KANSER USUS:APA PUNCA DAN PENYEBABNYA?

Assalammualaikum...

Banyak sekarang ni berlaku penyakit kanser usus ni terutamanya golongan lelaki meningkat pada umur 5o tahun ke atas. Kanser usus merupakan salah satu jenis kanser yang terjadi pada rangkaian usus besar atau rektum.




Kita ada 2 jenis usus iaitu:
1. Usus kecil- tempat makanan diserap
2. Usus besar- tempat air dan garam diserap

Terdapat dua bahagian dalam usus besar iaitu kolon dan rektum. 


Apa itu kanser usus? 


Kanser usus ialah ketumbuhan kanser yang biasanya bermula dari dalam lapisan usus besar. Ia boleh membesar lama di situ sebelum merebak ke bahagian tubuh yang lain. Sebab itu la jika kanser ni dapat dikesan dengan lebih awal, peluang untuk sembuh akan lebih cerah sebanyak 90%. 


Kanser usus adalah istilah merujuk kepada kanser yang bermula dalam usus (180 sentimeter atau enam kaki pertama usus besar). Di sinilah makanan kita bertukar menjadi najis dan ia akan digerakkan ke arah rektum. Rektum ialah bahagian 15 sentimeter atau enam inci terakhir usus besar yang berakhir dengan dubur. Usus dan rektum adalah sebahagian daripada sistem pencernaan yang bertugas mengasingkan nutrien daripada makanan dan menyimpan bahan sisa sehingga ia dikeluarkan daripada badan sebagai najis.

Penyebab kanser usus


Sampai sekarang penyebabnya masih belum diketahui tetapi selalunya dikaitkan dengan gaya hidup dan cara pemakanan seseorang.

Siapa yang berisiko menghidapi kanser usus?


1. Usia: golongan orang tua (berusia diatas 50 tahun) lebih berisiko untuk terkena kanser usus.

2. Pola pemakanan yang sedikit terhadap sayuran dan buah-buahan

3. Obesiti atau pesakit diabetes

4. Merokok atau penagih alkohol

5. Sejarah polip usus atau penyakit usus: orang-orang yang sering mengalami polip usus, penyakit ulcerative colitis ataupun penyakit Crohn, lebih besar risikonya untuk terkena kanser kolorektal

6. Sejarah kanser usus dalam keluarga: Jika korang mempunyai keluarga dekat (ibu bapa atau saudara kandung) yang menderita kanser ini, risiko korang untuk menghidapinya lebih tinggi.

Tanda- tanda kanser usus




1. Keluar darah daripada dubur atau terdapat darah selepas membuang air besar. 

2. Perubahan ketara pada tabiat membuang air besar: contohnya seperti lebih kerap membuang air besar atau najisnya cair, kerap sembelit dan/atau rasa lebih kerap hendak buang air besar daripada biasa. 

3. Berasa tidak puas selepas membuang air besar. 

4. Sakit perut. 

5. Berat badan turun secara tiba-tiba.

6. Berasa penat, lemah atau sesak nafas. Ini mungkin disebabkan oleh anemia akibat kekurangan zat besi.

7. Anemia jenis ini boleh disebabkan oleh kanser usus. 

8. Individu yang berusia empat puluh tahun ke atas perlu awasi tanda-tanda awal kanser usus. 

Jika tanda-tanda semua ni ada sila la buat pemeriksaan dengan segera sebelum lebih memudaratkan. 

Rawatan Kanser Usus


Terdapat empat jenis rawatan utama untuk kanser kolorektal adalah:

1. Pembedahan
2. Radioterapi
3. Kemoterapi
4. Target terapi

Bergantung kepada tahap kanser, sebanyak dua atau lebih jenis rawatan boleh digunakan pada masa yang sama, atau dilakukan satu persatu.

Tindakan terbaik yang boleh dilakukan untuk mencegah kanser usus adalah dengan rajin mengambil serat (biji-bijian, buah-buahan dan sayur-sayuran). Elakkan makanan yang mengandungi pewarna, pengawet, alcohol dan rokok. Banyakkan minum air putih dan elakkan stress.

Bagi golongan tak kira lelaki atau wanita yang berusia 50 tahun ke atas kerapkan untuk melakukan ujian saringan semasa membuat pemeriksaan kesihatan. 


Klik di sini untuk pembelian seegera


Sebarang pertanyaan dan pesanan boleh hubungi saya:

(YOUR TRUSTED SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR)
sms/whatsapp 0174636210
Email : chintashoope@gmail.com
No Id: 1074293


*setiap pembelian anda wajib akan mendapat konsultasi percuma yang berterusan dari saya

Post a Comment

0 Comments