REEBOK SPARTAN RACE

Assalammualaikum..
Pernahkah anda mendengar mengenai Reebok Spartan Race? Well, ini bukanlah seperti race yang biasa, tetapi anda race ini merangkumi beberapa aktiviti lasak yang cukup ekstrim seperti running, climbing, crawling di kawasan berlumpur dan juga beberapa ujian laluan berhalang. Kesemua aktiviti ini adalah bertujuan untuk menguji kekuatan dan ketahanan fikizal anda. Oleh yang demikian, Reebok Spartan Race ini merupakan aktiviti yang amat ditunggu-tunggu oleh ramai adrenaline junkie di Malaysia.


Race yang ditaja oleh jenama sukan popular Reebok ini terbuka kepada lelaki dan wanita yang menggemari aktiviti sukan lasak. Apa yang menarik mengenai race ini, anda harus melakukan burpees sebanyak 30 jika anda gagal melakukan mana-mana halangan untuk meneruskan race tersebut.


Race ini terbahagi kepada tiga kategori iaitu;

1. Race the Sprint: 5 km, 15+ halangan

2. Conquer the Super: 13+ km, 20+ halangan

3. Dominate the Beast: 20 km, 25+ halangan


Anda berminat untuk menyertai race ini? Mungkin anda boleh mula melakukan latihan dan persediaan fizikal terlebih dahulu. Well, it is not about winning, tetapi race ini merupakan salah satu cara untuk anda menghabiskan cuti hujung minggu dengan lebih produktif dan pada masa yang anda juga berpeluang berjumpa dengan ramai kenalan baru. Jangan lupa mendaftar and see you at the race!

Post a Comment

0 Comments