11:30:00 PM

PROMOSI APRIL DATANG LAGI

by , in
Assalammualaikum...

Tak menyempat Ida pun nak update semalam psal promosi bulan April ni. Tambah minggu depan lagi la sibuk, adik ipar akan kahwin dan majlis menyambut menantu sekali. So ada 2 pengantin la nanti.


Apa2 pun meh nak cakap psal promosi bulan ni.



Peluang untuk dapatkan twinpack Vivix ni pun masih terbuka sehingga bulan ni..



Apa kebaikan Omega Guard?

- Membantu mengurangkan kolestrol jahat/triglycerides dan membantu meningkatkan aras kolestrol yang baik (HDL) yang diperlukan oleh badan.
- Membantu menurunkan tekanan darah tinggi.
- Membantu mengurangkan risiko serangan jantung, membantu mengelakkan sakit jantung.
- Membantu mengawasi aras diabetes
- Membantu mengurangkan kesakitan akibatarthritis.
- Membantu misi mengurangkan berat badan
- Membantu melindungi daripada osteoporosis.
- Membantu mengurangkan risiko penyakit berkaitan mental seperti tekanan, schizophrenia, ‘bipolar disorder’
- Membantu mencairkan kahak
- Membantu meningkatkan sistem pertahanan secara keseluruhan
- Bagus untuk perkembangan IQ yang sihat
- Membantu kanak-kanak ADHD
- Membantu individu yang mengalami asthma


Apa pula kebaikan Vitamin C?

Ramai tahu kan Vitamin C ni utk kecantikan kulit...apa lagi?

1. Membentuk Kolagen - Merangsang pembentukan kolagen. Kolagen ialah sebatian asas otot, tisu, gusi, rangka dan tulang rawan. 


2. Memperbaiki Simptom Pendarahan - Kekurangan Vitamin C adalah penyebab gusi berdarah, lebam dikulit, lambat pulih dari kecederaan, kulit kering, ruam dan kulit kasar.


3. Peningkatan Sistem Imun - Membina sel darah merah yang sihat untuk penyerapan zat besi yang lebih baik, membantu sel darah putih menentang bakteria dan kuman, mengukuhkan sistem imun, pertingkatkan pemulihan alergi hidung, kulit dan asthma, juga mengurangkan simptom selsema.

4. Memerangi kanser - Ia satu-satunya anti-oksidan yang berkuasa dan mampu meningkatkan inteferon semulajadi tubuh dan merangsang pengeluaran T-cells untuk melawan sel kanser dan membuang kimia berbahaya dari tubuh dgn berkesan.

5. Mencantikkan Kulit - Pengambilan Vitamin C setiap hari akan membantu anda dapatkan kulit yang lebih cerah, melambatkan penuaan dan menyekat pembentukkan 
pigmentasi. Pigmen adalah penyebab utama kejadian jeragat.

6. Memperbaiki Insomnia - Ia memperbaiki insomnia, stress dan masalah mental seperti keresahan.

7. Mengekalkan kolestrol sihat - ia mampu mengurangkan kolestrol dan tekanan darah, mengekalkan kapilari darah yang sihat, menghalang pendarahan dalam hidung, pendarahan serebral dan skurvi.

So siapa ni pengguna setia Omega Guard dan Vitamin C Shaklee?

cepat...cepat order ye...



Sebarang pertanyaan dan pesanan boleh hubungi saya:



(YOUR TRUSTED SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR)
sms/whatsapp 0174636210
Email : Aqidgirl_88@yahoo.com

*setiap pembelian anda wajib akan mendapat konsultasi percuma yang berterusan dari saya
10:43:00 AM

DI KALA BULAN DIPAGAR BINTANG

by , in
Assalammualaikum...

Celik mata Ida semalam nak hadapi saat-saat genting. Di kala bulan pun dah habis mengambang cuaca ala-ala suam-suam panas. Hujan dalam beberapa minit. Tak sempat nak bau air hujan, hujan dah berhenti.





Hahaha...bermadah kemain padahal takde pun saja Ida nak calling-calling last day untuk promo bulan April ni



Last day ye...



Tamat arini ye so pasni jangan ada yang tanya pastu nak minta diskaun. Disebabkan sekarang semua barang dah naik so kita kenala jaga kesihatan kita dengan lebih baik.

Bagi sesiapa yang berdekatan dengan cawangan Shaklee boleh gunakan no Id Ida untuk pembelian dan hubungi Ida semula untuk dapatkan konsultasi cara makan k...


Sebarang pertanyaan dan pesanan boleh hubungi saya:


(YOUR TRUSTED SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR)
sms/whatsapp 0174636210
Email : chintashoope@gmail.com
No Id: 1074293

*setiap pembelian anda wajib akan mendapat konsultasi percuma yang berterusan dari saya
9:30:00 PM

HEALING CRISIS SELEPAS MAKAN SHAKLEE? BAHAYA KE SHAKLEE NI?

by , in
Assalamualaikum..

Sejak beberapa bulan ni Ida selalu dapat mesej dari bukan customer Ida sendiri tapi customer pengedar lain yang tanya kesan selepas pengambilan Shaklee. Ada yang rasa sakit kepala, pening dan sebagainya.



Soalan yang selalu Ida dapat..

" Kenapa makan Alfalfa jadi panas badan ni?"
" Memang kalau makan Shaklee jadi macam ni ke?"
" Rasa tak tahan sangat nak stop je..."


Tunggu dulu jangan cepat nak melatah...

Apa maksud healing crisis? Krisis penyembuhan kan. Korang tahu tak sebenarnya ni tandanya badan korang dah bertoleransi atau senang kata bertindakbalas dengan supplement yang korang makan tu. 


Bahaya ke?

Tidak bahaya tapi sesiapa yang tak tahan memang akan stop dan akan salahkan produk Shaklee pula sebab takde kesan. Kesan dah ada tapi korang yang taknak sabar..


Kita setiap hari, bertahun-tahun macam-macam makan, macam-macam persekitaran udara kita sedut tapi nak tahan healing crisis selalunya dalam 1 minggu pun tak boleh tahan.

Tanda-tanda healing crisis

- naik jerawat
- sakit kepala
- demam
- muntah
- cirit-birit
- gatal-gatal kulit
- penat dan mengantuk
- berpeluh
dan banyak lagi


Apa yang perlu korang buat?

Siapa yang pernah beli supplement Shaklee mesti setiap pengedar akan tegaskan pastikan minum banyak air. Tapi bila tanya minum banyak mana? Rasanya dalam 6 gelas sehari. Aduh...tu tak cukup yunk..Ni Mummy Ida nak marah ni..Cer tengok carta bawah, 6 gelas budak 1-2 tahun tau kena minum. Umur kita berapa tahun?


1 liter air= 25kg

so kalau korang 50 kg kena la minum 2 liter air kan? Tapi Ida lebih galakkan untuk minum lebih dari biasa sebabnya sekarang ni musim panas..kering tekak tu..badan pun habis berpeluh, air dalam badan pun kering. Kalau minum pun cukup-cukup syarat je..mana la tak sakit kepala dan pening. Betul tak? Tips nak minum air banyak, senang je. Bawala botol air ke mana-mana korang pergi tapi janganla plak sampai dalam toilet kan. Dah habis topup...


Ida dulu ada customer yang ambil Alfalfa dan alami healing crisis yang teruk juga. Demam, sakit kepala,pening. Jadi apa yang Ida suruh die buat?

Minta die kurangkan dos dan banyakkan minum air. Alhamdullilah berkat kesabaran die healing crisis dah takde. Sekarang bila tambah dos semula seperti biasa dah takde rasa-rasa demam lagi. Badan pun semakin sihat dan bertenaga.

Jadi nasihat Ida siapa yang mengalami healing crisis selepas pengambilan Shaklee ni.

- banyakkan minum air dari biasa
- boleh kurangkan dos
- terus pengambilan setiap hari
- berehat dan jangan stress
- banyakkan makan buah-buahan dan sayur-sayuran

Insyaallah moga akan lebih baik nanti


Sebarang pertanyaan dan pesanan boleh hubungi saya:

(YOUR TRUSTED SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR)
sms/whatsapp 0174636210
Email : chintashoope@gmail.com
No Id: 1074293

*setiap pembelian anda wajib akan mendapat konsultasi percuma yang berterusan dari saya


2:50:00 PM

DAH KURUS TAPI BERAT NAIK SEMULA,MAKIN BERTAMBAH PULA TU!!

by , in
Assalammualaikum...

"Saya dah diet tapi tak kurus-kurus"

"Masa diet memang kurus, tapi lepas tu kalau tak jaga betul-betul, terus mencanak-canak berat naik"

" Berat aku naik pula la, kenapa ye. Makan dah kontrol?"




Kenapa boleh jadi macam tu? Bila diet, badan kurus, tapi dah makan macam biasa, alamak aihhh terus naik tak ingat dunia. Naik lebih banyak pula tu dari sebelum kurus dulu. Inilah dikatakan "KESAN YO-YO" berat boleh turun dan naik sesedap rasa. Macam yoyo kan.


Bila berat naik balik memang la jadi rungsing sangat,kecewa, frust..AKU PASRAH! ( macam lagu Erra). Umpama putus cinta.

Macamana nak maintain kurus je?Taknak berat naik-naik lagi..

Sebelum tu kena faham, bagaimana kesan yo-yo ni berlaku?




Kesan yo-yo ni adalah dari hasil diet yang tak betul. Bila kita diet untuk kurus dengan cara kurangkan makan, atau tak makan, ia memberi badan kita 2 kesan yang sangat besat:-

1) Kandungan toksin makin pekat. Badan kita akan terus membina lemak untuk menjadikan organ-organ kita 'kebal toksin'. Hasilnya, kita akan naik berat badan dalam masa yang cepat.

2) Diet tak makan merosakkan otot. Bila otot rosak, lemak akan mudah terkumpul dalam badan kerana otot dan boleh dah nak bakar lemak dengan berkesan.

Cara terbaik untuk kurus ialah dengan DETOKS. Kenapa?


Kerana detoks ni bukannya diet berlapar, tapi dengan membekalkan nutrien yang SEPATUTNYA dan SECUKUPNYA kepada tubuh kita. Pada masa yang sama, ia MEMBUANG TOKSIN dari tubuh kita.

Kita nak kurus tapi pemakanan kita tak seimbang jadi macam mana la kita nak tampung zat kemudia harinya. Bila dah tak tahan, makan tak ingat dunia. Memang la berat akan naik lagi banyak.

Hasil detox?? 

Berat badan yang maintain dan tabiat makan pun jadi semakin sihat! Nak makan benda-benda merepek pun rasa tak lalu dah. Pandang sebelah mata je, langsung tak terasa nak makan. Big Apple? Dunkin Donuts? hye..hye..bye-bye je lepas ni...



Tembam itu comel, alang-alang comel, biarlah sihat mantop sekali kan. Kita bagi dush-dush...kebabomm...





Testimoni Program detox parasit




Suka tak? Siapa tak suka kan bila berat turun banyak tapi still maintain selepas tu.

Masih tak percaya dengar kata adik ni..Die sendiri pun tak percaya perubahan yang berlaku.

Cara Kuruskan Badan Dengan Betul Sambil Buang Toxin Dalam Badan from iReach HD on Vimeo.

Siapa nak sertai program ni tak boleh main suka-suka beli. Ida akan sediakan jadual dan guide sebabnya bukan hari-hari korang kena detox parasit. Tarikh untuk bulan depan dah ada untuk detox. Siapa nak join, diminta hubungi Ida segera untuk join group k...

Sebarang pertanyaan dan pesanan boleh hubungi saya:

(YOUR TRUSTED SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR)
sms/whatsapp 0174636210 
Email : chintashoope@gmail.com 
No Id: 1074293 

*setiap pembelian anda wajib akan mendapat konsultasi percuma yang berterusan dari saya
3:11:00 PM

KENCING MANIS SEMASA HAMIL KAWAL SEGERA SEBELUM KENA CUCUK INSULIN

by , in
Assalammualaikum,..

Ramai ibu mengandung mengalami penyakit kencing manis semasa hamil ni atau lebih dikenali dengan diabetes gestasi. Selalunya ia hanya berlaku sepanjang kehamilan sahaja dan akan hilang sendiri selepas bersalin. Ini pada pengalaman Ida sebab masa mengandungkan Aqil dulu Ida ada kencing manis dan selepas bersalin, kembali normal.



Ini adalah disebabkan oleh kandungan hormon khusus hormon estrogen dan progesterone yang meningkat dengan begitu tinggi semasa hamil. Hormon ini mempunyai kesan terhadap metabolisme gula dalam badan seseorang. Kesan peningkatan hormon tersebut menjadikan kandungan gula dalam darah meningkat. Jika sistem perimbangan hormon tidak berjalan lancar, khususnya jika hormon insulin yang dikeluarkan tidak cukup untuk menurunkan paras gula dalam darah, maka suatu keadaan diabetes akan timbul.



Punca-punca  kencing manis semasa hamil

- keturunan. Mak ayah atau atok nenek yang ada penyakit kencing manis
- obesiti atau berat badan berlebihan
- keguguran berulang kali sebelum ni
- pernah lahirkan bayi besar 4kg ke atas sebelum ni
- Penah melahirkan anak cacat
- berumur 35 tahun ke atas

Simptom-simptom kencing manis semasa hamil

- kerap kencing. Ikutkan memang ibu hamil ni memang kerap kencing tapi perhatikan lebih pada waktu malam. Kalau terlampau kerap terjaga nak ke tandas.
- kerap berasa dahaya
- keletihan yang teramat
- penglihatan kabur
- luka lambat sembuh

Kesan kencing manis semasa hamil kepada ibu dan anak

Masalah kencing manis semasa hamil ini boleh menyebabkan bayi yang bakal dilahirkan besar jadi si ibu tak boleh bersalin secara normal. Masa Ida dulu pada kandungan 38 minggu akan ada temujanji untuk periksa kandungan gula dalam darah. Kalau kandungan gula tinggi kena masuk wad untuk segera bersalin tapi alhamdulillah tak sempat nak masuk wad, Aqil bersalin awal masa 37 minggu.

Tapi yang bahayanya ibu yang kencing manis semasa hamil ni akan cenderung kepada obesiti dan akan mengalami diabetes jenis 2 di kemudian hari.

Bagaimana nak kawalnya?

Cara nak kawalnya mudah sahaja si ibu kena la mula jaga cara pemakanan, makan makanan yang seimbang. Bukan maksudnya sampai tak boleh makan nasi tapi kawal kuantiti dan banyakkan makan sayur dan buah-buahan. 

Bersenam juga penting. Kan ada senaman untuk ibu hamil. Tak perlu senaman berat pun takpe.


BComplex ~ Menggalakkan metabolisme gula dan pembebasan tenaga.

Ostematrix ~ Sumber kalsium dan magnesium yang membantu mengelakkan gejala kencing manis.

Vitalea ~ Lengkap dengan 19 mineral termasuk zink yang penting untuk penghasilan insulin dan penyembuhan luka


Boleh juga add on

Vitamin C - bagi mengukuhkan kapilari dan salur darah dan meningkatkan sistem imun

ESP Shaklee - sesuai untuk pesakit kencing manis bagi mengawal gula dan membekalkan tenaga


Klik di sini untuk pembelian dengan segera



Sebarang pertanyaan dan pesanan boleh hubungi saya:

(YOUR TRUSTED SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR)
sms/whatsapp 0174636210
Email : chintashoope@gmail.com
No Id: 1074293

*setiap pembelian anda wajib akan mendapat konsultasi percuma yang berterusan dari saya


1:12:00 AM

"GiveAway Mei by Ann"

by , in
3:11:00 PM

DALAM MASA 5 HARI BERAT HILANG 1.4KG! JOM DETOX!

by , in
Assalammualaikum..

Kalau ada siapa perasan la kan..sana sini bercerita pasal detox parasit. Apa itu detox parasit? Sama ke macam detox usus yang selalu orang suka sebut-sebut tu.





Biar la Ida ceritakan secara ringkas dan jelas. So korang taknyah pening-pening kepala nanti.

Apa beza detox parasit dan detox usus?

 Ok detox usus ni mestilah nak detox atau buang toksin yang ada dalam usus kan. Tapi detox parasit nak buang benda yang menumpang dalam badan kita. Eh bukan "penumpang yang tak bertuan" ye.heheh.. Benda yang menumpang yang menganggu kesihatan badan kita.

Tahu tak parasit tu apa?


Parasit tu sejenis makhluk lebih kurang anak beranak dengan cacing juga la, bakteris dan lain-lain yang masuk dalam badan kita dalam keadaan sedar atau tak.Yelah setiap hari kita terdedah dengan macam-macam.

Ok kalau cacing makan jelah ubat cacing betul tak? Tapi bukan semua cacing die bunuh, kalau selalu makan cacing die bunuh cacing dalam usus je. Habis tu cacing luar dari usus die tak bunuh tau.

Nak share gambar parasit dengan korang pun tak sampai hati. Geli tengok. So nanti korang tengok sendiri la.huhu

Jadi kenapa perlu detox?


Apa faedah detox plak? Kalau tak detox tak boleh ke?


Jelas kan? Semua orang berisiko ada parasit ni dari kanak-kanak sampai orang tua.

Simptom-simptom jangkitan parasit

- kelesuan
- stress,tekanan perasaan
- sering dalam keadaan "blur"
- berat badan turun secara tiba-tiba
- kembung perut
- alergik yang teruk
- selalu sakit kepala, sakit sendi dan otot
- sembelit atau cirit-birit
- haid tak stabil
- ekzema
- craving makanan manis
- eye floaters
- susah tidur dan susah nak bangun

Ini antara simptom yang korang banyak parasit dalam badan. Yang menarik nya detox parasit ni korang tak perlu buat hari-hari. Ia hanya akan dilakukan bila bulan penuh, sebab apa?

Sebabnya masa bulan penuh ni parasit sedang melakukan kerja" mengawan". Nak beranak pinak la kat dalam badan. So biar kita bunuh dan buang diorang dalam badan kita.

Kesan die, pasti korang akan terkejut!





Program ni boleh pilih selama 5 hari atau 14 hari. Korang decide, Ida akan guide. Sebab sekarang pun Ida sedang guide suami. Kesannya tunggu lagi, sekarang pun suami dah start gatal-gatal muka. Itu petanda bagus, tanda nya detox ni dah buat kerja die.


Siapa yang sanggup tinggalkan benda-benda yang boleh menggalakkan parasit ni sila hubungi Ida segera utk join program ni. Jangan risau bukan sampai ta boleh makan nasi ye. Masih boleh makan nasi.


Sebarang pertanyaan dan pesanan boleh hubungi saya:

(YOUR TRUSTED SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR)
sms/whatsapp 0174636210
Email : chintashoope@gmail.com
No Id: 1074293

*setiap pembelian anda wajib akan mendapat konsultasi percuma yang berterusan dari saya
3:45:00 PM

1st Mini Giveaway by CikNurul

by , in
3:13:00 PM

Segmen Bloglist Azhafizah.com Mei & Jun 2016

by , in
Bulan April bakal berakhir, bloglist untuk March & April akan di gantikan dengan bloglist baru untuk bulan Mei & Jun. Berminat untuk masuk bloglist blog sihatimerahjambu ni, boleh sertai segmen ini. Segmen simple je. Cuma perlu buat entry dan copy & paste je. Pemilihan 10 blog melalui random.org.

Klik banner untuk sertai  Segmen Bloglist Azhafizah.com Mei & Jun 2016
http://www.azhafizah.com/

TAMAT : 28 APRIL 2016

Langkah Penyertaan Segmen
1. Buat entry bertajuk : Segmen Bloglist Azhafizah.com Mei & Jun 2016
2. Copy & paste coding dalam kotak bawah ni di ruangan HTML entry
3. Publish dan tinggalkan link entry dalam kotak komen di entry asal Segmen Bloglist Azhafizah.com Mei & Jun 2016 

  Terima kasih atas sokongan semua ^__^
3:53:00 PM

3 PUNCA MASALAH JERAGAT TIMBUL SAMPAI RASA TAK SENANG DUDUK

by , in
Assalammualaikum...

Jeragat ni adalah masalah kulit yang nampak bertompok bulat warna hitam yang tidak rata pada kulit. Ia juga menjadi satu masalah kulit selain dari masalah jerawat. Masih menyebabkan seseorang tu hilang keyakinan dalam penampilannya.


Jeragat ni memang susah skit nak hilangkan sebab die macam jadi sebati dengan kulit. Nak hilangkan pun ambil masa juga. Apa penyebab berlakunya masalah jeragat ni?

3 PUNCA BERLAKU MASALAH JERAGAT

1. Sinaran matahari


Dengan cuaca sekarang ni bagi yang sentiasa bekerja di luar memamng selalu terdedah dengan pancaran sinaran matahari yang terik. Ini la punca berlakunya jeragat. Keadaan ni boleh diatasi dengan penggunaaan krim sunblock untuk hindarkan cahaya UV terus masuk ke dalam kulit.

2. Pil/ubat perancang


Bagi yang menggunakan pil perancang mesti rasa kan kesan selepas pengambilan die. Haid jadi tak teratur malah berlaku masalah jeragat ni. Ini disebabkan ketidakseimbangan hormon menggunakan pil perancang.

3. Penggunaan kosmetik yang tidak sesuai dengan kulit


Produk kosmetik di pasaran sekarang ni semakin lama semakin banyak. Ada je produk-produk baru yang keluar. Masalah jeragat ni juga berpunca dari penggunaan kosmetik yang tidak sesuai dengan kulit. Sebab itu la kita kena berhati-hati dengan produk yang dijual di pasaran terutamanya produk-produk baru. Tak semestinya semua sesuai dengan kita. 

Bahan yang digunakan mungkin mempunya bahan kimia yang merbahaya yang boleh menghakis kulit dan menyebabkan kulit kita rosak. Apabila kulit menipis dan rosak maka mudah untuk sinaran UV tembus memasuki lapisan kulit kita.



1. Vitamin E


Terkenal sebagai vitamin awet muda @ vitamin cantik. Ia juga mampu melambatkan proses penuaan. Selain itu vitamin juga dikatakan membantu keseimbangan hormon dan mengawal kadar minyak dalam liang kulit. Vitamin E juga membantu mengurangkan kesan kulit jeragat selain pengambilan beta carotene.

2. Protien atau ESP Shaklee

Ianya mampu mengurangkan kesan hitam (kulit mati akibat jeragat). Tompokan hitam pada kulit akibat jeragat sangat sukar dihilangkan jika tidak mendapat cukup protein yang membantu dalam penghasilan sel baru.

3. B-complex

Melindungi kulit dari sinaran matahari,anti-stress dan melancarkan peredaran darah

4. GLA complex

Kaya denganminyak borage yang mengandungi asid gamma linolenik (GLA), asid linolenik (LA), minyak bunga matahari dan vitamin E. GLA Complex ini amat bagus untuk skin texture, skin repair dan buat skin glowing. Selain itu ia membantu menstabilkan hormon terutamanya yang mengambl pil perancang dan alami masalah jeragat. 




Klik di sini untuk pembelian segera


Sebarang pertanyaan dan pesanan boleh hubungi saya:

(YOUR TRUSTED SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR)
sms/whatsapp 0174636210
Email : chintashoope@gmail.com
No Id: 1074293

*setiap pembelian anda wajib akan mendapat konsultasi percuma yang berterusan dari saya
3:44:00 PM

6 PUNCA HB LOW SEMASA HAMIL,BAHAYA KE?

by , in
Assalammualaikum..

Ibu-ibu hamil sering kali akan menghadapi masalah hb low setiap kali buat pemeriksaan di klinik pada setiap bulan. Tapi bila special kes hb terlampau low ni memang setiap minggu la kena buat pemeriksaan kat klinik.




Anemia disebabkan darah tidak mengandungi sel darah merah sihat yang mencukupi untuk mengangkut oksigen ke seluruh tisu badan termasuklah kepada bayi dalam kandungan.

Di Malaysia 35% ibu mengandung menghadapi masalah anemia atau hb low ringan dan kebanyakkannya orang India dan orang Melayu. Manakala 47.5% wanita luar bandar disahkan menghidapi anemia ketika lawatan antenatal pertama




Punca masalah HB low

1. Kekurangan volum darah ~ cecair mengalir dalam saluran darah seperti pendarahan yang tidak boleh terkawal



2. Dehidrasi ~ Dehidrasi mengurangkan kandungan cecair dalam badan seperti kes muntah yang teruk dan cirit-birit

3. Masalah jantung ~ Denyutan jantung yang agak cepat mahupun sebaliknya yang terlalu lambat dan keadaan otot yang lemah


4. Kekurangan faktor penting seperti zat besi, vitamin B12, folat dan ‘erythropoitein’

5. Kekurangan hormon : Paras hormon tiriod yang rendah

6. Gangguan pembentukan sel darah merah seperti talasemia
Bahaya ke kalau hb low ni? Apa risikonya?

Risiko kepada ibu mengandung


- Mengalami Keguguran 
- Mengalami kegagalan jantung 
- Ibu boleh pitam atau mudah pitam/pengsan 
- Pendarahan semasa hamil dan bersalin 
- Risiko mengalami penyakit berjangkit 
- Risiko kepada Bayi Dalam Kandungan

Risiko kepada bayi dalam kandungan




- Lahir pramatang atau tidak cukup bulan 
- Berat bayi yang lahir kurang 2.5kg 
- Anak lemas semasa lahir atau Aspyxia Intrauterine growth restriction (IURG) atau pertumbuhan janin terbantut. 
- Mati ketika dilahirkan atau stillbirth.

Bagaimana cara untuk stabilkan masalah hb semasa hamil?


1. Pengambilan makanan yang kaya dengan zat besi 

Ini kerana zat besi menbantu merangsang pembentukan hemoglobin di dalam sel darah merah. Contohnya seprti daging ayam, sayuran hijau, kekacang, hati, buah labu tembikai, buah prun dan kismis.

2. Pengambilan makanan yang kaya dengan vitamin C

Hah.jangan salah sangka kalau fikirkan oh amik Vitamin C ini untuk kulit cantik. Oh..no..no. Vitamin C ini sebenarnya membantu penyerapan zat besi ke dalam tubuh. Contohnya seperti buah oren, strawberi, betik dan sayuran hijau

3. Pengambilan supplement tambahan

Penting ke pengambilan makanan tambahan ni? Penting sebab kita bukannya setiap hari boleh nak makan semua makan-makan seimbang ni kan. Malah disyorkan oleh perubatan sebagai cara untuk atasi masalah anemia atau hb low ni.


VITALEA

Mengandungi zat besi yang membantu pembentukan sel darah merah danmenghasilkan sel darah merah yang sihat. Zat besi menjadi sebahagian drpd struktur hemoglobin yg membawa okseigen ke tisu dan sel.

VITAMIN C

Membantu penyerapan vitamin B12 dan zat besi.Malah juga membantu pengeluaran hemoglobin dan meningkatkan pertahanan badan.

B-COMPLEX

Meningkatkan sel darah merah dan hemoglobin. Ia lengkap dengan 8 kumpulan vitamin B termasuk B12 dan folat






Anemia Ibu Hamil ni Dah Warded Pun Degil - Nasib Kakak Garang from iReach HD on Vimeo.

Klik di sini untuk pembelian segera
Sebarang pertanyaan dan pesanan boleh hubungi saya:

(YOUR TRUSTED SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR)
sms/whatsapp 0174636210
Email : chintashoope@gmail.com
No Id: 1074293

*setiap pembelian anda wajib akan mendapat konsultasi percuma yang berterusan dari saya

Followers