SELESAI PENYERAHAN PROJEK BEG SEKOLAH 2016

1:17:00 AM

Assalammualaikum...

Maaf sangat dah 3 hari tak sempat nak menjenguk blog ni disebabkan kesibukan dan kepenatan yang melanda..hehehe.



Alhamdulillah hari Khamis baru ni selesai penyerahan hampir 390 beg sekolah kepada 4 buah sekolah yang sempat diberikan tahun ni. Penat sangat-sangat sebab dalam kuantiti yang banyak dan Ida pula sorang je focal person di Kemaman ni. Nak ikutkan penerima yang layak masih banyak tapi kami mana yang mampu sebab duit sumbangan pun tak mencukupi untuk penuhi semua.

Jadi semalam juga dah tamat perrmintaan bagi Projek Beg Sekolah tahun ni memandangkan lagi 2 hari dah nak bersekolah so masing-masing dah kelam kabut dengan persekolah anak-anak.


Tengok banyak mana beg yang ada kat rumah ni.huhu..Penat sangat sebab 27 kotak tu semua Ida angkat dan punggah check sorang-sorang. Nasib la ad 2 orang hero kecik tolong mummy akan satu-satu.








Nasib baik la en suami mintak tolong kawan die bawakan lori untuk bawa semua tu. Alhmdulillah dalam masa sehari tu semuanya selesai diserahkan.

Jadi kesempatan ini Ida ucapkan pada semua penyumbangan yg telah menjayakan projek kami ni. Jasa korang semua semoga Allah s.w.t yang dapat membalasnya. Terima kasih banyak-banyak.

Dan tamat la bagi Projek Beg Sekolah tahun 2016
Tahniah semua focal person di Malaysia.

You Might Also Like

2 comments

  1. selamat tahun baru :)

    sudi2 la join contest Nurul ni ye :)
    http://syahirahvaliant.blogspot.my/2016/12/contest-menangi-percutian-ke-suria.html

    ReplyDelete

Followers

TRAVEL DESTINATION

GRUP MAMA BLOGGERS MALAYSIA (GMBM)

GRUP MAMA BLOGGERS MALAYSIA (GMBM)