MERANCANG KEWANGAN 2017?

Assalammualaikum...

Beberapa hari tengok wall kawan-kawan yang ramai dah bising barang semakin naik..kos sara hidup semakin tinggi..ahli keluarga semakin bertambah..anak-anak dah mula bersekolah..siapa ada yang dah mula buat tabung untuk simpanan setiap hari...maknanya setiap hari wajib masukkan duit dalam tu..



Kalau suami isteri bekerja mungin boleh nak tampung sedikit sebanyak..tapi kalau hanya suami yang bekerja?

Sebab itu la ramai surirumah sekarang yang mula melakukan bisnes secara online. Sedangkan wanita yang bekerja pun masih lakukan kerja sambilan jual secara online.

Sebab itu la sekarang kena mula bijak uruskan kewangan. Mana benda yang tak penting taknyah dibeli..contohnya nak tukar moto kepada superbike..tangguhkan dulu la melainkan memang ada simpanan yang diasingkan untuk membeli..

Ida sekarang kalau nak membeli barang yang bukan keperluan pun fikir banyak kali..selagi boleh tangguh, guna benda lain lebih rela..sebab fikir duit tu boleh buat untuk kegunaan lain nanti..emergency dan sebagainya..kita tak tahu apa akan jadi walaupun kita selalu berdoa dijauhkan segala musibah yang buruk..

Mungkin dulu suka beli barang dari jenama mahal..boleh la sekarang cuba yang lebiih low cost..bukannya tak berguna kan..memang la orang kata biar mahal tapi tahan lama..tapi berpadanan la dengan ekonomi sekarang..mana tahu ada rezeki orang nak bagi..atau dapat durian runtuh..insyaallah fikir yang baik-baik sahaja...

Post a Comment

2 Comments