RESEPI POPIA GORENG YANG MUDAH

Assalammualaikum...

Semalam terlebih rajin la plak nak buar popia goreng. Asalnya nak buat dulu simpan nak makan arini. Anak plak sibuk suruh goreng nak makan nak dekat pukul 10malam goreng jugak la bagi diorang makan.



Sebelum ni selalu buat samosa kentang je jadi kali ni saja nak buat popia goreng. Dah lama tak buat. Simple je popia yang Ida buat. Ini resepi popia goreng yang mudah, yang bujang pun boleh buat.

RESEPI POPIA GORENG YANG MUDAH

Bahan-bahan

- sengkuang
- timun
- lobak merah
- lada hitam
- lada sulah
- garam

Cara-cara:

1. Potong semua bahan-bahan seperti sengkuang, timun dan lobak merah panjang-panjang dan nipis. Jangan terlalu tebal,jangan terlalu nipis k. Timun tu buang bijinya.

2. Basuh semua bahan tu

3. Panaskan kuali letak sedikit minyak.Kalau ada telur goreng telur dulu lagi sedap. Time Ida buat ni telur habis. Goreng semua bahan-bahan yang dipotong tadi.

4. Masukkan lada hitam, lada sulah dan garam secukup rasa.

5. Gaul sehingga sayur-sayur tu sebati dan lembut sedikit.

6. Tutup api dan sejukkan sebentar.

7. Ambil kuli popia dan letakkan inti sayur tadi skit dan gulung la macam biasa.

8. Dah habis gulung dah boleh goreng untuk dimakan. Dah siap. Sedap kalau ada sos thai.




SELAMAT MENCUBA!

4 comments:

Followers

social network

APDM SAPS