3 TIPS KAWAL MARAH PADA ANAK

Assalammualaikum..

Kita ni kadang-kadang memang akan marah pada anak. Yelah kita ni semuanya tak sempurna, bukan boleh tahan sabar kadang tu. Ibu mana la suka nak marahkan anak-anak.



Ida sendiri pun bukan suka sangat marahkan anak-anak. Kadang tu jadi geram, darah tu tiba-tiba naik mula la nak angin. Bila dah marah mula la datang rasa sedih dan bersalah. 



Ini ada 3 tips untuk kawal marah pada anak. Ida sendiri masih cuba untuk kawal rasa marah pada anak-anak.Insyaallah moga ni dapat membantu.

3 TIPS UNTUK KAWAL MARAH PADA ANAK

1. Tarik nafas dan bertenang


Ini betul-betul kena motivated diri sediri. Sebelum marah pada anak,fikir dulu. Buat apa aku marah budak yang tak tahu apa-apa.Masih belajar tentang kehidupan. Memang susah tapi kita cuba. Walaupun Ida sendiri belum kuat lagi.

2. Keluar dari zon marah




Cara ni Ida selalu cuba buat. Bila anak mengamuk, kita mula nak marah. Ida akan duduk diam,langsung tak bercakap atau masuk dalam bilik. Biar anak menangis dulu. Dalam masa tu Ida cuba istighfar banyak kali. Tak sampai  5 minit pun mood Ida dah ok, so anak pun tak kena marah. Cuma kena berleter je.hehehhe.

3. Sertai kumpulan sokongan




Kita ni tambah kalau surirumah sepenuh masa kena jual bergaul dengan orang lain yang ada pengalaman macam kita. Kalau boleh biarla bergaul dengan orang yang berfikiran positif, jangan nak main bergaul je dengan sesiapa pun. Sekarang ni dah banyak group di FB atau whatsapp yang korang boleh join. Bersembang untuk lepaskan stress tapi hal peribadi jangan la cerita pula ye.


SEMOGA MEMBERI MANFAAT!

1 comment:

Followers

social network

APDM SAPS