5 TIPS CURI MASA MELAKUKAN BISNES DI RUMAH SAMBIL URUSKAN ANAK-ANAK

Assalammualaikum...

Ramai di sini mesti dari kalangan suriumah sepenuh masa macam Ida kan. Ada juga kalangan di sini yang bekerja sepanjang hari. Tak kisah siapa pun korang, sebenarnya korang juga boleh melakukan kerja sampingan atau part time tanpa jejaskan urusan korang.



Tapi Ida nak fokuskan bagi surirumah seperti Ida. Jujur Ida katakan sebagai surirumah sepenuh masa ni, takde istilah takde kerja. Kerja sentiasa ada dalam mas 24jam, tak pernah habis. Lebih-lebih lagi kalau dah ada anak-anak. Bukan sorang tapi ramai,lai bertambah kerja kan.

Ada yang kena ulang alik ambil, hantar anak sekolah, Nak ke pasar lagi, masak lagi, kemas rumah. Itu belum nak ulang alik kemas mainan anak-anak. Sebab tu Ida kata kerja takkan habis tapi pernah terfikir tak sebenarnya sesibuk mana pun kita, kita masih sempat berbisnes.

Related image

Bagi mereka yang melakukan bisnes melalui medium FB mungkin senang sebab hanya gunakan telefon tapi Ida banyak gunakan medium blog dah perlu gunakan laptop untuk lebih selesa menaip.hehehe. Bukan sekadar berbisnes, review produk semuanya gunakan blog. Sibuk tak Ida.hahahah.

Jadi hari ni Ida nak kongsikan 5 tips curi masa melakukan bisnes sambil uruskan anak-anak

1. Mulakan kerja di awal pagi. Korang sekarang bukan budak-budak lagi nak tidur sampai tengahari. Dah jadi mak-mak kan, bangun la awal pagi tu. Sarapan untuk suami dan anak-anak. Uruskan anak nak sekolah.

2. Utamakan anak-anak. Kalau anak nak makan, bagi diorang makan dulu. Lepas tu baru la buat kerja korang. Bila diorng dah kenyang, confirm korang pun boleh buat kerja dengan riang.

3. Sambil memasak pun sebenarnya boleh buat bisnes. Sesambil nak tunggu sambal pecah minyak, nak tunggu sup panas. Kan ada masa tu nak menaip status. Post gambar. Bukan lama pun kan.

4. Displinkan anak-anak. Cara orang semua lain-lain. Kalau macam Ida memang tahu anak-anak memang akan bangun awal pagi lebih mudah nak uruskan. Bagi diorang mandi, bai susu, makan. Ida boleh uruskan kerja lain. Masa ni diorang akan main dan tengo tv. Tambah diorang memang makan nasi awal, pukul10 kadang dah mintak. So memang kul9 lebih selepas dhuha ke. Ida akan mula masak. 

Petang mesti akan tidur selepas zohor tu. Ida taknak diorang tertidur dalam keadaan keletihan, bila diorang dah take nap sekejap petang diorang takkan buat peel. Boleh main dengan baik. Masa ni diorang tidur la Ida kadang curi masa update blog, FB dan ida amik nap juga sekejap. Malam kul10 mesti masuk tidur. Jarang la tidur lambat melainkan ada kat luar. Ida taknak diorang rasa tak cukup tidur. Bila tak cukup tidur, bukan setakat kita, anak-anak pun akan letih dan buat perangai.

5. Waktu malam selepas anak-anak dah tidur juga adalah masa terbaik nak uruskan bisnes. Packing ke..update blog ke, semua la. Senyap sunyi je masa ni.hehehe. Dan jangan lupa buat tahajud juga. Dah alang-alang berjaga kan.

Jadi ni 5 tips ida nak curi masa berbisnes sambil uruskan anak-anak. Ni pun tengah menaip sambil memasak. Tunggu masakan mendidih. hahaha.

Bila idea datang nak menaip pun laju je. Sebab tu sentiasa tersedia botol air sebelah Ida untuk sejukkan badan dan otak.hehehe.

Bagi surirumah yang kata tak sempat nak berbisnes tu, jawapan Ida..NO...korang ada masa, sebab tu la kita kena banyak doa. Mintak dipermudahkan urusan.Kita luangkan masa dengan-Nya, insyaallah Allah akan banyakkan masa untuk kita.

GOOD LUCK!!

Siapa yang berminat nak berbisnes Shaklee dari rumah macam Ida boleh la hubungi Ida k...


Sebarang pertanyaan dan pesanan boleh hubungi saya:

(YOUR TRUSTED SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR)
sms/whatsapp 0174636210
Email : chintashoope@gmail.com
No Id: 1074293

*setiap pembelian anda wajib akan mendapat konsultasi percuma yang berterusan dari saya

Post a Comment

1 Comments