HAPPY BIRTHDAY MUHAMAD AQIL HAFIZI

Assalammualaikum...

Tak menyempat nak update blog arini. Biasa la hari Jumaat memang busy skit.hhehe. Suami ada kat rumah seharian. Takleh la nak mengadap laptop je kan. Hari khamis baru ni genapla usia anak ke-2 Ida, Muhamad Aqil Hafizi.



Dan juga genapla penyusuan sepenuhnya selama 2 tahun. Alhamdullilah..Ida berjaya dan bersyukur sangat. Ni pun macam tak boleh nak lepas lagi. Aqil masih nak susu, tu pun kalau die tak minum lama skit mula la jadi bengkak susu.Tak pelah biarla selagi boleh susukan die. Tapi nanti nak kena ajar juga.

gambar masa kenduri Aqiqah

Birthday Aqil tak sambut mana pun la. Bukan die tahu apa.heheh. Tadi je beli Domino's bawa makan kat rumah mak mertua. Kek pun tak beli. Takpelah esok lusa kalau rajin mummy buat la kek.heheh. Ni nak cari masa nak buat donut bagi frozen, senang nak bagi Asyraf bawa bekal ke sekolah.



Apa-apa pun mummy doakan anak mummy jadi budak yang baik,pandai dan soleh. Mudahkan semua rezeki anak-anak mummy termasuk la rezeki kesihatan yang baik, jodoh yang baik, masa depan yang baik.Amin...

4 comments:

Followers

social network

APDM SAPS