Semakin hari kandungan semakin membesar dan perut kita juga mengalami benda yang sama. Kalau dulu pada awal kehamilan memang ibu-ibu hamil boleh tidur dengan nyenyak tapi bila dah masuk trimester kedua tidur tu bukan seindah seperti dulu.
Bila nak masuk trimester kedua ibu-ibu hamil digalakkan supaya tidur mengiring bukannya terlentang. Ini kerana posisi sebegini memastikan bayi mendapat aliran darah yang lebih lancar. Ia disebabkan inferior vena cava di bahagian belakang sebelah kanan tulang belakang mengembalikan darah dari tubuh bahagian bawah ke jantung.
Dengan mengiring ke kiri, ia turut membantu buah pinggang menjalankan aktiviti perkumuhan dengan baik lalu mengurangkan masalah pembengkakan di bahagian kaki, pergelangan kaki dan tangan. Ini ada 12 cara untuk atasi masalah tidur bagi ibu hamil.
12 CARA ATASI SUSAH TIDUR IBU HAMIL
1. Posisi tidur mengiring ke kiri
2. Mandi air suam
Sebelum tidur apa kata mandi dulu dengan air suam. Kalau rumah ada tab mandi pun lagi best, boleh berendam sekejap. Kalau takde pun mandi je guna pemanas air dalam bilim air tu. Kalau tak pun jerang la sekejap air panas dan campur dengan air sejuk dan mandi. Tidur akan lebih selesa nanti.
3. Elak makan terlalu banyak sebelum tidur
4. Minum Susu Suam
Kandungan asid amino tryptophan di dalam susu yang meningkatkan kadar serotonin ke dalam otak akan membantu untuk tidur nyenyak.
5. Amalan Tarik Nafas
Latihan menarik nafas yang teratur dapat membantu mengurangkan ketegangan otot sekali gus membantu untuk tidur lebih baik. Dalam keadaan duduk, berdiri atau berbaring, tarik nafas melalui hidung secara perlahan dan tahan nafas selama satu hingga dua saat. Kemudian hembus dan keluarkan nafas melalui mulut secara perlahan-lahan. Lakukannya dalam ulangan 10 kali. Ini juga salah satu latihan untuk meneran apabila bersalin nanti.
6. Bersenam
7. Bantal untuk ibu hamil
8. Suhu Bilik
Pastikan suhu bilik sentiasa nyaman. Jika tidak menggunakan penghawa dingin, pasti aliran udara di dalam bilik sentiasa lancar supaya tidak menimbulkan kepanasan melampau.
9. Katil Yang Selesa
Pastikan tilam yang digunakan berkualiti baik dan memberi sokongan yang baik kepada tulang belakang. Sekurang-kurangnya ia membantu ibu-ibu hamil tidur dengan lena tanpa perlu risau dengan komplikasi lain yang timbul akibat penggunaan katil yang kurang baik.
10. Pakaian Tidur
Baju tidur pun memainkan peranan untuk tidur yang lebih selesa. Pastikan baju tidur tu dapat serap peluh dengan baik.
11. Suasana Bilik Tidur
Pastikan bilik tidur dikemas dan selesa. Kalau ada spray wangi untuk bilik tu. Sembur sebelum tidur. Lampu pun pastikan malap jangan terlalu terang.
Sebarang pertanyaan dan pesanan boleh hubungi saya:
(YOUR TRUSTED SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR)
sms/whatsapp 0174636210
Fanpage : Mummysupplementshop
Email : chintashoope@gmail.com
No Id: 1074293
No Id: 1074293
*setiap pembelian anda wajib akan mendapat konsultasi percuma yang berterusan dari saya
5 Comments
perkongsian yang menarik, akan tetapi satu perkara yang paling Farah ingati sewaktu hamilkan Ash adalah Farah kuat tidur! Hu hu hu...
ReplyDeleteibu mngndung mmg ada yg kuat tidur.heheh
DeleteBAgus tipnya, isteri saya baru nak masuk trimester kedua.
ReplyDeletemoga mmberi manfaat
Deleteterkenang time time pregnant dulu.
ReplyDeletesakit! letih! tapi indah utk dikenang :)