HARAPAN BARU

Assalammualaikum...

Setiap bulan..setiap tahun kita mesti ada azam yang baru kan. Harapan atau impian yang baru. Mana yang hasrat belum tercapai pasti bulan ni nak juga berusaha sehingga dapat.


Mungkin bulan lepas nak bercuti ke Disneyland tapi takde rezeki atas sebab-sebab tertentu. Mana tahu bulan ni insyaallah pasti akan sampai ke sana. Mungkin ada yang berkeinginan untuk membuka bisnes kedai makan sendiri tapi tak berjaya, takpe bulan ni usahakan lagi. Buat strategi yang baik dan sempurna.

Setiap orang pasti ada pelbagai rancangan untuk pastikan apa yang diinginkan tu tetap berada dalam genggaman. Walaupun mengambil masa pasti akan membuahkan hasil yang lumayan.

Jadi teruskan berusaha...berusaha..dan berusaha lagi sehingga berjaya. Jangan mudah rasa down atau putus asa sedangkan korang sudah hampir mencapainya.

Mungkin boleh juga pasangkan niat bila korang dapat semua ni apa reward yang korang nak bagi kat diri sendiri atau keluarga.

Image result for TANAH SUCI

Bagi Ida bila dah dapat semua ni insyaallah Ida nak bawa sekeluarga ke tanah suci. Bawa sekali dengan anak-anak. Mungkin juga akan beli sebuah rumah idaman untuk reward diri sendiri.

Siapa tahu apa yang kita impikan selama ni akan tercapai akhirnya. Kita merancang, biar Allah yang tentukan.

2 comments:

  1. semoga apa yang kita impikan akan tercapai. Aaminn...

    ReplyDelete
  2. semoga impian tercapai..semoga dipermudahkan

    ReplyDelete

Followers

social network

APDM SAPS