anak masuk FREE. Nanti ada seorang cameraman yang akan masuk sekali untuk angkap gambar korang. Tapi gambarnya kalau nak beli berbayar la. Biasala..kalau masuk dalam theme park pun akan ada sesi photo shooting ni. hehehe

Ada banyak la patung-patung lilin dalam ni. Jackie Chan, Jet Li,Presiden Obama, Queen Elizabeth, dan banyak lagi. Ada yang tak tahu nama tapi kenal.hehehe











nampak tak betapa takutnya si Aqil. Mummy la jadi tukang pujuk kena dukung die sampai pintu keluar.hhuhu


Ini salah satu gambar yang en suami sempat tangkap. Tu pun kelam kabut sebab anak menangis.huhu





Si abang la berani skit nak tangkap, takut2 skit je.hahaha. Suami ada juga beli beberapa keping gambar yang pekerja die tangkap dan orang tu juga bagi soft copy masuk dalam hp. So kira ok la kan. 

Siapa nak rasa pengalaman bergambar dengan orng terkenal atau selebriti boleh la datang sini. Kalau nak jumpa real memang susah ye dok...hahaha

Korang pergi je kat Penang Times Square ni, naik tingkat 2 tak silap Ida. Kalau rajin berjalan jumpa la Fun Filled Wax Museum ni dan yang lain-lain.

No comments:

Post a Comment

Followers

social network

APDM SAPS