5 JENIS BISKUT RAYA PALING POPULAR DI AIDILFITRI

Assalammualaikum...

Dah nak masuk minggu kedua kan kita berpuasa. Mesti ramai yang mula nak rancang buat biskut raya sendiri atau ada yang nak beli je.hehehe.


Selalunya,ada yang 2 minggu sebelum nak raya tu dah mula buat biskut raya tapi ada juga yang dah mula awal supaya hujung ramadhan nanti boleh tumpukan pada malam lailatulqadar.


Di sini Ida nak kongsikan 5 jenis biskut raya paling popular di Aidilfitri.

1. Cornflakes madu

Image result for cornflakes madu

Kuih ni memang kebanyakkan memang ada pada setiap rumah. Ramai yang sukakannya sebab ia mudah dibuat. Sekarang ni dah ada macam-macam variasi. Tambah coklat la..kismis la dan sebagainya.

2. Almond london

Image result for kuih raya popular di aidilfitri


Biskut ni boleh dikatakan agak mahal la. Bukan biskut mahal tapi kacang almond tu yang mahal. Kalau kacang almond tu tak rangup, lemau..biskut pun jadi tak sedap kan.

3. Biskut semperit

Image result for semperit

Ini memang kegemaran Ida juga sebenarnya. Bau die bila bakar tu mengoda betul bila berpuasa. Rasa masa tu juga nak makan. Kalau ada yang lembut dan macam rangup skit tu sedap. Kalau rasa terlampau gebu pun tak ok, nanti akan rasa muak.

4. Chocolate chip

Image result for biskut choc chip

Biskut ni mudah je, tak perlu acuan pun takpe. Tapi kena pandai buat, nanti takut terlalu kembang dan tak rangup jadi tak sedap nanti. Ada juga yang tambah sedikit kacang dalam adunan.

5. Biskut tart nenas

Image result for tart nenas gulung

Ini memang famous juga la dikatakan. Mesti ada kat setiap rumah. Ada jenis bunga la jenis gulung. Tapi Ida lebih suka jenis gulung. Selalunya mak mertua la buat, tahun ni tak tahu la sebab takut tangan die tak larat nak paip biskut.

Ini antara 5 jenis biskut raya paling popular di Aidilfitri yang memang selalunya orang akan cari la. Ada juga yang lain-lain tapi kalau dekat umah mak mertua, ini la antara yang memang cepat habis.

Citarasa korang plak macam mana?

5 comments:

Followers

social network

APDM SAPS