3 CARA BUAT AIR SELUSUH UNTUK IBU BERSALIN

Assalammualaikum..

Bagi ibu-ibu yang menunggu saat nak bersalin mesti ada dengar petua yang mengatakan air selusuh dapat membantu masa bersalin dengan lebih mudah dan cepat. Ini sebenarnya lebih kepada penenang jiwa supaya ibu tidak terlalu tertekan semasa sakit nak lahirkan anak.


Dan ada juga masih tak percaya dengan zaman moden sekarang ni. Air selusuh digunakan sebagai suatu ikhtiar yang berpandukan Al-Quran dan Hadis. Asalkan ia tidak bercanggah dengan syariat Islam jadi ia tak salah digunakan sebagai ikhtiar.Sesiapa pun boleh buat air selusuh ni termasuk ibu mengandung itu sendiri tapi ada yang cakap suami yang buat lebih baik. Wallahualam. Ini nak kongsikan 3 cara buat air selusuh untuk ibu bersalin. 

3 CARA BUAT AIR SELUSUH UNTUK IBU BERSALIN

Cara 1

1. Al-Fatihah.
2. Surah al-Hasyr ayat 21.


3. Selawat syifa

(Ya Allah berikan rahmat ke atas penghulu kami Nabi Muhammad S.A.W yang menjadi penawar kepada hati-hati, penawarnya dan kesejahteraan badan, kesembuhan juga cahaya penglihatan dan berilah rahmat keberkatan dan kesejahteraan atas keluarga dan sahabatnya).

4. Bacakan doa "Ya Allah dengan hak Maryam dan dengan mereka yang diturunkan kepadanya surah Maryam, ringankanlah daripadanya (sebut nama ibu yang hamil berbintikan nama ibunya) sakit bersalin dengan rahmat Engkau wahai Tuhan yang Maha Pemberi Rahmat".

Kemudian tiup pada air atau minyak, perlu minum tujuh hari sebelum tarikh jangkaan bersalin.

5. Sapukan air atau minyak di perut ibu dari atas ke bawah dengan selawat tujuh kali.

6. Minyak selusuh perlu diminum sebanyak satu sudu apabila sakit hendak bersalin.

Cara 2

1. Beristighfar tiga kali.

2. Menghadiahkan bacaan kepada Nabi Muhammad S.A.W, dan para sahabatnya.

3. Al-Fatihah satu kali.
4. Selawat 11 kali.
5. Alam Nasyrah tujuh kali.
6. Al-Ikhlas tiga kali.
7. Al-Falaq tiga kali.
8. An-Nas tiga kali.
9. Al-Fatihah satu kali.

Kemudian doa apa yang dihajati.

Cara 3

1. Al-Fatihah. Apabila sampai di ayat kelima, lintaskan di dalam hati memohon memudahkan bersalin sebanyak tiga kali.

2. Selawat Syifa tujuh kali.
3. Surah al-Hasyr ayat 21 tiga kali.


4. Surah Al-A'raa ayat 54 tiga kali.


5. Hembus pada air, minyak atau kurma.

Air selusuh ni selalunya boleh diminum bila kandungan dah masuk trimester ke-3 iaitu dalam 7-8bulan dan diminum di hospital di saat sakit kontraksi nak bersalin atau sebelum masuk wad bersalin.

Mudahan apa yang dikongsikan ni akan memberi manfaat dan Ida doakan semua ibu-ibu dapat bersalin dengan mudah dan selamat.Insyaallah...amin



Post a Comment

1 Comments