KENAPA REZEKI SUSAH NAK MASUK?

12:51:00 PM

Assalammualaikum...

Orang kata mudahnya nak menjemput rezeki tapi kenapa ada kalanya rezeki macam susah nak masuk..tersekat..

Dah ada tapi cepat habis...

Banyak sebabnya sebenarnya tanpa kita sedari.



1. Berkira nak buat kebaikan atau bersedekah. Maksudnya..kadang kala nak hantar makanan ke masjid. Berkira nak antar walaupun kuih tu baru berharga RM45 satu talam besar tu..Kerjaa-kerja amal..rasa macam membebankan..menyusahkan diri

2. Asyik mengeluh duit tak cukup. Bila dapat gaji..bising itu ni duit tak cukup..takde..dah habis.

3. Kurang beristighfar..suka marah-marah, panas baran. Nak melenting tak tentu pasal. Contoh kes pukul anak sebab mintak duit, lebih kurang macsm tu la.

4. Bila bersedekah..riak. Yeay aku lebih banyak dari orang tu..aku nak bagitahu orang la aku selalu bersedekah

5. Kurang bersyukur. Dalam hati tu sedikit pun takde rasa bersyukur dengan apa yang ada.

6. Selalu buat maksiat.Macam-macam jenis maksiat ni..mata..mulut..telinga..nauzubillah

7. Lupa tanggungjawab pada ibu ayah. Bergaduh antara adik beradik atau saudara..

8. Tak jaga hubungan dengan-Nya..Ini la sebenarnya paling utama. Nak solat ala kadar..lepas solat langsung taknak selawat ke..istighfar ke..baca doa cepat-cepat tutup sejadah...buka facebook. Baca al-quran jauh sekali dan banyak lagi sebenarnya.

Jadi senang kata..jagala hubungan kita dengan-Nya insyaallah akan dipermudahkan urusan.

You Might Also Like

2 comments

  1. ida !!! terima kasih untuk tips.. atie pun percaya bila kita 'ada masa' untuk Tuhan, Dia pun akan ada masa untuk kita.. kipidap ida !! teruskan menulis dan memberi inspirasi kepada pembaca !!

    ReplyDelete

Followers

TRAVEL DESTINATION

GRUP MAMA BLOGGERS MALAYSIA (GMBM)

GRUP MAMA BLOGGERS MALAYSIA (GMBM)