PERJALANAN JAUH KE UTARA

Assalammualaikum..

Sekejap je masa berlalu, lagi 2 hari insyaallah kita akan menyambut Syawal Al mubarak. Rata-rata kebanyakkan ada yang dah balik kampung. Ada yang masih bekerja.



Hari ni Asyraf masih bersekolah, en suami pun masih bekerja. Alhamdulillah..tahun ni Ida sekeluarga akan balik raya ke utara Kedah.

Perjalanan dari Kemaman nak balik Kedah bukan dekat wei..Mesti dengan jammed raya memandangkan esok pun sesetengah negeri dah mula cuti. Insyaallah kami akan bertolak tengah malam. Tak awal juga la sampai, paling kuat pun kul3 petang esok baru sampai. Peh..

Macam tahun-tahun lepas, even balik selepas raya pun masih jammed teruk apatah lagi balik sebelum raya.

So korang yang nak balik ke Utara ke..selataan ke..timur ke, hati-hati memandu k...Jangan nak kalut sangat sampai, kampung tak lari la. Jangan fikirkan diri sendiri, fikir juga pengguna jalan raya yang lain.

Image result for balik kampung

Al maklumla kalau perasan time balik raya ni, kalau jammed mesti ada je pemandu yang tak berhemah memandu ikut lorong motor atau kecemasan tu. Tak pun main laju je bawa tak ingat dunia.

Kang tak sempat nak ucapkan salam raya kat korang nanti. Biasalah kalau cuti memang susah la nak buka blog, so berkesempata ni Ida susun 10 jari mintak ampun dan maaf kalau sepanjang perjalanan ida dalam blogging ni ada sakitkan hati sesiapa.

Mungkin Ida tak sedar ida ada kecikkan hati sesiapa so Ida mintak maaf k...dan SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN

Post a Comment

0 Comments