ANAK KURANG SELERA MAKAN.ASYIK MINUM SUSU SAHAJA..

Assalammualaikum...

Hari ni Ida nak kongsikan satu masalah yang sentiasa membimbangkan ibu bapa. Tentang selera makan anak-anak. Anak-anak kurang selera nak makan, asyik minum susu sahaja walaupun dah masuk 1 tahun lebih.



Memang ada masalah macam ni dan akan berlaku kebanyakkan pada semua kanak-kanak. 

Kenapa?

Anak-anak sejak dilahirkan hanya kenal susu ibu sahaja atau susu formula la bagi ibu yang ada bagi. Segala zat nutrisi semua dalam susu tu. Bila dia dah mula masuk 6 bulan, makanan pertama akan dikenalkan iaitu makanan yang lembut seperti bubur.

Image result for anak kurang selera makan

Cuba korang ingat balik masa mula-mula anak dilahirkan, masa nak bagi susu badan. Baru kenal susu ibu,masa itu la dia belajar kan. Sama juga makanan pertama dia.


Kelama-lamaan anak akan makan tapi ada yang kurang berselera. Macam kita la kalau tak sedap kita akan tolak. Sama juga macam anak-anak. Mungkin bukan kena dengan selera dia. Ada anak yang suka makan pedas ada yang tak kan. Sebab itu la kita kena pandai. Buatla ala-ala benti yang comel tu ke. Makanan berwarna-warni. Kalau lihat pada anak-anak Ida. Makanan yang berkuah macam sup, singgang memang laju je diorang.

Image result for anak kurang selera makan

Permulaan memang anak-anak akan makan sedikit tapi kita sebagai ibu bapa jangan la mengalah. Lepas tu biarkan anak-anak bagi makan junk food. Dalam usia kecil macam tu dah ajar anak-anak kenal semua tu. Ida sampai sekarang si abang dah 6 tahun pun Ida tak galakkan dia makan junk food. Semua Ida terhadkan. Kalau gula-gula sehari sekali je. Kadang sok dia mintak lagi..takpe. Tapi memang Ida jarang beli semua tu. Kalau beli pun Ida sorokkan..makan sekali esok dah tak boleh lagi..hehehe

Lagi satu kita kena pandai uruskan masa. Jangan la lepas anak dah kenyang minum susu nak bagi makan nasi pula. Memang dia taknak la. Paling senang selepas anak bermain atau mandi. Time tu memang diorang akan rasa lapar, percayala. Memang kalau semangkuk tu akan habis.

Dan jangan lupa, pastikan anak-anak makan makanan seimbang. Ajar makan semua jenis sayur-sayuran dan buah-buahan. Mungkin boleh juga buat stok buah yang diorang suka Kalau macam ana-anak Ida suka tembikai, pisang dan epal. Kalau beli tu laju je habis sampai kena cakap esok plak makan.hehehe.


Jadi nasihat Ida pada ibu bapa, kalau anak kurang selera makan..suka minum susu je. Bersabar dan jangan putus asa. Insyaallah anak-anak akan makan dengan berseleranya nanti. 





Nak order? sila klik


Sebarang pertanyaan dan pesanan boleh hubungi saya:

(YOUR TRUSTED SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR)
sms/whatsapp 0174636210
Email : chintashoope@gmail.com
No Id: 1074293

*setiap pembelian anda wajib akan mendapat konsultasi percuma yang berterusan dari saya

Post a Comment

0 Comments