5 TANDA KEHAMILAN YANG SIHAT DAN CUKUP NUTRISI

Assalammualaikum...

Saat ibu-ibu mula hamil banyak perubahan yang berlaku pada kita kan. Emosi, fizikal badan semuanya akan berubah-ubah. Itu belum termasuk lagi dengan 'morning sickness'. Asal bangun je nak muntah, tak boleh hidu bau yang pelik, kadang tu bau perfume yang kita suka dulu pun mula rasa benci saaat kehamilan ni.




Kadang kala ibu-ibu hamil yang alami alahan ni mula rasa takde selera nak makan, suka makan makanan yang pelik atau tidak berkhasiat. Bagaimana kita nak tahu yang kehamilan kita ni sihat dan mendapat nutrisi yang mencukupi.

Ibu Hamil Kuat Boleh Naik Flight & Panjat Candi Borobudur! Fuyooo! from iReach HD on Vimeo.


5 TANDA KEHAMILAN YANG SIHAT


Related image

1. Perkembangan janin dalam kandungan

Setiap kali pergi ke klinik, mesti nurse akan ukur perut kita kan dan ada juga yang scan. Ini untuk ukur anggaran besar dan perkembangan bayi dalam kandungan. Jika ada masalah contoh seperti ukuran anak kecil dari tempoh sepatutnya, doktor akan bagi nasihat kepada ibu-ibu.

2. Tekanan darah dan gula

Bila berada di klinik mesti perkara pertama diorang akan buat HB test dan sampel air kencing kan. Ini untuk lihat berapa tahap darah dan gula dalam badan. Eh jangan main-main ye, ibu hamil pun boleh ada kencing manis masa mengandung ni. Lebih-lebih lagi bagi siapa yang keturunan memang ada sejarah penyakit kencing manis ni.

3. Kedudukan rahim atau plasenta

Kedudukan janin dalam kandungan ni selalunya kan bila dah nak dekat-dekat bersalin, ia akan ke bawah. Ke pintu rahim untuk mudah keluar nanti. Jika alami masalah, doktor akan nasihat apa yang perlu dilakukan. Kadang kalau sesetengah ibu akan pergi berjumpa bidan untuk mengurut. Ida tak tahu sangat pasal ini, so ibu-ibu boleh tanya yang lebih pakar. Kalau bagi Ida cara terbaik ialah bila kita sembahyang dalam keadaan sujud tu. Biar la sujud lebih lama.

4. Berat badan ibu hamil

Masa melakukan pemeriksaan kesihatan, berat badan ibu-ibu juga akan ditimbang. Ini supaya taknak ibu-ibu ada risiko obesiti semasa hamil sebab ia akan mengundang pada masalah-masalah lain seperti kencing manis, darah tinggi dan sebagainya. Tak silap Ida semasa hamil ni, berat badan ibu-ibu hanya boleh naik sebanyak 1kg dalam masa sebulan, tak boleh lebih. Kalau tak siap sedia la kena minum air gula.huhuhu

5. Pergerakan janin 

Ini pun akan akan diperiksa untuk pastikan kehamilan kita sihat. Bila kehamilan dah masuk trimester kedua tak silap Ida. Korang mesti akan mula dinasihatkan supaya mengira pergerakan bagi. Dalam masa sehari mesti ia akan bergerak aktif lebih dari 10 kali. Kalau kurang atau kurang aktif, ibu-ibu dinasihatkan untuk segera ke klinik atau hospital berdekatan untuk pemeriksaan.



Set hamil Shaklee kini menjadi pilihan kebanyakan ibu hamil masa kini. Sebab:
  • lengkap dengan semua zat yang diperlukan oleh ibu hamil
  • tahan berbulan-bulan
  • boleh dimakan bersama ahli keluarga
  • harga yang sangat berbaloi
  • semulajadi (bukan sintetik)
  • tidak memberi sebarang kesan sampingan
  • bonus kesihatan dan kecantikan extra
  • juga sesuai dijadikan set berpantang
  • terbukti selamat dan berkesan

Testimoni 1:


Testimoni 2:


Testimoni 3:


Testimoni 4: 



Nak order? sila klik




Sebarang pertanyaan dan pesanan boleh hubungi saya:

(YOUR TRUSTED SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR)
sms/whatsapp : www.wasap.my/0174636210
Email : chintashoope@gmail.com
No Id: 1074293

*setiap pembelian anda wajib akan mendapat konsultasi percuma yang berterusan dari saya

Post a Comment

0 Comments