TEROKAI DUNIA LAUTAN DI AQUARIA KLCC

Assalammualaikum...

Cuti sekolah ni suami rancang nak bawa anak-anak ke Aquaria KLCC. Bagi terokai dunia lautan memandangkan anak-anak memang suka la bab animal ni kan...Ida ke sana dengan adik ipar. First time bawa anak naik LRT. Suka kemain die.

Dari Bangi kami ke Kampung Baru naik LRT ke sana dah terus ke Suria KLCC. Jimat la skit duit parking kan dari kena cari parking kt KLCC lagi susah..mahal plak.haha.



Sampai sana wah..kemain panjang beratur orang nak masuk ke Aquaria KLCC. Nama pun cuti sekolah kan..memang la ramai. Tiket masuk pun boleh tahan la. Dewasa RM45 dan kanak-kanak 3 tahun ke atas RM35. Ikutkan si Aqil free je masuk tapi adik ipar tersilap so terpaksa la bayar.



Bila masuk je..wow..betul-betul rasa macam ada dalam laut. Banyak ikan..tapi anak-anak pula takut sebab nampak ikan jerung depan mata. hahaha. Nak dukung bagi nampak taknak sebab rasa macam dekat je. So biarla die kat bawah tu tengok pemandangan sekeliling. 





Ada juga la nampak ikan pari kemain besar..serius..mana dengan penyu ni. Pemandangan nampak cantik sangat dengan ikan jerung..dengan ikan-ikan kecil lain. Dengan penyu slow je berenang.





Pengalaman yang baru la bawa anak-anak ke sini terokai dunia lautan yang memang susah kita nak tahu.




Jadi mak ayah yang nak bawa anak-anak tengok haiwan di lautan dengan lebih dekat boleh la ke Aquaria KLCC. Insyaallah anak-anak pasti suka.

2 comments:

Followers

social network

APDM SAPS