11:30:00 PM

KOLAGEN IKAN BERKESAN KECILKAN PORI-PORI MUKA

by , in
Assalammualaikum…..

Pernah tak rasa kulit rasa menggerutu macam kertas pasir. Jadi rimas sangat kan. Lepas tu ada pula masalah pori-pori besar. Malu sangat bila duduk kawasan cerah lepas tu orang tegur Nampak macam berkawah kulit muka tu.




Serius memang rasa segan dan malu. Takkanla nak asyik tempek dengan bedak atau foundation sampai 10 inci kan. Kalau boleh nak Nampak natural..bersih je kulit tu.

Ini la yang berlaku pada akak ni yang ada masalah liang pori yang besar. Bila liang pori muka tu besar memang mudah la segala debu, kotoran akan masuk dalam kulit. Dan ni secara tak langsung akan menyebabkan mula la timbul segala mak nenek jerawat yang digeruni.



Related image

Jadi masa promosi Collagen Powder Shaklee akan ni ambil la peluang untuk grab sekotak bagi atasi masalah liang roma kulit beliau yang besar tu. Dan Alhamdulillah selepas pengambilan Collagen powder, kulit beliau dah semakin bersih ..dah tak menggerutu macam dulu lagi. Malah liang roma kulitnya juga dah mengecil.




Bila sebut pasal produk kolagen ni memang ada macam-macam jenis. Ada dari kolagen buah, ada tumbuhan,haiwan seperti lembu dan ada juga kolagen dari sumber babi tau so berhati-hati la. Collagen powder Shaklee adalah dari sumber kolagen ikan sisik merah. Kolagen sisik merah ni adalah sumber yang premium kerana kurangnya pencemaran siap mintak persetujuan dari orang-orang Marin tau untuk mendapatkan ikan ni.

Dan disebabkan berat molekul kolagen sisik ikan merah ni sangat rendah iaitu 1,000 dalton jadi ia amatla mudah diserap oleh badan dan akan meningkatkan kadar sintesis kulit dengan lebih cepat dan berkesan.

Sebab itu la kolagen ikan ni lebih berkesan dari kolagen yang lain kerana kadar penyeapan yang sangat cepat dan berkesan dan telah dibuktikan dalam ujian klinikal yang berkesan dengan penggunaan selama 8 minggu!!



Serius korang dalam 8 minggu sahaja kulit korang akan SEMAKIN LEMBAP,LEMBUT,TONA KULIT SEKATA DAN HILANG KEDUTAN!! 

Kalau Ida sendiri yang hanya ambil beberapa sachet pun dah Nampak kesan apatah lagi yang ambil selama 8 minggu kan. Giler gorgeus korang…jealous la I gitu….

Cara penyediaan die pun mudah sangat. Bukak sachet dan tuang dalam air. Taknyah kacau pun takpe, goncang gelas sikit je mudah dah boleh sebab ia mudah larut. Kalau malas sangat boleh je tuang terus dalam mulut.

Dapatkan twinpack Collagen powder dan 5% diskaun dengan segera




Sebarang pertanyaan dan pesanan boleh hubungi saya:

(YOUR TRUSTED SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR)
sms/whatsapp 0174636210
Email : chintashoope@gmail.com
No Id: 1074293

*setiap pembelian anda wajib akan mendapat konsultasi percuma yang berterusan dari saya

1:17:00 AM

SELESAI PENYERAHAN PROJEK BEG SEKOLAH 2016

by , in
Assalammualaikum...

Maaf sangat dah 3 hari tak sempat nak menjenguk blog ni disebabkan kesibukan dan kepenatan yang melanda..hehehe.



Alhamdulillah hari Khamis baru ni selesai penyerahan hampir 390 beg sekolah kepada 4 buah sekolah yang sempat diberikan tahun ni. Penat sangat-sangat sebab dalam kuantiti yang banyak dan Ida pula sorang je focal person di Kemaman ni. Nak ikutkan penerima yang layak masih banyak tapi kami mana yang mampu sebab duit sumbangan pun tak mencukupi untuk penuhi semua.

Jadi semalam juga dah tamat perrmintaan bagi Projek Beg Sekolah tahun ni memandangkan lagi 2 hari dah nak bersekolah so masing-masing dah kelam kabut dengan persekolah anak-anak.


Tengok banyak mana beg yang ada kat rumah ni.huhu..Penat sangat sebab 27 kotak tu semua Ida angkat dan punggah check sorang-sorang. Nasib la ad 2 orang hero kecik tolong mummy akan satu-satu.








Nasib baik la en suami mintak tolong kawan die bawakan lori untuk bawa semua tu. Alhmdulillah dalam masa sehari tu semuanya selesai diserahkan.

Jadi kesempatan ini Ida ucapkan pada semua penyumbangan yg telah menjayakan projek kami ni. Jasa korang semua semoga Allah s.w.t yang dapat membalasnya. Terima kasih banyak-banyak.

Dan tamat la bagi Projek Beg Sekolah tahun 2016
Tahniah semua focal person di Malaysia.
8:14:00 PM

MASALAH JERAWAT DAN PARUT DISEBABKAN RESDUNG HILANG SELEPAS 3 TAHUN

by , in
Assalammualaikum...

Bila seseorang ada masalah resdung ni bukan sahaja kerap gatal-gatal hidung dan muka malah kulit muka pun akan mudah ada masalah jerawat yang teruk.



Senang kata bila masalah resdung ni ada kaitan dengan darah. Ia akan mengalirkan benda yang kotor jadi bila darah kotor memang masalah jerawat ni akan bermaharajarela. Pernah dengan pasal cuci darah dekat hospital? Bila cuci darah ni, dia buang segala benda kotor. Dan selepas tu confirm kulit aka jadi cantik tanpa sebarang jerawat. Tapi bila cuci darah kat hospital ni biasala takut ada risiko seperti bakteria dan sebagainya.

Image result for jerawat

Macam-macam sebenarnya cara nak merawat masalah resdung ni contohnya seperti menggunakan kulit kayu manis bawang merah atau pergi perubatan kampung. Tapi yelah kan kadang bukan ada masa nak buat secara tradisional ni.

Ini kisahnya pada tahun 2012 yang adik ni alami masalah jerawat yang teruk disebabkan resdung. Habis penuh seluruh pipi dia. Siapa yang tak stress kan. Tu belum lagi dengan masalah gatal hidung dan muka. Kenalah jaga pemakanan dan sebagainya.

Jadi disebabkan itu adik ni telah menggunakan Set Resdung dan Set Cantik shaklee untuk selesaikan segala masalah jerawat dan resdung yang beliau hadapi. 


Alhamdulillah selama 3 tahun menggunakannya. Jerawat memang susah nak naik dan parut jerawat juga dah pudar. Malah kulit pun bertambah cantik dan putih.



Nak dapatkan set yang adik ni pakai untuk atasi masalah resdung dan kulit berjerawat

Dengan pendaftaran sebagai ahli korang akan jimat hampir 15-30% tau!


Klik di sini untuk order dengan segera




Sebarang pertanyaan dan pesanan boleh hubungi saya:

(YOUR TRUSTED SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR)
sms/whatsapp 0174636210
Email : chintashoope@gmail.com
No Id: 1074293

*setiap pembelian anda wajib akan mendapat konsultasi percuma yang berterusan dari saya.




2:21:00 PM

PERANCANGAN 2017

by , in
Assalammualaikum..

Dah tak lama lagi masuk la tahun baru 2017...

rasanya dalam otak ni ada macam-macam perancangan...



salah satunya ialah untuk ke tanah suci melakukan umrah..ikutkan hati nak bawa anak-anak sekali ke sana.insyaallah mana tahu rezeki anak-anak..

dah mana tahu tahun depan dapat cash bonus kereta dari Shaklee..kot boleh dapat kereta Ford..

bisnes mestilah ida nak kembangkan lagi..ada 10 orang ahli baru yang berminat nak mulakan perniagaan online mcam Ida..
nak naik lagi tangga ke atas...
ni bisnes ida sendiri..so kena la usaha lebih...bukannya nak harapkan orang lain kan..mana ada kejayaan yang sedebuk dah ada depan mata..

mana tahu ada rezeki tambah baby plak tahun depan...hahaha..insyaallah..doa-doakan la ye..mana tahu dapat kembar terus..wee....

so apa target korang tahun depan
8:15:00 PM

HILANG KETAGIHAN MAKAN LEWAT MALAN DENGAN DETOX

by , in
Assalammualaikum..

Ramai orang atau boleh dikatakan semua orang ada masalah suka makan lewat malam. Bila kita mula tidur lambat ini akan mengundang lebih tinggi untuk makan lewat malam.



Bukan nak kata apa la kan sebab masa Ida zaman study dulu memang selalu tidur lambat. Jarang lah nak tidur awal melainkan waktu hujan kan. Kadang tu sampai 2 pagi pun masih boleh terasa nak makan roti canai mamak. Kedai mamak kan buka 24 jam.heheh.

Tahu kan salah satu punca masalah berat badan naik adalah disebabkan tidak cukup tidur dan suka makan lewat malam. Kalau boleh selepas pukul 10malam tu janganla nak makan makanan berat, cukup la sekadar makan snek atau biskut sahaja. Bahaya ooo..

Image result for makan lewat malam

Ini kisah disebalik akak ni yang suka makan lewat malam. Masalah bukannya makan biasa sahaja tapi suka makan burger, mee goreng, satay la. Siap mintak suami dia belikan lagi, kalau tak habis la moody dalam masa 2 hari berturut-turut tu. Sampai kena nasihat dek suami pun masih taknak dengar.

Jadi disebabkan tabiat buruk ni yang berlarutan, akak ni telah melakukan detox parasit. Menariknya selepas 3 hari melakukan detox parasit masalah ketagihan suka makan lewat malam tu dah takde. Sedikit pun tak rasa nak makan, macam sekat terus selera nak makan. Malah takde la nak meroyan lagi macam dulu atau moody tak tentu pasal dan sakit kepala.


Yelah kan bila tidur tak cukup ni memang boleh menyebabkan sakit kepala. Rasa badan lebih segar bila buat detox parasit. Sebab itu la sangat digalakkan bagi kita semua supaya jalani gaya hidup yang sihat. Bila badan sihat automatik segala masalah berat badan pun takde.Insyaallah..



Klik di sini untuk pembelian set soft detox dengan segera


Sebarang pertanyaan dan pesanan boleh hubungi saya:

(YOUR TRUSTED SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR)
sms/whatsapp 0174636210
Email : chintashoope@gmail.com
No Id: 1074293

*setiap pembelian anda wajib akan mendapat konsultasi percuma yang berterusan dari saya.
9:57:00 AM

RISAU MASALAH JERAGAT SEMAKIN MENJADI-JADI KETIKA HAMIL

by , in
Assalammualaikum...

Masalah jeragat pada kulit memang semua kaum wanita tak suka sebabnya ia nampak ketara pada kulit. Kalau jerawat mungkin akan kecut dan hilang tapi jeragat makan tahun pun belum tentu boleh hilang.



Tompokan berwarna hitam yang ada pada muka kalau pakai makeup pun belum tentu boleh cover sepenuhnya. Banyak punca sebenarnya timbul masalah jeragat ni seperti cahaya matahari, kehamilan, masalah hormon/pengambilan pil perancang, ubat-ubatan , pemilihan produk yang salah dan banyak lagi.

Related image

Kisah ni berlaku bertahun-tahun pada akak ni. Dulu beliau suka melakukan aktiviti luar ialah seperti berkhemah berkawat..memang kerap terdedah dengan cahaya matahari dan sebagainya.

Tapi masalah jeragat ni semakin menjadi-jadi bila beliau mengandung. Ini kerana bila mengandung hormon kita jadi tak tentu kemudian berlaku seperti kegatalan ,kulit pecah, jerawat dan sebagainya.

Selalunya jeragat akan hilang selepas bersalin tapi tidak pada akak ni. Jeragat beliau tak hilang. Jeragat masa mengandung ni lebih dikenali dengan nama "mask of preganancy".

Jadi akak ni cuba ikhtiar untuk hilangkan masalah jeragat dengan pengambilan Collagen Powder shaklee. Ini kerana molekul kolagennya sangat ringan, kira-kira 1,000 Dalton dapat diserap dengan mudah oleh badan dan dapat membantu kepada peningkatan sintesis kolagen pada lapisan dermis dengan berkesan.

Kalau korang tuang je dalam air goncang skit je dah terus larut dan boleh diminum segera. Alhamdulillah kesannya sangat cepat. Jeragat pada muka nya semakin pudar. 



Siapa ada masalah jeragat yang ketara boleh la cuba Collagen Powder Shaklee. Sekotak pun dah berbaloi..pasti akan beli lagi.




Dapatkan twinpack Collagen powder dan 5% diskaun dengan segera




Sebarang pertanyaan dan pesanan boleh hubungi saya:

(YOUR TRUSTED SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR)
sms/whatsapp 0174636210
Email : chintashoope@gmail.com
No Id: 1074293

*setiap pembelian anda wajib akan mendapat konsultasi percuma yang berterusan dari saya
12:31:00 AM

END YEAR MINI GIVEAWAY BY MELLYA & FRIENDS

by , in
3:34:00 PM

SEGMEN : blogwalking CUTI SEKOLAH bersama cikgu ayu

by , in
2:24:00 PM

FARM IN THE CITY DI SERI KEMBANGAN

by , in
Assalammualaikum...

Percutian kami kemudiannya bawa anak-anak ke Farm In The City di Seri Kembangan. Mulanya nak terus je balik ke Kemaman tapi biasala anak-anak. Tak puas berjalan so Ida pun cadangkan kat suami suruh singgah juga kat sini. Anak-anak Ida memang sukakan binatang jadi
 kat sini sesuai sebab boleh feel pegang sendiri binatang tu.


Tiket masuk kat sini ok la dan berbaloi. Bagi dewasa RM32 dan kanak-kanak RM27. Si Aqil free sebab tak lepas garisan ukur die tu.hehehe. Selamat la skit duit.hahaha.


Kat sini takde la haiwan macam buaya sume tu. Nama pun farm in the city kan..semuanya haiwan yang agak jinak la. Takde la jinak sangat..heheh. Tapi yang selamat dipegang la macam kuda, rusa, kambing dan banyak lagi.




Suka anak-anak Ida datang sini. Siap boleh bagi binatang-binatang ni makan lagi. Makanan diorang akan sediakan tapi ada yang boleh beli kat box die.Dalam bentuk pallet. Mana yang nak tunggang kuda pun boleh. Ada penjaga akan bawa nanti.






Ida siap bawa 2 kali pusing dengan anak-anak. Suami tak larat die tunggu dalam kereta lepas round sekali tu. Yelah nanti dia nak drive balik pula kan. Ida suruh die rehat je. Habis pusing semua, Ida bawa pula anak-anak masuk ke kedai kucing. Masa beli tiket tu diorang ada bagi voucher diskaun untuk masuk dalam kedai tu untuk main dengan kucing. Mana anak-anak yang suka kucing tu boleh la masuk. Geram tengok seekor kucing tu. Besar giler.


 Ini la kucing besar tu..
tak lari sikit pun orang datang kat dia



Anak-anak Ida memang suka kucing. Habis dipegang nye sume kucing tu. Tangkap sampai boleh sebab nak main dengan diorang. Kesian kucing..apa la nasib kan. Tak ingat berapa lama boleh duduk dalam tu. Ada dalam 15 minit rasanya boleh bermain dengan kucing-kucing tu.



Jadi pengalaman yang baru bawa anak-anak datang sini. Sesuai la bagi sesiapa yang duduk di bandar tak pernah balik kampung atau takde kampung ni rasai sendiri pengalaman berada di kampung.

Nak pergi sini boleh je ikut waze ke Jalan Prima Tropika Barat 1, Pusat Bandar Putra Permai, 43300 Seri Kembangan, Selangor.

Selamat bercuti!
12:44:00 PM

TIPS REDAKAN DEMAM ANAK-ANAK

by , in
Assalammualaikum...

Tips redakan demam anak-anak

Selalunya kalau anak-anak demam, batuk selsema memang ida selalu sapukan minyak bawang putih kat diorang...sapu di bahagian dada, tapak kaki dan belakang anak-anak



Caranya senang je

Bakar 3-4ulas bawang putih dan ketuk skit..pastu letak dalam piring dan tambah sedikit minyak. Tak kisah minyak apa-apa pun tapi ida selalunya letak minyak VCO..

Kalau demam memang kena kerap tuam kepala dan badan die. Ida selalu letak ais dan beberapa titik basic H...kalau takde basic H boleh je letak air dan ais..memang sejuk skit tapi insyaallah panas tu akan berkurangan,,

Lagi satu kerapkan mandi anak-anak..tak berselimut..tak berbaju pun takpe,biar haba badan die tu keluar..

Selain tu buatla sup ayam ke kat anak-anak..lebihkan letak bawang putih..bila makan nasi yang bersup-sup panas ni..rasa lega skit perut dan badan die..

semoga tips ni membantu

Followers