5 RESEPI SMOOTHIE BEST UNTUK LANGSING,WAH MINUM JE PUN BOLEH KURUS!

3:53:00 PM

Assalammulaikum...

Siapa tak nak kurus kan? Kalau nampak perut buncit skit dah menggelabah. Kalau boleh nak nampak cam artis korea..kecik je peha diorang. Ntah apa rahsia diorang kan.



Kejap je masa berlalu dah masuk bulan Mac pun, minggu depan anak-anak cuti sekolah pula. Ida pun akan ke Johor insyaallah sebab adik ipar akan bernikah dengan orang sana.
Hari ni saja nak kongsikan 5 resepi smoothie yang best untuk langsing.

5 RESEPI SMOOTHIE BEST UNTUK LANGSING

1. Smoothie Epal Hijau


Bahan-bahan:-

- 1/2 cawan susu soya *boleh guna ESP Shaklee atau Cinch Mix perisa vanilla
- 3/4 cawan yogurt perisa vanilla
- 1 biji buah epal yang dipotong dadu dan dibuang kulit
- 2 sudu mentega
- Kiub ais

Cara-cara:-

Kisar semua bahan dalam mesin pengisar selama 1 minit. Hidangkan ke dalam gelas bersama sudu.

2. Smoothie Mangga


Bahan-Bahan:-

- 1/4 cawan buah mangga dipotong kiub
- 1/4 cawan buah avocado ditumbuk
- 1/2 cawan jus mangga
- 1/4 cawan yogurt vanilla tanpa lemak tambahan
- 1 sudu perahan jus limau kasturi
- 1 sudu gula
- 6 ketul kiub ais

Cara-cara:-

Campurkan semua bahan dan kisar ke dalam mesin pengisar hingga lembut dan sebati. Hidang bersama sepotong mangga atau buah strawberi untuk lebih enak.

3. Smoothie Mentega Kacang dan Pisang


Bahan-bahan:-

- 1/2 cawan susu tanpa lemak tambahan
- 1/2 yogurt tanpa lemak tambahan
- 2 sudu mentega kacang
- 1/4 dari sebiji pisang
- 4 ketul kiub ais.

Cara-cara:-

Campurkan semua bahan ke dalam mesin pengisar. Kisar sehingga menjadi milky dan sebati. Hidang sejuk.

4. Smoothies Bayam


Bahan-Bahan:-


- 1 cawan Sayur Kale atau pun Bayam boleh tukar juga dengan Batang saderi @timun
- 1 biji epal hijau
- 1 biji pisang
- 1/2 biji Avocado
- 1/2 cawan daun parsli
- 2 cawan air kosong
- 1/2 air lemon atau pun limau nipis

Cara-cara:-

Campurkan semua bahan ke dalam mesin pengisar dengan sebati dan terus minum.

5. Smoothies Nenas


Bahan-Bahan:- 

- 1 cawan Bayam
- 1 cawan nenas yang dipotong dadu
- 1/2 cawan yogurt greek
- sedikit serbuk kayu manis
- jika ada chia seeds boleh juga letakkan
- sedikit serbuk kunyit (sikit aje tau )
- 1/2 cawan jus lemon
- 2 cawan blueberries
- 1/2 cawan air atau susu
*jika pekat boleh tambah air lagi tau
- kiub ais

Cara-cara:-

Campurkan semua bahan ke dalam mesin pengisar. Hidang sejuk.




Sebarang pertanyaan dan pesanan boleh hubungi saya:

(YOUR TRUSTED SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR)
sms/whatsapp 0174636210
Email : chintashoope@gmail.com
No Id: 1074293

*setiap pembelian anda wajib akan mendapat konsultasi percuma yang berterusan dari saya

You Might Also Like

2 comments

Followers

TRAVEL DESTINATION

GRUP MAMA BLOGGERS MALAYSIA (GMBM)

GRUP MAMA BLOGGERS MALAYSIA (GMBM)