11 CARA ATASI MASALAH RAMBUT KELEMUMUR, GUNA JE APA YANG ADA

Assalammualaikum...


Kelemumur berlaku apabila kulit kepala terlalu kering atau disebabkan masalah kulit yang dikenali sebagai dermatitis seborrheic. Malah ia juga berlaku disebabkan oleh ekzema, psoriasis, atau pertumbuahan yg terlalu cepat daripada yis seperti kulat yang dikenali sebagai Malassezia. 


Ramai yang merungut masalah kelemumur ni. Dah macam-macam syampoo pun masih lagi ada masalah ni. Paling ketara bila kelemumur ni jadi berkuping-kuping atas kulit kepala dan jatuh atas baju. Ini ada 11 cara atasi masalah rambut kelemumur dengan menggunakan bahan di rumah.

11 CARA ATASI MASALAH KELEMUMUR

1. Aspirin


Aspirin mengandungi bahan yang sama aktif (asid salisilik) yang terdapat dalam kebanyakkan syampoo kelemumur di pasaran. Ambil 2 biji aspirin dan pecahkan atau tumbuh menjadi serbuk yang halus dan tambah ke dalam syampoo yang digunakan sekarang. Dan cuci seperti biasa. Biarkan campuran itu selama 1- 2minit dan bilas sebersih-bersihnya.

2. Tea tree oil


Satu kajian menunjukkan bahawa syampu dengan minyak hanya 5 peratus pokok teh dapat membantu atasi masalah kelemumur. Kalau korang ada terjumpa mana-mana minyak tea tree di pasaraya boleh je beli dan tambahkan dalam syampoo dan cuci rambut seperti biasa.

3. Baking soda


Jangan ingat baking soda ni boleh guna nak buat kek je. Ia juga bagus untuk atasi masalah kelemumur korang. Basahkan rambut korang dan gosok kepala dengan baking soda. Kemudian baru syampoo dan bilas seperti biasa. Baking soda ni bantu mengurangkan pertumbuhan kulat pada kulit kepala yang kering. Perhatikan lama-kelamaan rambut korang akan mengeluarkan minyak semulajadi yang akan menjadikan rambut korang lebih lembut dan bebas kelemumur. Yeay!

4. Cuka epal


Dr Mehmet Oz telah membuktikan yang cuka epal ini membantu atasi masalah kelemumur. Ini kerana keasidan dalam cuka epal menjadikan pH kulit akan lebih seimbang atau normal. Jadi yis susah membiak pada kulit korang. Campurkan 1/2 cuka epal dan 1/2 air ke dalam botol semburan korang dan sembur rambut. Balut kepala denga tuala dan biarkan selama 15minit. Kemudian basuh rambut seperti biasa.

5. Pembersih mulut/mouthwah




Dekat rumah mesti korang ada kan pencuci mulut seperti Listerine. Hah ni ada lagi bagus gunakannya untuk masauh rambut korang yang ada kelemumur. Mula-mula syampoo rambut seperti biasa kemuadian bilas dengan pembersih mulut ni.Antikulat pencuci mulut membantu mencegah pertumbuhan yis yang akan menyebabkan kelemumur.

6. Minyak kelapa


Minyak kelapa ni memang mudah didapati kat mana-mana kedai dan pasaraya. Sebelum mandi urut kepala dengan 3-5 sudu besar minyak kelapa dan biarkan selama 1 jam. Selepas itu baru la cuci rambut seperti biasa. Di pasaran pun rasanya dah ada syampoo yang mengandungi minyak kelapa ni. Cuba la cari!

7. Lemon


Kalau siapa suka buat air detox, kat rumah mesti ada banyak buah lemon kan. Apa kata korang gunakan lemon untuk atasi masalah kelemumur tu. Urut kulit kepala korang dengan 2 sudu besar jus lemon/perahan. Atau pun masukkan 1 sudu teh perahan lemon ke dalam 1 cawan air dan bilas rambut selepas mencucinya. Teruskan sehingga kemelumur betul-betul hilang dari kulit kepala korang. Lemon ini sebenarnya membantu mengimbangi pH kulit kepala dan elakkan dari masalah kelemumur.

8. Garam


Takkan dekat rumah takde garam kan?Mesti ada la. Letakkan atau tabur garam pada kulit kepala korang dan urut dengan perlahan selama beberapa minit dan cuci seperti biasa.

9. Aloe Vera


Daun lidah buaya atau aloe vera ni memang susah nak jumpa sekarang ni. Sebenarnya daun lidah buaya ni bagus sebab ia menyejukkan dan elakkan dari kegatalam kulti kepala yang kering.

10. Bawang putih


Ciri-ciri anti-kulat bawang putih sesuai untuk menghilangkan masalah kelemumur. Hancurkan bawang putih kemudian gosok pada kulit kepala korang. memang ia mempunyai bau yang kuat. Nak lagi best campurkan dengan sedikit madu dan urut kepala. Kemudian bilas la macam biasa jangan tak bilas plak.hehehe 

11. Minyak zaitun


Minyak zaitun pun senang nak cari di pasaraya. Urut kulit kepala dengan minyak zaitun pada waktu malam sebelum tidur dan biarkan semalam. Lagi bagus kalau tutup rambut tu. Dan keesokkannya mandi dan cuci seperti biasa.  


Nak order? sila klik


Sebarang pertanyaan dan pesanan boleh hubungi saya:

(YOUR TRUSTED SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR)
sms/whatsapp 0174636210
Email : chintashoope@gmail.com
No Id: 1074293

*setiap pembelian anda wajib akan mendapat konsultasi percuma yang berterusan dari saya

4 comments:

  1. KASQQ - Agen BandarQ|BandarQ Online|BandarQ Online Terpercaya|Situs BandarQ|Situs Poker|Poker Uang Asli|Situs Judi Online|Situs Judi Online Terpercaya
    Agen Bandarq
    BandarQ Online
    BandarQ Online Terpercaya
    Situs BandarQ
    Situs Poker
    Poker Uang Asli
    Situs Judi Online
    Situs Judi Online Terpercaya

    KASQQ adalah sebuah Situs Judi Online Terpercaya terbaik dan juga BandarQ Online Terpercaya, Sebagai partner Agen BandarQ Online Terpercaya dan Agen BandarQ Online Terbaik. KASQQ Juga sebagai website Situs BandarQ dan Situs Judi Online Terpercaya yang menyediakan games-games terbaik buat anda. Minimal Deposit dan WD sangat terjangkau hanya 20 Rb anda sudah bisa bermain Poker Uang Asli
    Ayo Segera Gabung Dan Mainkan Sekarang Juga Di KASQQ

    ReplyDelete

Followers

social network

APDM SAPS