HOMEMADE:RESEPI KEREPEK UBI KAYU

Assalammualaikum..

Dah beberapa hari tak update blog ni. Kesian blogku..huhu. Ntah la sejak kebelakangan badan ni rasa malas je..asyik nak tidur je. Mungkin sebab musim kot. Sejuk je.hehehe

Baru-baru ni kak ipar Ida ada bagi la sedikit ubi kayu. Tanya suami nak buat apa ni, dia kata rebus je makan dengan gula. Sedapla juga. Lepas dah habis ada la skit lagi. Takkan la nak rebus lagi kan so Ida terfikir nak buat kerepek.



Dengan kuasa en google..heheh. Maka dapatlah resepinya.

RESEPI KEREPEK UBI KAYU

Bahan-bahan:

- ubi kayu
- garam
- sedikit serbuk kunyit



Cara-caranya:

1. Korang rendam la dulu ubi kayu tu selepas dibuang kulitnya. Nak lagi senang korang siap-siap potong nipis-nipis. Kalau ada alat grater atau slicer tu lagi bagus. Ida takde..potong guna pisau jadi tebal la skit.




2. Lepas tu korang gaul la dengan garam dan serbuk kunyit tu.

3. Dah gaul goreng sampai naik keemas-emasan. Nasihat Ida jangan api kuat sebab nanti hangit.hehehe. Sebab memang ada yang hangit sikit masa Ida goreng tu.


4. Toskan dan dah boleh makan. Ada lebih simpan dalam bekas kedap udara.

Mudahkan..kalau nak lagi sedap..buatla dengan bahan lain. Lobak merah ke..keladi ke..bagusla nak jadikan snek untuk anak-anak yang tak suka makan sayur tu.

Sedap juga buat sendiri pun tapi cuba sebab tebal skit ada yang tak rata la rangup die. So siapa ada slicer nipis-nipis tu lagi bagus.:)

SELAMAT MENCUBA!!

Post a Comment

2 Comments