FARM IN THE CITY DI SERI KEMBANGAN

2:24:00 PM

Assalammualaikum...

Percutian kami kemudiannya bawa anak-anak ke Farm In The City di Seri Kembangan. Mulanya nak terus je balik ke Kemaman tapi biasala anak-anak. Tak puas berjalan so Ida pun cadangkan kat suami suruh singgah juga kat sini. Anak-anak Ida memang sukakan binatang jadi
 kat sini sesuai sebab boleh feel pegang sendiri binatang tu.


Tiket masuk kat sini ok la dan berbaloi. Bagi dewasa RM32 dan kanak-kanak RM27. Si Aqil free sebab tak lepas garisan ukur die tu.hehehe. Selamat la skit duit.hahaha.


Kat sini takde la haiwan macam buaya sume tu. Nama pun farm in the city kan..semuanya haiwan yang agak jinak la. Takde la jinak sangat..heheh. Tapi yang selamat dipegang la macam kuda, rusa, kambing dan banyak lagi.




Suka anak-anak Ida datang sini. Siap boleh bagi binatang-binatang ni makan lagi. Makanan diorang akan sediakan tapi ada yang boleh beli kat box die.Dalam bentuk pallet. Mana yang nak tunggang kuda pun boleh. Ada penjaga akan bawa nanti.






Ida siap bawa 2 kali pusing dengan anak-anak. Suami tak larat die tunggu dalam kereta lepas round sekali tu. Yelah nanti dia nak drive balik pula kan. Ida suruh die rehat je. Habis pusing semua, Ida bawa pula anak-anak masuk ke kedai kucing. Masa beli tiket tu diorang ada bagi voucher diskaun untuk masuk dalam kedai tu untuk main dengan kucing. Mana anak-anak yang suka kucing tu boleh la masuk. Geram tengok seekor kucing tu. Besar giler.


 Ini la kucing besar tu..
tak lari sikit pun orang datang kat dia



Anak-anak Ida memang suka kucing. Habis dipegang nye sume kucing tu. Tangkap sampai boleh sebab nak main dengan diorang. Kesian kucing..apa la nasib kan. Tak ingat berapa lama boleh duduk dalam tu. Ada dalam 15 minit rasanya boleh bermain dengan kucing-kucing tu.



Jadi pengalaman yang baru bawa anak-anak datang sini. Sesuai la bagi sesiapa yang duduk di bandar tak pernah balik kampung atau takde kampung ni rasai sendiri pengalaman berada di kampung.

Nak pergi sini boleh je ikut waze ke Jalan Prima Tropika Barat 1, Pusat Bandar Putra Permai, 43300 Seri Kembangan, Selangor.

Selamat bercuti!

You Might Also Like

2 comments

Followers

TRAVEL DESTINATION

GRUP MAMA BLOGGERS MALAYSIA (GMBM)

GRUP MAMA BLOGGERS MALAYSIA (GMBM)