10:30:00 PM

PROMOSI DATANG LAGI, LEBIH SIHAT LEBIH CANTIK

by , in
Assalammualaikum...

Selamat datang ke bulan Februari. Agak istimewa skit bulan ni sebab ulang tahun perkahwinan Ida jatuh pada bulan ni. Semalam pun dah selamat closing untuk bulan Januari.


Bulan ni bermulanya bulan baru, semangat yang lebih baru. Yeay promosi datang lagi. Bulan ni pakat-pakat la sihat dan cantik ye..


Promosi bulan ni untuk sihat untuk cantik semua boleh. Yelah kalau dah sihat mesti la muka pun tambah cantik kan.hehehe

Beli 6 percuma 1 dan terus dapat MEMBERSHIP FREE
Beli twin pack dapat 5% diskaun
@
Beli 4 percuma 1

Pilih la mana kemampuan korang, beli 1 je pun boleh tapi beli 2 pun lebih jimat kan.

Vivix Shaklee memang salah satu alternatid atau ikhtiar yang terakhir untuk penyakit-penyakit kronik seperti SLE,kanser, gout,stroke,kencing manis dan banyak lagi.


Habis orang sihat tak boleh makan Vivix ke?

Boleh lagi bagus..sihat secara keseluruhan teruatamanya yang tak suka makan banyak jenis ubat. Lagi best korang akan nampak lagi cantik dari sebelum ni.

Nutriferon ini merupakan penggalak imunisasi atau immune booster.  Ia membantu mengukuhkan dan kuatkan sistem imum dalam masa 3 hari kerana di dalamnya terdapat interferon.


Interferon ini sangat terkenal dalam bidang perubatan untuk pesakit herpes, HIV,kanser,hepatitis dan lain-lain. Senang kata penyakit yang tiada ubatnya.

Nutriferon ni selalunya customer Ida suka beli untuk pengganti kepada ubat-ubat klinik. Memang dah tak bagi anak makan. Wajib ada 1 kotak kat rumah. Ia membantu menentang virus dan kuman. Bagus untuk simpanan kalau anak jatuh sakit, demam dan terkenal kalangan ibu bapa untuk anak yang demam denggi. Tak wajib makan selalu pun takpe. Seminggu sekali atau sebulan sekali pun boleh. Insyaallah anak memang susah jatuh sakit melainkan dengan izin-Nya..

Nak lagi senang korang hubungi je Ida untuk tahu pasal semua promosi ni. Untuk anak ke untuk mak ayah ke, kita sembang-sembang dulu

Sebarang pertanyaan dan pesanan boleh hubungi saya:

NURUL AQIDAH AZAHAR
(YOUR TRUSTED SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR)
sms/whatsapp 0174636210
Fanpage : Mummysupplementshop
Email : Aqidgirl_88@yahoo.com

*setiap pembelian anda wajib akan mendapat konsultasi percuma yang berterusan dari saya
11:17:00 AM

CEPAT REMBAT SEBELUM TAMAT

by , in
Assalammualaikum...

Berdebar rasanya nak hadapi semua ni. Tak boleh duduk senang kalau tak bagitahu takut nanti menyesal plak. Ni nak membebel psal promosi bulan ni la. Malam ni kul 11.59 tamat ye..


Rugi sebenarnya kalau tak rembat promosi ni. Sebabnya time ni korang boleh beli produk Shaklee dengan harga murah. Kalau yang dah jadi ahli lagi la murah kan.


Mana yang ada twin pack boleh dapat 5% diskaun..
ada yang boleh beli 3 botol percuma 1 atau beli 6 dapat 7

Kalau yang nak cuba pertama kali mungkin fikir tak berbaloi..takpe..stok boleh simpan takpun kongsi dengan kawan-kawan atau adik beradik. Sama-sama kongsi kebaikan die.

Bagi yang nak beli twinpack Vivix Shaklee..ini la masanya

Harga sebotol vivix RM475 tetapi kalau beli twinpack hanya perlu bayar RM765.32 SHJ!!

jimat tak?banyak tu,.

siap dapat
- FREE MEMBERSHIP,
- FREE POS.
- DISKAUN 5%
- DAPAT BONUS


paling best...kalau dah boleh beli produk shaklee dgn harga ahli..takk perlu susah2 nak survey...

meh cepat order sebelum tamat 11.59 malam ni..

So Ida taknak cakap banyak sendiri, boleh bandingkan perbezaan harga dia. Bukan untuk siapa untuk kesihatan diri sendiri atau ikhtiar untuk orang yang tersayang.




Sebarang pertanyaan dan pesanan boleh hubungi saya:

NURUL AQIDAH AZAHAR
(YOUR TRUSTED SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR)
sms/whatsapp 0174636210
Fanpage : Mummysupplementshop
Email : Aqidgirl_88@yahoo.com

*setiap pembelian anda wajib akan mendapat konsultasi percuma yang berterusan dari saya

2:52:00 PM

FENOMENA AISKRIM SUMI,SEDAP!

by , in
Assalammualaikum...

Baru dapat menaip entry ni. Biasa la hari jumaat memang busy skit sebab en suami cuti so takleh la nak menghadap blog ni. Sekarang kt laman sosial penuh orang share resepi aiskrim sumi. Dah jadi fenomena sana sini.



Aih takkan la Ida nak tengok je mesti la nak buat jugak kan. Alang-alang dari beli je baik buat sendiri. Senang je pun yang penting kena rajin je.

RESEPI AISKRIM PUDDING (olahan sendiri)


Bahan-bahan:

1 tin susu pekat (ida tak letak sampai 1 tin pun sebab manis)
1 tin susu cair
5 tin air
secubit garam
pudding buah/sumi/jelly

Cara-caranya:

1. Masak bahan-bahan kecuali pudding sampai sedikit mendidih dan sebati.
2. Ida tak letak sampai 1 tin susu so terpulang la kat korang kalau nak kena potong kaki.hehehhe.
3. Biarkan sejuk
4. Masukkan pudding atau lain-lain dalam plastik dan letak air susu tadi.
5. Masukkan dalam peti sejuk


Ini resepi asal die tapi korang olah la ikut citarasa korang

Ada la lebihan skit sebab dah tak cukup pudding so en suami letak sunquick dalam tu. Sedap ada rasa masam-masam.


SELAMAT MENCUBA!!
11:54:00 PM

SegmenBloglists azlindaalin.com Mac 2016

by , in
3:59:00 PM

ADAKAH KENCING MANIS BOLEH SEMBUH,SEDIH LIHAT KEADAAN AYAH

by , in
Assalammualaikum..

Hati anak mana tak sedih kalau melihat keadaan mak atau ayah yang mempunyai penyakit kencing manis tahap kritikal. Tahap sampai tak boleh bangun dan hampir nak kena potong kaki. Makan semua kena kontrol dah semestinya. Tak boleh main bedal je makan.



Diabetes atau kencing manus adalah satu keadaan dimana tahap gula didalam darah adalah tinggi dari normal. Ia adalah satu daripada faktor utama untuk mendapat penyakit lain seperti sakit jantung atau angin ahmar. Banyak ubat yang dah dipasarkan sekarang mahupun secara moden atau tradisional. 


Persoalannya adakah kencing manis boleh sembuh?

Ye boleh jika ia dapat dikesan denga lebih awal. Lebih awal dikesan lebih mudah yang akan sembuh atau dikawal. Jika dah lambat berkemungkinan akan mengalami masalah yang lain dan mengambil masa untuk sembuh.


Kajian di Amerika mendapati satu pertiga kanak-kanak dan remaja Amerika mengalami masalah berat badan berlebihan atau obes. Mereka berhadapan dengan risiko tinggi untuk mendapat diabetes jenis 2 iaitu diabetes yang biasanya dihidapi oleh orang dewasa.

Banyak tanda yang boleh diketahui jika mempunyai penyakit kencing manis ni. Antaranya :

* Haus/dahaga (haus yang berlebihan)
* Letih
* Berat badan menurun
* Penglihatan kabur
* Otot lemah
* Gatal


Lain-lain gejala termasuk:

* Pengidap penyakit kulit yang berpanjangan
* Luka yang lambat sembuh
* Kencing yang kerap
* Gatal pada bahagian kemaluan
* Rasa kebas

Siapa yang berisiko untuk menghidapi penyakit kencing manis ni?


* Berumur 35 tahun atau lebih tua. Semakin tua semakin tinggi risiko untuk menghidapi diabetes

* Berat badan berlebihan atau obesiti.Semakin berat badan bertambah, semakin tinggi risiko anda menghidap diabetes.

* Impaired glucose tolerance (IGT).

* Latar belakang keluarga yang mempunyai diabetes

* Sejarah diabetes pada kehamilan terakhir.

* Sejarah mempunyai bayi yang besar (berat kelahiran adalah 4.0 kg atau lebih ) .

* Tekanan darah tinggi

* Tidak aktif -gaya hidup sedentari

* Faktor pemakanan -Pengambilan makanan berlemak tinggi dan kurang pengambilan makanan berserat

* Tahap lemak/ kolesterol yang tinggi .

Testimoni 1


Testimoni 2




Klik di sini untuk pembelian twin pack dengan segera

Sebarang pertanyaan dan pesanan boleh hubungi saya:

(YOUR TRUSTED SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR)
sms/whatsapp 0174636210
Email : chintashoope@gmail.com
No Id: 1074293

*setiap pembelian anda wajib akan mendapat konsultasi percuma yang berterusan dari saya
3:23:00 PM

10 TANDA-TANDA AWAL PENYAKIT HIPOTIROIDISME

by , in
Assalammualaikum

Hipotiroidisme atau juga dikenali dengan nama tiroid kurang aktif adalah gangguan di mana kelenjar tiroid tidak dapat menghasilkan jumlah yang cukup hormon yang dipanggil tiroksin.


Hormon ini memainkan peranan dalam fungsi badan utama untuk tenaga, mengawal suhu badan dan menghadamkan makanan dan banyak lagi. Tahap rendah hormon tiroid dalam badan boleh mengganggu semua fungsi utama badan.

Kira-kira 4.6 peratus daripada penduduk Amerika Syarikat mengalami tiroid tidak aktif. Risiko untuk menghidapi hipotiroidisme adalah lebih tinggi di kalangan wanita berusia 50 tahun dan perempuan selepas bersalin. Penyakit hipotiroidisme ini boleh dikesan melalui ujian darah tetapi ada 10 tanda-tanda awal hipotiroidisme ni yang boleh dikenalpasti.

10 TANDA-TANDA AWAL PENYAKIT HIPOTIROIDISME

1. Perubahan berat badan secara tiba-tiba


Penurunan berat badan secara tiba-tiba walaupun tak diet atau melakukan senaman menunjukkan ada masalah hormon tiroid yang rendah. Hormon-hormon ini membantu mengawal metabolisme badan dan kawal metabolisme lemak dan glukosa. Tapi apabila terjadi penyakit hipotiroidisme, ia tidak berfungsi dengan baik.

2. Kulit Kering dan Tidak Stabil

Perubahan tekstur kulit dan rupa disebabkan oleh peredaran darah yang berkurangan merupakan salah satu kesan jika mempunyai hormon tiroid yang rendah.




Satu kajian 2012 yang disiarkan dalam Indian Journal of Dermatology menyatakan bahawa ciri-ciri kulit yang paling biasa di kalangan pesakit dengan hipotiroidisme adalah kasar, kasar dan kulit kering.

3. Otot Sakit dan Sakit


Orang yang mengalami hipotiroidisme sering mengalami otot lemah, sakit,atau kekejangan. Mungkin juga mengalami sakit sendi. Di mana ia akan menganggu apabila melakukan senaman walaupun senaman yang ringan.

Satu kajian 2000 yang diterbitkan dalam Journal of Neurology, Neurosurgery & Psychiatry menyatakan bahawa gejala saraf dan tanda-tanda yang hadir dalam kebanyakan pesakit yang mempunyai masalah tiroid.

4. Keguguran rambut


Salah satu fungsi kelenjar tiroid adalah membantu pertumbuhan folikel rambut. Tetapi jika korang mengalami masalah hormon tiroid yang rendah ia akan menyebabkan keguguran rambut yang banyak.

5. Kerap berasa letih dan tidak bertenaga

Kelesuan dan keletihan melampau juga tanda bagi masalah hormon tiroid yang tidak aktif. Apabila hormon tiroid yang rendah mengalir melalui darah, sel-sel tidak berfungsi dengan baik, yang membawa kepada tenaga yang kurang, keletihan yang berterusan. Gejala-gejala ini berterusan walaupun selepas mendapat tidur yang betul dan mencukupi.


Satu kajian 2012 yang disiarkan dalam Journal Eropah Endokrinologi menyatakan bahawa pesakit hipotiroidisme autoimun mempunyai tahap yang lebih tinggi keletihan berbanding dibezakan pesakit tiroid carcinoma.

6. Maslah Haid dan Kesuburan

Wanita dengan hipotiroidisme mungkin mengalami haid dan masalah kesuburan. Di mana hormon tiroid mempunyai pengaruh yang besar terhadap haid, kehamilan, penyusuan dan juga involusi rahim selepas bersalin.


Fungsi tiroid yang rendah boleh membawa kepada perubahan dalam panjang kitaran dan aliran darah haid wanita. Satu kajian 2015 yang disiarkan dalam Jurnal Obstetrik dan Ginekologi India menyatakan bahawa disfungsi tiroid merupakan etiologi penyebab penting keabnormalan haid.

Kemandulan juga boleh disebabkan oleh keadaan tiroid yang tidak dikenal pasti.

7. Kolestrol tinggi

Apabila hormon tiroid tidak begitu aktif ini boleh menyebabkan paras kolestrol yang tinggi dan berisiko untuk mendapat penyakit jantung. Kekurangan hormon tiroid yang mencukupi dalam badan mempengaruhi secara negatif keupayaan badan untuk memecahkan dan kolesterol dari aliran darah.


Oleh itu, ia boleh meningkatkan LDL (atau kolesterol 'jahat') dan mengurangkan lipoprotein berketumpatan tinggi (HDL atau kolesterol 'baik') peringkat.

8. Sembelit dan senak perut.


Masalah pencernaan atau irritable bowel syndrome (IBS), ia mungkin disebabkan oleh masalah tiroid asas. Oleh kerana fungsi tiroid yang rendah, otot lapisan saluran pencernaan termasuk usus kecil dan besar menjadi lemah. Ini menyebabkan najis bergerak terlalu perlahan melalui usus, yang membawa kepada sembelit. Jika masih sembelit walaupun dah makan makanan yang berserat sila la bejumpa doktor dengan segera.
9. Tahap Memori Yang rendah


Apabila fungsi tiroid rendah yang akan memberi kesan kepada tahap ingatan memori yang ketara. Korang mula terlupa benda-benda yang baru berlaku. Malah korang akan menjadi kuramg tumpuan dengan apa yang berlaku di depan mata. Ini juga akan menganggu masa tidur setiap hari.

10. Hipotermia


Kelenjar tiroid berfungsi sebagai termostat dalaman untuk badan anda, kerana ia membantu untuk mengekalkan suhu badannya. Oleh kerana terlalu sedikit pengeluaran hormon tiroid, tubuh akan kurang membakar tenaga dan menyebabkan penurunan suhu badan dan menyebabakan hipotermia. Hipotermia ini merupakan satu keadaan sejuk melampau yang akan membahayakan nyawa sendiri. 



Klik di sini untuk pembelian segera


Sebarang pertanyaan dan pesanan boleh hubungi saya:

(YOUR TRUSTED SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR)
sms/whatsapp 0174636210
Email : chintashoope@gmail.com
No Id: 1074293

*setiap pembelian anda wajib akan mendapat konsultasi percuma yang berterusan dari saya
3:30:00 PM

"Awesome Birthday Giveaway "

by , in
3:58:00 PM

5 PERATURAN SENAMAN BAGI IBU HAMIL

by , in
Assalammualaikum..

Semasa hamil nak buat senaman memang takde masalah. Malah memberikan kebaikan kepada si ibu. Si ibu akan beraa lebih positif,tidur lebiih selesa dan mengurangkan kesakitan sepanjang kehamilan.Secara tak langsung si ibu akan lebih bersedia menunggu hari kelahiran nanti. 


Senaman bagi ibu hamil ini akan menguatkan otot dan membina daya ketahanan dan membantu bentu badan kembali asal selepas bersalin.Best kan. Senaman ideal untuk wanita hamil membolehkan jantung dipam, mengekalkan anggota tubuh, mengawal pertumbuhan berat dan membina otot tanpa menyebabkan tekanan fizikal yang berlebihan kepada si ibu dan janin dalam kandungan. Di sini ada 5 peraturan senaman bagi ibu hamil

5 PERATURAN SENAMAN BAGI IBU HAMIL

1. Dapatkan Nasihat Daripada Doktor


Jika memang ibu-ibu dah biasa melakukan senaman dan kandungan tiada masalah. Senaman boleh diteruskan seperti biasa. Tetapi bagi sesetengah yang ada potensi kehamilan berisiko mestilah mendapatkan nasihat dari doktor dulu. Jangan nak main redah je. 

2. Lebihkan Pengambilan Kalori


Ambil sekurang-kurangnya 300 ke 500 kalori tambahan setiap hari terutama apabila melakukan senaman ketika hamil. Makan dengan baik bagi mendapatkan tubuh yang lebih sihat.

3. Elakkan Senaman Berbahaya


Aktiviti menunggang kuda misalnya tidak sesuai untuk wanita hamil. Lebih berbahaya kerana mereka berisiko untuk terjatuh ketika melakukannya.

4. Pakai Pakaian Yang Bersesuaian


Si ibu mestilah pakai pakaian yang longgar dan selesa perlu menjadi keutamaan. Jika boleh pakai pakaian berlapis, kalau panas boleh buang lapisan pertama baju. Pastikan juga korang memakai coli yang menyokong pergerakan anda dengan baik. Dapatkan juga kasut yang bersesuaian.

5. Memanaskan Badan


Senaman memanaskan badan membolehkan otot dan sendi bersedia untuk melakukan kerja-kerjanya sekali gus membuatkan denyutan jantung naik secara perlahan-lahan. Jika masih teruskan senaman ini mungkin akan membahayakan diri korang sendiri.

SEMOGA MEMBERI MANFAAT!

2:52:00 PM

PENCARIAN BLOGLIST THEATHRA

by , in
3:44:00 PM

10 KEBAIKAN SERAI UNTUK KESIHATAN

by , in
Assalammualaikum...

Biasa la kadang-kadang kebuntuan juga la nak update blog ni. Tambah Ida menag suka share bab kesihatan dan kecantikan ni so kenala study dulu kan.



Cakap psal serai. Siapa la kalau tak pernah gunakan serai kan. Kalau boleh setiap rumah mesti ada tanam pokok serai ni. Nak buat nasi goreng pun sedap kalau letak hirisan serai ni. Ini santai-santai Ida nak kongsikan 10 kebaikan serai untuk kesihatan .



10 KEBAIKAN SERAI UNTUK KESIHATAN

1. Memutihkan gigi 





Bagi perokok masalah gigi kuning memang biasa kita lihat tapi ini akan menganggu penampilan sesorang. Jangan risau, tumbuk halus 2 batang serai yang dipotong kecil dan campur sedikit kapur dan gosok pada gigi. Lakukan 3 kali seminggu dan lihat perubahannya.

2. Mengatasi masalah perut 




Teh serai mampu mengatasi gangguan pencernaan, sakit perut, perut berangin, kejang usus dan cirit birit. Serai membantu mengurangkan angin dalam usus sekaligus mencegah pembentukan gas berlebihan.

3. Serai sebagai 'Pain Killer' 




Kita ni bila sakit gigi, sakit otot dan sendi mesti akan cari ubat tahan sakit atau pain killer. Apa kata selepas ni minum teh limau campur serai. Ia akan membantu sebagai ubat tahan sakit korang.

4. Detoksifikasi




Serai dapat membantu melancarkan pemubuangan air kecil sekaligus membersihkan organ pencernaan, hati, pankreas, pundi kencing dan buah pinggang.

5. Melegakan senggugut




Bila datang bulan, wanita memang akan mengalami masalah sengugut yang teruk. Ada tu sampai berguling-guling atas katil. Apa kata amalkan teh serai setiap pagi masa datang bulan.Malah rasa nak muntah pun boleh hilang. 


6. Agen pencegah kanser 




Setiap 100 gram serai mengandungi anti oksidan pencegah kanser. Elemen semulajadi yang terdapat dalam serai dipercayai boleh mematikan sel kanser aktif tanpa merosakkan sel sihat.

7. Menurunkan tekanan darah




Serai juga membantu untuk turunkan tekanan darah dan merangsang peredaran darah dengan lebih baik. Malah amalan minum segelas air serai setiap hari membantu menurunkan hipertensi.

8. Mencantikkan kulit




Penggunaan daun serai juga sudah tidak asing dalam bidang kosmetik. Kandungannya membantu untuk menghilangkan jerawat dan dijadikan sebagai penyegar wajah.

9. Mengubati infeksi kulit




Serai memiliki kandungan zat anti-mikroba dan anti-bakteria. Kandungan tersebut berguna khususnya dalam mengubati infeksi(jangkitan) pada perut, usus, saluran najis dan luka. Serai juga banyak dipercayai dapat menyembuhkan berbagai macam penyakit seperti infeksi kulit, tipus, keracunan makanan, dapat juga menghilangkan bau badan.

10. Sebagai diuretik




Serai juga diketahui berkhasiat sebagai diuretik, meredakan kejang-kejang otot dan anti-rematik. Caranya dengan merebus akar serai dalam 5gram kemudian minum air rebusan segelas/ Amalkan 2 kali sehari.


SEMOGA MEMBERI MANFAAT!

Followers