RESEPI SIPUT SEDUT MASAK LEMAK CILI API

8:53:00 AM

Assalammualaikum...

Dah lama rasanya Ida tak share bab resepi-resepi ni. Eh betul ke? Padahal baru share resepi kerepek ubi kayu baru-baru ni.hahaha. Saje la nak gurau-guran ngan korang sambil-sambil kepala otak ni nak cari idea menulis blog.


Al kisahnya minggu lepas kami termasuk keluarga mertua pergi kenduri adik beradik mertua di Jengka Pahang. Tengok keadaan sana pun teruk juga la banjirnya. Paras air naik tinggi sampai tutup rumah. Tengok kat kuil pun nampak lumpur kat dinding memang tinggi..tenggelam kedai sebelah die tu. Masa pergi tu nampak la beberapa orang India sedang bersihkan kuil diorang.

Image result for siput sedut


Balik dari Jengka tu en suami singgah la kat Pasar Binjal sebab nak beli sedikit ayam dan ikan. But stok lauk seminggu.hehehe. Kebetulan ada la siput sedut. En suami tanya nak beli tak. Ida kata boleh la dah la juga tak makan siput sedut. Tapi sebenarnya feberet Ida tu..hehehe. Kebetulan nak beli sekilo je tapi pakcik tu nak habiskan sebab tinggal skit je..hah ko..sekilo lebih die bagi dengan harga RM10. Alhamdulillah..rezeki la tu

Balik rumah tu cuci-cuci..siang ayam terus masak siput sedut masak lemak cili api. Punya takleh tahan nak makan juga tu.hehe. Sanggup la..daun kunyit takde..takpe ku bedal je bahan apa yang ada.hahaha.

RESEPI SIPUT SEDUT MASAK LEMAK CILI API

Bahan-bahan:

- siput sedut yang dah dibasuh sebersih-bersihnya dengan air asam dan garam.
- santan
- serai
- cili padi (ikut tahap kepedasan korang. Ida letak sampai 40biji cili padi sebab ada banyak.hahaha)
- garam
- gula
- daun kunyit kalau ada
- kunyit hidup

Cara-caranya:

Cara Ida mudah je kalau masak lemak ni Tak tahu la korang masak macam mana kan.

Blender je kunyit hidup, cili padi dan santan tu.

Masukkan semua bahan-bahan dalam periuk termasuk yang korang blender tadi. Masukkan air. Kalau kurang santan masukkan santan lagi. Garam dan gula. Kalau kurang nampak kuning die tambah je sedikit serbuk kunyit.

Masak dalam api perlahan sampai mendidih. Rasa..tutup api.hah..dah siap


Boleh dah makan..senang kan. Siapa kata nak masak susah. Tapi jangan la hari-hari nak makan masak lemak ni. Kalau berat naik jangan salahkan Ida pula.hehehe

Ida makan ni nasi tambah sampai dua pinggan.hahaha. Hancur diet ku..Anak ida yang tak makan pedas pun tapi sebab die hantu seafood. Die redah je. Suruh Ida sedut sikit kuahnya die sedut yang lebihnya.hehehe. Hilang plak gambar die dalam hp.huhu

So selamat mencuba!!

You Might Also Like

0 comments

Followers

TRAVEL DESTINATION

GRUP MAMA BLOGGERS MALAYSIA (GMBM)

GRUP MAMA BLOGGERS MALAYSIA (GMBM)