PERCUTIAN PENDEK KE ZOO JOHOR, JOHOR BAHRU

Assalammualaikum..

Baru sempat nak story dengan korang pasal percutian pendek Ida baru-baru ni. Awal bulan puasa baru ni, senang kata awal cuti sekolah la. Ida bawa anak-anak balik kampung di Johor dalam beberapa hari. Kebetulan suami Ida naik offshore so Ida bawa anak-anak cuti sekolah di sana sekejap.



SUMBER:GOOGLE


Lagipun dah masuk bulan puasa kan, susah nak berjalan sana sini takut anak penat memandangkan Asyraf pun dah mula belajar puasa. Kesian kat dia nanti.

So sehari sebelum berpuasa tu, Ida ajak ibu Ida bersama anak-anak ke Zoo Johor. Memang dah lama nak pergi jenguk situ tapi tak berkesempatan.


Zoo Johor ni terletak di dalam bandar. Belakang dengan istana dan berdekatan dengan Masjid Sultan Abu Bakar. Takde la besar mana dah takde la kecik mana pun zoo ni tapi banyak jugakla binatang dalam tu.hehehe


besar juga badak air dia, Tak silap ada 2 ekor. Debab je tengok.heheh










Pandai benar chimpazi ni mintak makanan. Hulur tangan siap.




Gambar pun jadi habis senget, anak-anak kalau masuk zoo excited. Macam tak pernah masuk, padahal banyak kali dah zoo yang dah masuk.hehe. Sana sini lari, tanya macam-macam. Takpelah asalkan diorang happy.

Kalau nak bagi makanan kat binatang kat sini pun boleh. Masukkan duit RM2 ke dalam tabung yang disediakan. Takde orang jaga pun. Agaknya siapa yang tak jujur tu, main amik je. Takpe Allah nampak kan.

Anak-anak happy, yang penat Mummy dia la.hehe. Ibu Ida dah la lelah, sampai tak larat nak ikut sampai habis. hehe. Dah habis semua, hujan la plak. Nasib la dah tengok semua.

Zoo Johor ni buka setiap hari dari pukul 9 pagi sehingga 6 petang. Tiket masuk dia pun takde la mahal pun.

DEWASA: RM2
KANAK-KANAK: RM1

Jadi boleh la kalau nak datang sini kerap pun kan.hehe. Jangan risau sini pun ada je kedai minuman atau makan untuk kita rehat atau minum sekejap. Hilangkan penat layan anak-anak.hehe


So siapa yang nak singgah ke Zoo Johor ni bawa anak-anak pun dah ok. Kira nak bawa anak-anak makan angin, kenal binatang kan. Tak banyak la macam Zoo Negara tapi not bad la.

Boleh guna waze Zoo Johor atau Jalan Gertak Merah, Taman Istana.

4 comments:

Followers

social network

APDM SAPS