6 PUNCA LATIHAN DI GIM GAGAL,BUAT RUGI JE BAYAR

Assalammualaikum...

Tak semua orang berkesempatan untuk pergi ke gim setiap hari. Kadang-kala tu seminggu sekali pun susah. Mana yang berkesempatan ada masa yang terluang tu bagus juga pergi ke gim ni terutamanya yang nak membina badan ala-ala abang sado.


Tapi ramai juga sebenarnya gagal dengan setiap sesi latihan yang diberikan. Nak bina badan tapi semangat nak taknak je. Patu membazirkan duit dan masa je pergi gim setiap hari. Ini ada 6 punca latihan di gim korang gagal.

6 PUNCA LATIHAN DI GIM GAGAL

1. Pemanasan Terlalu Lama


Walaupun masa bersukan pun, perkara yang pertama mestilah kena panaskan badan. Tapi bukan la dalam masa yan lama, cukup la selama 10minit je. Ini tidak nak panaskan badan sampai lebih 20minit. Nanti bila dah mula bersenam, sekejap je dah penat.

2. Banyak Berbual


Memang la kalau tak lagi best masa bersenam ada kawan-kawan sekali yang turut serta tapi tetap juga gagal. Sebab apa? Bila dah ada kwan-kawan ni mesti akan bersembang je. Cuba tumpukan perhatian pada sesi latihan korang. Lagi satu suka berselfie. Asal buat itu nak selfie..buat ini nak selfie. Tengok-tengok dah sejam masa korang terbuang kat sana. 

3. Berehat Terlalu Lama


Rehat juga penting masa bersenam atau pun bersukan. Tetapi janganla rehat terlalu lama. Cukupla dalam 5-10 minit sebelum kepada alat senaman yang lain. Nak badan sado kena la motivasi diri tu jugak.

4. Latihan Tanpa Dirancang


Ramai yang suka ke gim tanpa dirancang. Main serbu je dan korang tak fikirkan susunan program yang bersesuaian. Akhirnya korang jadi tak fokus semasa latihan dan tak capai target.

5. Satu Alat Senaman Sahaja


Bila dah masuk gim ni mestilah semua alatan senaman disediakan. Jadi rugi la kalau korang hanya bersenam dengan satu alatan senaman je. Perhatikan sekeliling dah cuba semua alatan supaya korang jadi tak bosan.

6. Sibuk ‘SMS’ dan telefon


Ini salah satu puncanya korang gagal. Masa nak bersenam ni la sibuk nak berwhatsapp la..nak telefon orang itu la. Apa kata simpan sekejap telefon tu dan tumpukan perhatian pada latihan senaman korang. Tapi jangan la sampai matikan telefon takut ada apa-apa kecemasan kan. Sekurang-kurangny jangan layan mesej-mesej dalam group. Kalau dok melayan telefon je sampai bila nak habis. Membuang masa macam tu je. 

SEMOGA MEMBERI MANFAAT!

4 comments:

  1. wow kak.. tq so much! sangat membantu.. sebab saya baru mula nak gi gym ni hehehe.. terbaik kak.. tq so muchhh

    http://akubukaninnocent.blogspot.com/

    ReplyDelete
  2. gym kat rumahhh. ahahahah tak nak sadoo.. geli kalau lelaki trlbih sado. ahahahahaha jom singgah blog saya. cuci mataa

    http://wanieseuk.blogspot.com/2016/01/songket-sarawak-preview-part-2.html

    ReplyDelete

Followers

social network

APDM SAPS