APA ITU VERTIGO?TIBA-TIBA RASA BERPUSING,NAK PITAM?

Assalammualaikum...

Tadi dalam group ada dibincangkan tentang penyakit vertigo. Apa itu vertigo?Bahaya ke?Vertigo ni penyakit ketidakseimbangan dalam telinga. Vertigo ialah situasi dimana seseorang akan merasa pening seperti kepala atau sekeliling berputar yang boleh menyebabkan seseorang tidak stabil, jatuh atau pitam.



Diagnosis Pakar Telinga, Hidung dan Tekak (ENT), Pusat Perubatan Prince Court, Dr. Kuljit Singh mendapati semua itu adalah simptom kepada penyakit pening yang berpunca daripada ketidakseimbangan dalam telinga atau dikenali juga sebagai vertigo. Vertigo ni berisiko kepada mereka yang berumur,pernah mengalami strok dan mempunyai tanda kepada strok (kencing manis, tekanan darah,merokok)





Apa gejala/simptom vertigo?


- berasa dalam keadaan berpusing-pusing atau bergoyang.

- hilang keseimbangan. Boleh berlaku dalam sesaat,seminit,sejam atau sehari.
- sensitif pada cahaya,bunyi, dan mula berasa sakit kepala.
- sukar bernafas dan berpeluh.
- dengutan jantung semakin cepat.
tiba-tiba rasa susah nak menelan atau bercakap, badan lemah.

Apa penyebab vertigo?




Masalah Telinga 

Radangan, jangkitan atau mendapan serta pembentukan kalsium(otolith) di saluran semisirkular yang boleh menyebakan masalah dalam sistem vestibular. Sistem Vestibular ini meliputi telinga dan sistem saraf yang mengawal keseimbangan.

Ada 3 jenis VERTIGO yang disebabkan oleh masalah telinga iaitu 'Benign Paroxysmal Postional Vertigo'(BPPV), penyakit meniere seperti telinga berdegung, perasaan rasa macam berputar-putar dan radang urat saraf vestibular.

1. BPPV disebabkan oleh pembentukan kalsium dalam telinga yang dipanggil otolith yang termendap dibahagian yang tidak sepatutnya disaluran semisirkular.


2. Penyakit Meniere adalah keadaan yang menyebabkan berlaku berulang kali tiga gejala vertigo, kehilangan pendengaran dan bunyi dalam telinga (tinnitus).


3. Radang urat saraf vestibular disebabkan oleh virus yang boleh mengakibatkan kebengkakan atau keradangan sekeliling saraf.


Vertigo yang berlaku boleh berlanjutan beberapa minit ke beberapa jam. Ia kemungkinan disebabkan oleh pembentukan cecair dalam koklea telinga.

Mereka yang diserang Vertigo yang teruk boleh mengakibatkan loya, muntah dan kesukaran berjalan atau berdiri sehinggakan boleh mengalami kurang pendengaran pada sebelah telinga.

Rawatan Vertigo


1. Ubat-ubatan mungkin diberikan kepada pengidap vertigo seperti antihistamin, ubat anti muntah, sedatif bergantung kepada keadaan pesakit

2. Jika punca vertigo adalah disebabkan BPPV, rawatan susunan semula canalith (otolith) adalah disyorkan.

3. Beberapa pergerakkan kepala mungkin akan diajar bagi menggalakkan mendapan kalsium agar bergerak ke bahagian yang sepatutnya.

4. Pemulihan cara kerja membantu otak agar menyesuaikan tindak balas kepada perubahan dalam sistem vestibular. Terapi ini turut membantu anda melatih mata dan deria lain belajar bagaimana untuk mengimbangi.

5. Pulihkan Vertigo dengan Vivix = Mengimpak 4 mekanisma utama penuaan sel




Nak order? sila klik


Sebarang pertanyaan dan pesanan boleh hubungi saya:

(YOUR TRUSTED SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR)
sms/whatsapp 0174636210
Email : chintashoope@gmail.com
No Id: 1074293

*setiap pembelian anda wajib akan mendapat konsultasi percuma yang berterusan dari saya

No comments:

Post a Comment

Followers

social network

APDM SAPS