6 CARA DAPATKAN CUSTOMER BARU DENGAN MUDAH

Assalammualaikum...

Adat berniaga ni semua sama je. Perlukan kesabaran yang tinggi, perlukan ketabahan yang tinggi, perlukan usaha yang tinggi dan banyak lagi. Senang kata tahap yang kita paling rasa memang dah buat semampu yang boleh.



Bukan ada cara mudah nak berjaya, bukan ada cara mudah nak kaya dan bukan ada cara mudah nak dapatkan sesuatu. 

Begitu juga dengan customer. Siapa yang berniaga mesti tahu, bukan mudah nak dapatkan customer yang baru melainkan terdapat beberapa customer tetap kita yang kenalkan kita kepada mereka.

Image result for new customer

Semua ni adalah cabaran, dugaan untuk kita terus usaha..usaha sehingga berjaya.

Jadi kali ini Ida nak kongsikan 6 cara dapatkan customer baru dengan mudah. 

6 CARA DAPATKAN CUSTOMER BARU DENGAN MUDAH

1. Jadikan customer kita sebagai kawan.

Ni sebenarnya kita membina persahabatan dengan mereka supaya mereka rasa lebih selesa, lebih yakin untuk membeli dengan mereka. Dengan cara ni mereka lebih tertarik nak beli dari kita kerana layanan kita berbanding dengan orang lain. Dan ini la yang akan menjadi customer tetap kita sampai bila-bila. Insyaallah.

2. Ambil tahu tentang semua perkara

Jangan remehkan benda yang simple seperti berita-berita terkini. Contohnya tentang demam denggi. Bila mereka nak bercerita pada kita, kita lebih pandai nak menjawab dengan baik kepada customer.

3. Catat tentang data customer

Jangan lupa untuk tahu tentang nama mereka, mereka tinggal di mana dan boleh eratkan lagi dengan add customer di laman media sosial seperti Facebook, twitter, dan sebagainya. Sekurang-kurangnya like atau follow diorang.

4. Sentiasa menjadi pendengar yang setia

Kalau kita sebagai seorang sahabat yang baik mestilah menjadi pendengar yang baik kepada kawan kita yang lain. Begitu juga customer. Dengar apa yang mereka luahkan, jawan dengan baik dan nasihatkan dengan baik. Pastikan mereka mendapat konsultasi yang terbaik dari kita.

5. Go smaller to get bigger

Contohnya kalau dulu kita terpaksa jual 100 botol produk untuk dapatkan untung RM500 tapi sekarang kita dapat menjual hanya kepada 1 orang untuk dapatkan untung RM500. Ini bermakna impak sangat besar bila diorang rekeman kan kita kepada orang lain dengan pekhidmatan kita. 

6. Cadangkan jalan alternatif

Tak semua orang berkemampuan untuk membeli mungkin disebabkan faktor kewangan atau sebagainya. Jadi berikan mereka nasihat atau jalan alteratif lain untuk membantu mendapa result yang sama. Contohnya tips hilangkan jerawat atau sebagainya. 



Jadi semoga apa yang Ida konsgikan ni membantu peniaga-peniaga online mahupun offline supaya berjaya dapatkan customer baru dengan mudah.

Post a Comment

0 Comments